Bibliosmia

30 0 0
                                    

Para bibilophia
Berarak asing
Ke stor buku lama
Di sudut buta jarang dikunjung orang
Kecuali mereka.

Mahu membeli kebetulan entah apa tujuan
Menyemai sakti entah apa paksi

Hairan
Melimpasi lorong bukan fiksyen
Membuatkan aku gementar
Tak satu pandang pun aku jamah
Seolah ada yang memandangku benci
Dan menyuruh berhenti

Sudah aku temui
Sebuah buku usang
Disetubuh cop jari
Menuju terapi

Habuknya tak banyak
Hanya coklat vintaj warna enak
Cukup buat ghairah dengan hanya menyelak

Kini giliran aku menciumnya.

Batang hidungku teruja
Sedia menyerah segalanya
Fantasi, abjad, koma, titik
Segala !

Ahhh
Ingin sekali aku jadikan kau minyak wangiku
Biar yang sama aku diperlaku.

Sesudah AprilWhere stories live. Discover now