Chapter 1 : Taman Bunga?

3.2K 140 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Kelihatan Jessica dan mamanya duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu yang terletak di tingkat bawah rumah banglo 2 tingkat. Jessica meletakkan kepalanya di atas peha mamanya sambil menonton drama korea.

"Mama, jom kita keluar pergi shopping nak tak?" Tanya Jessica secara tiba-tiba

"Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ajak mama shopping kenapa sayang? Jessica nak beli apa?" Tanya Puan Suzzie kepada anaknya

"Tak tahu lah mama. Tiba-tiba Jessica rasa nak berjalan-jalan" Jelas Jessica

"Okaylah. Kita keluar pergi shopping ya sayang?" Kata Puan Suzzie

"Betul ke ni mama? yeay!" Kata Jessica lalu memeluk mamanya

"Cepatlah bersiap. Jangan lambat-lambat ya? Kalau lambat, mama malas nak keluar" Puan Suzzie memberikan arahan kepada Jessica

"Okay boss" Kata Jessica lalu berlari menaiki tangga untuk kebiliknya

"Budak ni. Kalau tergolek nanti aku juga yang susah" Puan Suzzie bercakap bersendirian lalu menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik Jessica

***************

Apabila Jessica dan Puan Suzzie sudah bersiap, mereka memasuki kereta range rover yang berwarna merah milik Puan Suzzie hasil perkerjaannya sebagai pemilik Suzzie Resort.

"Mama, kita nak pergi shopping dekat mana ni?" Tanya Jessica

"Kita bukan nak pergi shopping lah sayang" Kata Puan Suzzie sambil menghidupkan enjin keretanya

"Eh? Bukan tadi cakap nak pergi shopping ke?" Tanya Jessica lagi

"Itu tadi. Tapi sekarang mama dah ubah fikiran" Jelas Puan Suzzie

"So, nak pergi mana?"Tanya Jessica

"Mama nak bawa Jessica pergi dekat taman bunga" Jelas Puan Suzzie lalu perlahan-lahan memandu kereta keluar dari kawasan perumahan mereka

"Taman bunga?" Jessica berkata lalu menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal

"Tak apalah. Sekarang ni Jessica duduk diam-diam. Bila sampai nanti, Jessica tengok sendiri" Kata Puan Suzzie

"Okaylah mama. Jauh lagi ke tempat tu? Kalau jauh lagi, Jessica nak tidur dulu" Tanya Jessica

"Dalam 30 minit lagi kita sampai" Jelas Puan Suzzie

"Kalau macam tu Jessica tidurlah sekejap. Nanti kalau dah sampai mama bangunkan ya?" Kata Jessica lalu tidur membelakangkan Puan Suzzie

**************

Setelah selasai memarkirkan keretanya di tempat parkir yang tidak jauh dari taman bunga tersebut, Puan Suzzie mengejutkan Jessica yang masih lagi tidur

"Sayang kita dah sampai" Kata Puan Suzzie sambil menepuk-nepuk belakang Jessica

"Huh? Apa mama?" Tanya Jessica yang masih di alam mimpi

"Sayang kita dah sampai ni?" Kata Puan Suzzie lagi

"Oh" Kata Jessica sambil mengosok-gosok matanya

"Jom kita masuk dekat taman bunga tu" Kata Puan Suzzie

"Okay. Jom mama. Tak sabar nak tengok taman bunga tu" Kata Jessica yang kelihatan teruja untuk memasuki taman bunga tersebut

************

Setelah mereka berdua memasuki taman bunga tersebut, kelihatan pelbagai jenis bunga-bungaan yang berwarna-warni yang menjadikan taman bunga tersebut menarik. Di situ juga terdapat kolam buatan manusia yang dilengkapi dengan pondok kayu yang besar dibina di atas kolam tersebut.

"Wah! Cantiknya tempat ni mama. I love it" Kata Jessica sambil meloncat-loncat kegembiraan

"Kan mama dah cakap tadi, Jessica mesti suka dengan tempat ni" Kata Puan Suzzie

"Jessica tak tahu pun ada taman bunga secantik ini di Korea" Kata Jessica

"Taman ini dah lama ada lah sayang. Cuma mama lupa nak bagitahu Jessica" Jelas Puan Suzzie

"Oh I see. Mama, jom kita pergi sana nak tak?" Tanya Jessica sambil menunjukkan kawasan yang dipenuhi dengan bunga tulip yang berwarna merah yang berdekatan dengan tempat mereka berdiri

"Okay. Jom kita pergi sana" Kata Puan Suzzie

"Wah. Cantik bunga tulip ni. Jom kita selfie nak tak mama?" Kata Jessica sambil mengeluarlan iphone yang berwarna emas dari poket seluar jeans di sebelah kirinya

"Okay. Jom selfie" Kata Puan Suzzie

"Okay one two three selfie!" Jerit Jessica

My Lost Twin SisterWhere stories live. Discover now