Bab 8 : Selamatkan diri

7 0 0
                                    

Jin Woo sekali lagi tidak dapat melelapkan mata.Fikirannya masih dihantui dengan bayangan SunMi.Kali ini dia bertindak menelan pil tidur untuk membantunya.Mimpi yang sama mula menyerang tidurnya.Dia melihat SunMi diserang dan darah mula keluar dari badannya.Jasadnya bergelut melepaskan diri.Jin Woo terpandang muka pembunuh tersebut.Kali ini sangat jelas.Dia dapat melihatnya.Jin Woo terbangun dan jam menunjukkan jam 9 pagi.Badannya dibanjiri keringat.

Kemudian pintu bilik hotelnya di ketuk.Dia membuka perlahan-lahan.Pemuda dari kedai gambar itu tersenyum.

"Hai.Ingat saya tak Min Oh?",tanyanya sambil tersenyum.Jin Woo mengangguk.Dia menghulurkan envelope yang berisi gambar-gambar.Lalu,Jin Woo membayar baki duit.Dia mengucapkan terima lasih dan mengajak Min Oh masuk kedalam rumah.

"Tak apa.Kalau ada masa nanti saya akan bertamu.Sekarang saya sangat sibuk sebab saya buat dua kerja.Pekerja kedai gambar dan penghantar makanan.",jawab Min Oh.Jin Woo mengangguk.

Selepas selesai mandi,Jin Woo membuka envelope tersebut dan meneliti semua gambar-gambar yang dicuci itu.Tiba-tiba satu gambar menarik perhatian.Gambar SunMi dan seorang lelaki yang serupa dengan Min Oh,pekerja kedai gambar tersebut.Tangan Jin Woo bergegar.Ini adalah kali pertama dia melihat gambar tersebut.Kemungkinan dia terlepas pandang ketika melihat di dalam kamera.Mungkinkah Min Oh sudah lihat kesemua gambar-gambar tersebut?kalau iya kenapa dia tidak berkata apa-apa atau bertanya tentang sesuatu?Jelas itu adalah dirinya.Kalau dia berada didalam gambar bersama SunMi,tidak mustahil dia ada kaitan dengan kehilangan SunMi.Mungkin dialah lelaki yang membawa SunMi lari?

Mulut Jin Woo terlopong.Sekarang dia sedar bahawa dia tidak lagi selamat.Mencuci gambar tersebut adalah satu kesalahan yang besar.Sekarang dia mendedahkan dirinya kepada pembunuh SunMi.Dan pulang ke Geoje membuka lagi peluang untuk Min Oh membunuhnya.Jin Woo dilanda ketakutan.Dia menjadi paranoid.Semua tingkap dan pintu dikuncinya dengan rapat.Esok pagi dia membuat keputusan untuk pulang kembali ke Seoul.Tiba-tiba dirinya dilanda dilemma.

'Apa gunanya pulang kembali ke Seoul?Kalau pembunuh sebenar masih bebas dan mungkin memburu aku selepas ini.Lagipun aku berjanji untuk mencari SunMi.Sekiranya aku kembali ke Seoul,misteri kehilangan SunMi akan berterusan tanpa ada jawapan.Kalau aku membuat laporan polis,belum tentu Min Oh ditangkap.Aku kekurangan bukti.Aku kena paksa dia mengaku dan mencari bukti itu sendiri.Kali ini aku tidak akan lari dari Min Oh!'

Jin Woo kembali ke kedai gambar tersebut.Dia bertemu Min Oh dan mengajak dia makan bersama-sama di bilik hotelnya.Jin Woo cuba memujuk kononnya untuk membalas jasa Min Oh.Jin Woo menolak kerana malu.Tangan Min Oh diraih dengan lembut.

"Saya yang belanja!Sebab tak lama lagi saya balik ke Seoul.Please!".

Min Oh akhirnya mengalah.Mereka berjanji untuk berjumpa pukul 7 malam nanti di bilik hotelnya.

Jam menunjukkan pukul jam 7 tepat.Bila-bila masa sahaja Min Oh akan datang.Jantung Jin Woo berdegup kencang.Apa tidaknya tindakannya menjemput pembunuh mungkin akan berakhir dengan kemenangan atau tragedi.Tindakan gila!

Pintu diketuk.Jin Woo mempelawa Min Oh masuk.Di meja kecil tersebut terdapat pelbagai hidangan.Semuanya Jin Woo yang masak supaya tidak disyaki mempunyai niat yang lain.Jin Woo berdiri ingin mengambil minuman keras lalu menuang kedalam gelas Min Oh.

