Bab 1 : Koma

14 0 0
                                    

Setiap deria mula berfungsi.Seolah-olah jasad yang telah mati kini hidup semula.Pancaran lampu mengaburi pandangannya.Bunyi bingit mesin memekak ditelinganya.Badannya kaku tidak mampu bergerak.Seorang jururawat mendekatinya.

"Cik.Cik boleh dengar suara saya?", dia tidak mampu menjawab walaupun berusaha untuk menuturkan sesuatu.Matanya kembali tertutup.Apabila ianya terbuka semula,kehadiran seorang wanita berdiri disisinya.

"Jin Woo?Awak dah sedar?Mak panggil doktor sekejap.", wanita tersebut berlari keluar.

"Baiklah.Retinanya sudah memberi respon terhadap cahaya.Kemungkinan untuk dia kembali sedar adalah sangat tinggi.Saya harap kamu sebagai ahli keluarga terus memberi semangat kepada dia.",kata doktor kepada wanita tersebut.Wanita tersebut menangis teresak-esak.Lalu mendekati Jin Woo mengusap ubun-ubunnya.

"Kita akan balik tak lama lagi.",katanya sambil mengelap air mata.Seorang budak lelaki turut mendekati Jin Woo lalu memeluk wanita tersebut.

Seminggu kemudian

"Jin woo.Mak tahu kamu sudah lalui banyak benda.Mak dan adik kamu tidak akan putus asa untuk bantu kembalikan memori kamu.Kita sama-sama berusaha ya!",kata wanita tersebut di dalam teksi.

"Inilah rumah kita.Kamu ingat?", Jin woo mengamati setiap pelusuk rumah tersebut berharap dapat membantu memorinya.Sayangnya dia tidak ingat apa-apa.

"Kakak.Ini pula bilik kakak.",Jin woo melangkah kearah adik lelakinya.Dia memasuki ruangan bilik tersebut.

"Ketika kakak dalam koma, mak yang selalu tolong kemaskan bilik kakak.Inilah kali pertama saya nampak bilik kakak tiada habuk biar sedikit pun.Sebab mak yakin yang kakak akan bangun semula."

"Il Woon.Tolong mak kemaskan meja makan.Kakak kamu dah lapar tu.Cepat sikit.", teriak mak.

"Baiklah.",sahut adik.Lalu meninggalkan Jin Woo di dalam bilik.

"Mak dah telefon pihak universiti.Mereka beri cuti selama 1 semester.Mak nak kamu rehat secukup-cukupnya supaya kamu bersedia untuk ambil ujian pada semester seterusnya.",kata mak sambil mengunyah makanan.Jin Woo kehairanan.

"Kakak ambil jurusan seni di Universiti Seni Seoul.Pada hari kakak kemalangan,kakak dalam perjalanan untuk mengambil ujian.Sudah 3 bulan berlalu.Jadi kami buat surat permohonan untuk tangguhkan sesi dan ujian.", Jin Woo mengangguk faham.

Keesokan paginya Jin Woo bangun keluar ke halaman rumah.Menghirup udara segar.

"Udara di sini tak lah berapa segar seperti di kampung dulu.", kata mak yang muncul entah dari mana.

"Sebelum kamu terlibat dalam kemalangan dulu.Inilah rutin kamu.Bangun pagi terus saja keluar ke halaman untuk menghirup udara.Betul kata orang walaupun otak tidak ingat apa-apa tapi tubuh ingat segala tabiat kita."

"Il Woon.", panggil Jin Woo lalu adik lelakinya menoleh sambil menaikkan kening.

"Adakah sesuatu yang boleh bantu saya ingat masa lalu?"

"Hmm...maksud?"

"Sesuatu macam gambar atau video yang boleh bantu saya ingat balik."

"Oh!Baru saya ingat.Dulu kakak tidak suka saya tengok hasil seni kakak.Semua lukisan kakak ada dalam kotak bawah katil.Saya tahu sebab saya selalu nampak kakak bawa kotak tu kemana-mana.Jangan lupa yang kakak hampir cekik saya gara-gara buka kotak tu.",kata Il Woon.

Jin Woo menuju ke biliknya lalu mengambil sebuah kotak dibawah katilnya.Tangannya terus liat membuka kertas yang dilipat.Beberapa helai kertas lukisannya masih tersimpan rapi didalam kotak.Jin Woo tersenyum.Dia tidak sangka dia sangat berbakat.Fokusnya dicuri tertumpu kepada sebuah buku diari yang berwarna merah jambu.Tanpa membuang masa dia menyelak halaman diari tersebut.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now