Chapter 6 : Rindunya!

1.4K 107 2
                                    

Matahari mula terbit menyinari bumi. Jessica yang baru sahaja sedar dari tidurnya, melihat mamanya kelam kabut seperti lipas kudung.

"Mama. Kenapa ni?" Tanya Jessica

"Mama lupa. Hari ini mama kena pergi dekat Suzzie Resort. Ada hal yang mama kena uruskan" Kata Puan Suzzie

"Oh. Mama balik jam berapa?" Tanya Jessica

"Mama tak pasti lagi lah sayang. Nanti apa-apa mama call ya?" Kata Puan Suzzie lalu masuk kedalam biliknya

"Kesian mama. Mesti penat nak uruskan resort tu seorang diri sejak papa dah tiada" Jessica bercakap seorang diri lalu mencapai tuala yang berada di belakang pintu biliknya

Setelah selesai mandi, Jessica menuruni anak tangga untuk menuju ke ruang tamu. Setelah duduk di atas sofa, Jessica terlihat sebuah buku berwarna merah jambu di atas almari televisyen. Jessica berdiri untuk mengambil buku tersebut. Tiba-tiba Puan Suzzie memintas Jessica dan segera mengambil buku tersebut.

"Ada dekat sini rupanya buku ni" Kata Puan Suzzie

"Buku apa tu mama?" Tanya Jessica

"Buku catatan mama" Jelas Puan Suzzie

"Oh. Ingatkan buku apa tadi" Kata Jessica sambil melemparkan senyuman manis

Puan Suzzie melihat jam tangan yang berada di pergelangan tangan kanannya. "Okaylah sayang. Mama dah lambat ni. Mama pergi dulu ya? Take care" Kata Puan Suzzie lalu meninggalkan Jessica bersendirian di ruang tamu

"Jangan lupa kunci pintu! Kalau bosan, ajaklah kawan-kawan kamu datang!" Kedengaran suara Puan Suzzie yang sengaja dikuatkan di hadapan pintu

"Ya mama!" Balas Jessica ringkas

Jessica menuju ke hadapan pintu rumahnya dan melihat kereta mamanya yang sedang keluar dari kawasan rumahnya dan perlahan-lahan hilang dari pandangan Jessica

"Nak ajak siapa datang dekat rumah ni?" Jessica termenung seketika lalu mengunci pintu rumahnya. Setelah selesai berbuat demikian, Jessica masuk kedalam bilik untuk mengambil telefon bimbitnya. Setelah mengambil telefon bimbitnya, mata Jessica tertumpu kepada plastik berwarna merah di sebelah komputer riba miliknya.

"Apa dalam plastik ni?" Jessica membuka plastik tersebut dan terlihat botol-botol minyak wangi yang dibeli oleh mamanya semasa di taman bunga.

"Eh. Baru aku teringat. Aku tak bagi pun lagi minyak wangi ni dekat kawan-kawan aku. Tak apa lah. Apa susah, suruhlah mereka datang disini" Kata Jessica lalu menelefon rakan-rakannya untuk datang ke rumahnya.

Satu jam kemudian, kedengaran loceng rumah Jessica berbunyi. Kelihatan Hyoyeon, Sunny, Taeyeon dan Yuri berdiri dihadapan pintu pagar rumah Jessica.

Jessica membuka pintu dan menjemput mereka berempat masuk kedalam rumahnya.

"Mana Tiffany, Sooyoung dengan Seohyun?" Tanya Jessica selepas mereka semua duduk di atas sofa

"Mereka bertiga dalam perjalanan ke sini. Sekejap lagi sampailah tu" Kata Hyoyeon

"Kita orang semua rindu dekat kau" Kata Sunny

"Itulah. Mentang-mentang dah habis sekolah, terus lupakan kitaorang" Kata Yuri lalu memuncungkan mulutnya

"Ya lah. Aku susah sikit nak keluar. Maklumlah mak aku tu asyik busy je 24 jam" Kata Jessica

"Apa kata harini kita keluar beramai-ramai nak?" Tanya Taeyeon

"Nak pergi jalan-jalan dekat mana?" Tanya Jessica

"Pergi Starbucks nak?" Hyoyeon memberi cadangan

"Tak naklah. Apa kata kita pergi shopping. Nak?" Balas Yuri

"Selain dari shopping?" Tanya Taeyeon

"Kita pergi saloon nak?" Tanya Sunny pula

"Aku baru je lepas pergi saloon" Kata Yuri

Sedang mereka memikirkan kemana mereka hendak pergi berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran loceng pintu rumah Jessica berbunyi. Jessica pergi di hadapan pintu rumahnya lalu membuka pintu tersebut.

"Annyeong!" Kata Tiffany, Seohyun dan Sooyoung serentak

My Lost Twin SisterWhere stories live. Discover now