"Sikit saja.Saya tidak tahu apa yang akan saya buat nanti kalau terlalu mabuk.",kata Min Oh sambil ketawa kecil.

Red Flag!Itu adalah amaran.Kemungkinan dia tahu hari ini Jin Woo akan menamatkan riwayatnya.Dia perlu bersiap sedia.Semua peralatan yang tajam seperti pisau,gunting,dan garfu disembunyikannya.Apabila Min Oh sudah kelihatan sangat kenyang dan mabuk akhirnya Jin Woo bangkit ingin kedapur untuk mengambil senjatanya.Pisau!

Splashh!!!

Kepala Jin Woo berdarah dan sakit.Dia menoleh kebelakang apabila dia mendapati Min Oh ingin menyerangnya menggunakan botol arak.Sekali lagi botol itu diayunkan tetapi Jin Woo dapat mengelak.Jin Woo melempar menggunakan barang-barang yang berada disekelilingnya.Dia tidak sempat mengambil senjatanya.Min Oh semakin menghampiri.Jin Woo menjerit meminta tolong.Min Oh menyerangnya kembali.Jin Woo mengelak dan melanggar badan Min Oh sehinggakan mereka berdua bergelut memukul sesama sendiri.Jin Woo bertindak mencekik leher Min Woo tetapi kekuatan seorang lelaki adalah lebih berganda daripada seorang perempuan.Badan Jin Woo tercampak apabila ditolak oleh Min Oh.Dia meraung kesakitan.

"Awak adalah pembunuh.Saya tahu kenapa awak serang saya.Awak bunuh SunMi!",teriak Jin Woo menggunakan seluruh sisa kudratnya.Min Oh terus mendekatinya dan berada diatas badan Jin Woo.Dia mencekik Jin Woo.

"Saya?pembunuh?awak ingat awak boleh tuduh saya sesuka hati?Awak tiada bukti.",kata Min Oh.Jin Woo bergelut menyelamatkan nyawanya.Badannya meronta-ronta seperti ikan yang keluar daripada air.

"Awak ingat saya tak tahu yang awak lah sebenarnya pembunuh SunMi!Awak bunuh kawan baik awak sendiri!",jerit Min Oh.

Badan Jin Woo diheret ke ruang tamu.Jin Woo berpaut pada meja makan sehinggakan makanan diatas meja tersebut terjatuh ke lantai.Min Oh berada diatas badannya.

"Mana SunMi?Kali terakhir saya lihat SunMi bertahun-tahun yang lalu bila dia jumpa saya untuk beritahu yang dia akan mengikuti awak berpindah ke Seoul untuk memasuki Universiti yang sama.Itu adalah kali terakhir saya melihat kelibatnya sebelum hilang.Dan apabila awak datang membawa kamera yang mengandungi gambar-gambar lama kami berdua,saya cukup yakin yang awak bertanggungjawab dengan kehilangan SunMi.Satu kampung percaya yang saya larikan SunMi.Sehingga saya disoal siasat oleh pihak polis.Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada saya.Saya larikan SunMi,saya mengandungkan SunMi sehingga terpaksa membunuhnya,saya sembunyikan SunMi di suatu tempat untuk dijadikan hamba.Mereka gila!Mereka tidak tahu betapa cintanya saya terhadap SunMi.Saya tidak akan tergamak melakukan perkara kejam terhadapnya.Saya terpaksa berhadapan dengan perasaan kehilangan orang tersayang dan cemuhan orang kampung yang menuduh saya sebagai seorang pembunuh.Saya menunggu SunMi bertahun-tahun dan menutup hati saya daripada jatuh cinta dengan perempuan lain.Berharap suatu hari nanti dia pulang dan saya akan mengahwininya.Sekarang saya tahu saya perlu berhenti berharap.Sebab awak yang bunuh dia!",teriak Min Oh lalu mencekik Jin Woo.

"Matilah kau!",teriaknya lagi.

Jin Woo mencapai mangkuk kaca di lantai lalu memukul kepala Min Oh.Min Oh pengsan.Tangan yang mencekik dirinya terlerai.Jin Woo menyedut udara dengan nafas yang kencang.Dia tidak mempercayai kata-kata Min Oh.Jin Woo melarikan diri menuju ke balai polis.Dia berlari sekuat hatinya dengan air mata yang tidak berhenti-henti turun.Hari ini sikit saja lagi dia menjadi mangsa pembunuhan.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now