Bab 10 : Jawapan

6 0 0
                                    

Jin Woo mengheret badan SunMi masuk kedalam kereta.Dia ingin membawa SunMi ke hospital.Jin Woo tidak mempunyai sebarang lesen memandu.Dia hanya ingat perkara basic sepertimana yang diajar oleh adik lelakinya secara curi-curi.Hatinya terpaksa memilih samada menghantar SunMi ke rumah atau terus ke hospital.Nyawa SunMi menjadi taruhan.Sekiranya dia membawa SunMi ke rumahnya,dia akan dimarahi oleh orang tua SunMi dan kemungkinan untuk SunMi selamat adalah tipis.Tetapi kalau dia membawa SunMi ke hospital,dia tidak pernah memandu diluar kawasan kampung.Kalau dia terlibat dalam kemalangan atau ditahan sebab memandu tanpa lesen akan menyukarkan lagi keadaan.Dia terus saja memandu ke hospital.Muktamad.

Jin Woo terhenti ditengah jalan.Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

'Apa akan jadi selepas ini? Adakah SunMi masih ingin berkawan dengan aku? Keluarganya dan keluargaku akan menyisihkan aku.Mungkin aku tidak dapat menyambung pelajaran  lagi.Adakah aku akan masuk penjara?'

Jin Woo membelok ke kawasan hutan.Kini dirinya dikuasai amarah dan dendam.

'aku tidak sangka Min Oh sebenarnya cintakan SunMi dan bukannya aku.Walhal aku yang bersusah-payah mengumpul duit membelikan Min Oh coklat pada hari kekasih.Aku sudah menyukai dia sekian lama.Kenapa Min Oh tidak pilih aku?Sebab SunMi lebih cantik daripada aku kah?Dia tidak selamatkan aku pada hari itu.Sebenarnya dia selamatkan SunMi!'

Jin Woo berteriak kecewa sambil menangis.Kakinya terus saja menekan pedal minyak.Dia ingin menamatkan penderitaannya segera.Kemudian,Jin Woo menarik SunMi keluar dari kereta dan mengheretnya masuk kedalam hutan.Disebelah tangannya dia membawa penyedok untuk menggali tanah.Dia nekad menamatkan nyawa SunMi hari itu juga.Ketika dia sedang menggali lubang.SunMi tersedar dan meminta tolong dengan suara yang lemah.Dia sudah kehabisan tenaga.Jin Woo berjalan kearah SunMi lalu menendang badannya.

"Belum mati lagi perempuan ni!",jerit Jin Woo kegeraman.

"Apa lagi yang awak mahu?Pergi matilah!",Jin Woo menumbuk muka SunMi berkali-kali sehingga mata SunMi tertutup tidak sedarkan diri.Darah mula mengalirkan keluar dari mulut SunMi.Jin Woo ketawa kepuasan.Dia berjalan mengangkat sebiji batu besar.

"Min Oh pilih awak sebab awak lebih cantik daripada saya.Kita tengok siapa lebih cantik sekarang!",Jin Woo menghempas batu besar itu ke muka SunMi.Hancur.

Kini Jin Woo yakin yang SunMi tidak lagi bernyawa.Badan Jin Woo dicampakkan ke dalam lubang lalu hilang ditimbus semula menggunakan tanah.Itulah kali terakhir SunMi menghembus nafas.Hanya Jin Woo sahaja yang tahu jawapan kepada kehilangan SunMi.Dia.Dia yang akhirinya.

***
Jin Woo menukar arah daripada berlari ke balai polis ke hutan dimana dia menanam mayat SunMi.Air mata tidak lagi berhenti turun.Dia sudah ingat segala-galanya.Dia lah pembunuh sebenar.

Jin Woo mengorek tanah tersebut menggunakan tangan.Suasana yang gelap gelita dan hanya di temani cahaya dari telefon sahaja.Jin Woo nekad.Selama 1 jam menggali tanah.Akhirnya Jin Woo terjumpa kain.Di tariknya kain tersebut yang kelihatan seperti skirt.Dia menggorek lagi.Tulang!Dia jumpa tulang!Tulang SunMi!

Jantung Jin Woo seolah-olah ditikam perasaan yang menyakitkan.Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia lah punca kematian kawan baiknya.Lebih teruk lagi semua ini terjadi disebabkan perasaan cemburunya.Dia mengkhianati ikatan persahabatan mereka kerana seorang lelaki.Jin Woo menangis penuh penyesalan.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now