Chapter 21 : My Husband

1.3K 89 0
                                    

"Kalau macam tu, jom kita balik ke Korea sekarang" Kata Puan Suzzie lalu segera mengemas barang-barang mereka

"Kita kena pergi cepat sebelum mereka datang" Kata Suami Puan Suzzie. Entah mengapa Jessica dan adik kembarnya menangis tidak henti-henti pada waktu itu.

"Sshhh. Sayang tak mahu menangis" Kata Puan Suzzie yang cuba menenangkan anak-anaknya

"Jom sayang. Kita kena pergi cepat" Kata Suami Puan Suzzie sebaik sahaja selesai mengemas peralatannya

"Jom" Balas Puan Suzzie lalu mengendong Jessica manakala suaminya memegang adik kembarnya

Mereka berempat terpaksa mengambil jalan pintas iaitu melalui jalan yang terdapat di kawasan hutan dengan berjalan kaki untuk menuju ke kawasan lapangan terbang. Tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka kerana konco-konco boss suami Puan Suzzie menemui mereka. Dua orang lelaki berpakaian hitam menarik suami Puan Suzzie yang masih lagi memegang adik kembarnya.

"Dont touch me! Let me go!" Jerit suami Puan Suzzie sambil meronta-ronta meminta dilepaskan manakala adik kembar Jessica pula hanya mampu menangis

"Hey both of you!" Kata Puan Suzzie lalu membaling batu-batu besar kepada salah seorang penjahat tersebut. akhirnya batu tersebut singgah tepat-tepat pada mata kiri salah seorang penjahat tersebut hingga menyebabkan banyak darah mengalir. Seorang lagi penjahat tersebut panik lalu menembak lutut kanan Puan Suzzie. Puan Suzzie jatuh, dan tidak dapat berdiri.

"What have you done to my wife! Take this!" Kata suami Puan Suzzie lalu meludah ke muka penjahat tersebut. Penjahat yang berang dengan tindakan suami Puan Suzzie, mengetuk kepala suami Puan Suzzie dengan pistol yang dipegang sehingga menyebabkan dia pengsan. Mereka kemudiannya mengheret suami Puan Suzzie menaiki van hitam lalu meninggalkan Puan Suzzie dan Jessica bersendirian

"Abang!" Jerit Puan Suzzie. Perlahan-lahan suami dan anak kembarnya hilang dari pandangan. Tiba-tiba datang 3 orang lelaki yang melalui kawasan tersebut lalu datang menghampiri Puan Suzzie

"Miss, Are you okay? What are you doing here?" Tanya salah seorang lelaki tersebut

"My husband" Kata Puan Suzzie yang sedang menahan kesakitan

"Oh Gosh. You're bleeding" Kata salah seorang lelaki itu pula. Ketika itu, Puan Suzzie pengsan dan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah

Setelah 3 tahun tanpa khabar berita dari suaminya, Puan Suzzie menganggap bahawa suami dan anaknya telahpun meninggal dunia kerana dibunuh oleh penjahat-penjahat itu. Puan Suzzie mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea dan mula membuat business kecil-kecilan. Dari situ, dia telah membina Suzzie Resort dan kekal sehingga sekarang

~End Of Flashback~

"Mama. Jessica minta maaf. Jessica tak tahu pun tentang tu" Kata Jessica lalu memeluk Puan Suzzie. Perlahan-lahan air mata Jessica mengalir kerana dia tidak menyangka bahawa mamanya terpaksa mengharungi hari-hari yang sukar untuk membesarkannya

"Thats why mama tak nak bagitahu Jessica. See, kan Jessica dah menangis. Mama tak suka tengok anak mama ni menangis" Kata Puan Suzzie. Suaranya semakin tidak jelas kerana menahan kesedihannya

"Boleh tak Jessica nak tanya mama something?" Tanya Jessica sambil merelaikan pelukannya lalu mengelap air matanya.

"Kamu nak tanya apa sayang?" Tanya Puan Suzzie

My Lost Twin SisterWhere stories live. Discover now