Bab 5 : Mimpi

5 0 0
                                    

Badan Jin Woo meronta-ronta tidak dapat dikawal.Malam ini dia mimpi lagi kejadian yang sama.Seorang wanita disakiti dan teriakan suaranya meminta tolong.Jin Woo terbangun.Dia menuju ke dapur untuk minum segelas air.Hatinya tidak tenang memikirkan mimpinya.Adakah benar ianya hanya mimpi ataupun memori?

"Kakak!Makanan dah siap.",teriak Il Woon mengejutkan Jin Woo.Badannya tersentak sehinggakan berus ditangannya terjatuh.

"Wah,cantiklah.",puji Il Woon apabila melihat lukisan kakaknya.

"Tahu tak ini kali pertama kakak benarkan saya lihat lukisan kakak.",kata il woon.Jin Woo memutarkan badannya kebelakang.

"Benarkah?",tanya Jin Woo.Lalu,il Woon mengangguk.Selepas selesai makan,Jin Woo kembali melihat lukisannya.Karyanya yang dipenuhi dengan alam semulajadi disebalik kota metropolitan.Ketika itu dia teringat bahawa berusnya jatuh kebawah katil.Tangannya merangkak mencapai apa saja yang ada dibawah katilnya.Tiba-tiba tangannya tersentuh sebuah lagi kotak.Apabila dia menariknya keluar,dia tidak pernah melihat kotak tersebut.Kotak itu mengandungi sebuah telefon bimbit dan kamera.Seingatnya dia hanya mempunyai 1 telefon dan tidak pernah langsung memiliki kamera.Tangannya lincah menghidupkan kedua-dua peralatan elektronik tersebut.Di dalam telefon tersebut dia menjumpai pelbagai mesej dan beribu panggilan tidak dijawab.Melihat kepada wallpaper,ianya milik seorang wanita.Diselubungi perasaan hairan,kini kamera pula dibukanya.Pelbagai foto ditemuinya.Matanya terbuntang apabila dia melihat dirinya ketika di sekolah menengah bersama seorang perempuan.Kemungkinan itu adalah SunMi.Hatinya kembali cemas dan panik.Ianya adalah wanita yang sama di dalam mimpinya.Jin Woo hampir pitam.Tapi mengapa barang kepunyaan SunMi berada dibawah katilnya?Mungkinkah sebelum ini dia tahu dimana keberadaan SunMi?Apa kaitannya dengan mimpi ngeri itu?Atau mungkin SunMi tidak hilang?Mungkin dibunuh?Dan dia menjadi saksi ketika perkara itu berlaku?Atau dirinya sudah berhajat untuk mencari SunMi dari dahulu sebab itu kedua-dua barang miliknya ada di dalam simpanan Jin Woo?Kemungkinan dia telah menemui SunMi tetapi bertukar tragedi apabila dia melihat SunMi dibunuh oleh seseorang dan akhirnya dia terlibat dalam kemalangan apabila cuba melepaskan diri.Bulu romanya menegak.Badannya menjadi seram sejuk.Dia berlari ke bilik ibunya.

"Mak!",dia mengetuk berulang kali sambil menangis teresak-esak.Apabila pintu dibuka.Dia memeluk ibunya.

"Saya tahu apa yang jadi!Saya tahu!Saya akan cari SunMi!",teriaknya dalam keadaan sebak.Berasa sedih kerana tidak dapat menyelamatkan kawan baiknya.Lututnya menjadi longgar disebabkan perasaan takut dan sedih.Jin Woo menyedari sesuatu.Apa akan jadi sekiranya pembunuh tersebut tahu bahawa dia masih hidup?Tidakkah pembunuh itu akan memburunya semula?Dia mesti bertindak sebelum pembunuh tersebut menemuinya.

The Murder Of HerWhere stories live. Discover now