Chapter 12 : Menjalankan misi

1.3K 101 18
                                    

"Banyak lagi ke yang nak bakar?" Tanya Jessica sebaik sahaja tiba di tempat mereka yang sedang membakar

"Banyak lagi tu" Kata Lay sambil memuncungkan mulutnya kearah tupperware yang berisi makanan yang belum di bakar

"Nak aku tolong ke?" Tanya Jessica kepada Tao yang sedang sibuk mengipas-ngipas bara api manakala Luhan sedang sibuk membalik-balikkan makanan yang dibakar

"Tak apa. Saya boleh buat" Kata Tao lalu tersenyum

"Kalau dah penat nanti aku bagitahu" Balas Luhan pula

"Kenapa datang sini?" Tanya Kris

"Tak ada apa. Aku datang cuma nak tengok kamu semua membakar" Kata Jessica

"Ya ke? Bukan datang sini sebab diabaikan ke?" Tanya Kris lagi

"Mana ada" Balas Jessica

"Tak payah nak tipulah. Kami berempat tengok kau seorang je kat sana tadi" Jelas Kris sambil tersenyum sinis

"Hmm. Inilah sebabnya aku tak suka kamu semua datang sini masa kawan-kawan aku ada" Jelas Jessica

"Kenapa pula?" Tanya Lay yang dari tadi setia mendengar perbualan Kris dan Jessica

"Sebab aku tahu akan jadi macam ni. See.. sekarang aku diabaikan oleh kawan-kawan aku" Jelas Jessica lagi

"Tak apa. Kami kan ada. Lepaklah disini" Kata Lay

"Ya lah" Kata Jessica lalu ketawa

"Tao bagi aku pula. Dah berpeluh-peluh dah aku tengok kau" Kata Kris

"Ya lah. Luhan, biar aku ganti tempat kau pula" Kata Lay

Setelah selesai membakar, mereka semua mengambil makanan dan duduk di tempat yang disediakan. Ada yang duduk di dalam pondok, ada yang duduk di tepi kolam renang, ada yang duduk di tepi dan ada yang duduk di atas kerusi yang di sediakan. Jessica pula sibuk menjalankan misinya untuk mengacau rakan-rakannya yang sedang 'berdating' dengan sepupunya.

"Tengah berbual tentang apa tu?" Tanya Jessica sebaik sahaja memasuki pondok yang diduduki oleh Suho dan Taeyeon

"Tak ada apa-apa. Borak kosong ke" Balas Suho

"Betul ke borak kosong je? Takkan lah berborak dari tadi tak ada apa-apa yang best" Kata Jessica

"Betul. Kami cuma borak kosong sahaja" Balas Taeyeon

"Tak apalah kalau begitu. Makanlah dulu. Aku nak kacau orang lain pula" Balas Jessica lalu meninggalkan Suho dan Taeyeon berdua-duaan di pondok

"Okay. Sasaran kedua pula" Kata Jessica lalu menuju kearah Kai dan Seohyun

"Tengah cerita tentang apa ni?" Tanya Jessica

"Tak ada apa-apa" Balas Kai

"Tipu" Balas Jessica sambil merenung mata Kai

"Kai baru nak bagitahu saya kenapa dia tak makan udang" Balas Seohyun

"Oh. Sebab apa?" Tanya Jessica sambil memandang Kai lalu duduk bersila diantara Kai dan Seohyun

"Aku ada alahan dengan udang" Balas Kai

"Kalau kau makan nanti jadi apa?" Tanya Jessica

"Mata aku bengkak and berair" Balas Kai

"Aku turut bersimpati" Sambil membuat muka simpati dan menepuk-nepuk belakang Kai

"Tak payah nak perli aku" Balas Kai

"Kau nak makan sekali dengan kami ke?" Tanya Seohyun

"Taklah. Aku datang ni cuma nak kacau kamu berdua dating je" Balas Jessica

"Dah tak payah nak menyibuk. Pergi kacau orang lain" Kata Kai

"Hmm. Ya lah. Aku juga kena halau" Balas Jessica sambil mencebikkan mulutnya

"Kalau nak join kami makan pun boleh" Balas Seohyun

"Tak apalah. Aku nak kacau orang lain pula. Bye" Balas Jessica

"Bye" Balas Kai dan Seohyun serentak

"Okay. Dua couple dah settle. Sekarang nak kacau Sunny, Hyoyeon, Baekhyun and Kyungsoo" Kata Jessica bersendirian lalu menuju kearah mereka berempat yang berada di tepi unggun api kecil yang dibuat oleh mereka berempat.

"Hi. Nak kacau boleh?" Tanya Jessica sebaik sahaja tiba di tempat mereka berempat yang sibuk makan

"Tak boleh" Balas Kyungsoo

"Sibuk je nak kacau orang" Balas Hyoyeon pula

"Entahlah dia ni. Tak boleh tengok orang senang" Balas Baekhyun pula

"Aku tengah menjalankan ni" Balas Jessica

"Misi apa pula ni?" Balas Sunny

"Misi mengacau orang dating" Balas Jessica sambil ketawa

"Eleh. Sibuk je nak kacau orang dating" Balas Baekyun

"Suka hati akulah" Balas Jessica

"Mana boleh suka hati" Balas Sunny

"Alah. Aku nak kacau sekejap je. Nanti aku pergi balik" Balas Jessica lalu duduk di sebelah Hyoyeon

"Kau dah makan ke?" Tanya Hyoyeon

"Belum" Balas Jessica

"Kenapa kau tak makan lagi?" Tanya Baekhyun

"Sebab aku nak jalankan misi aku dulu" Balas Jessica sambil ketawa

"Mengada. Ketiak nak?" Balas Kyungsoo

"Uishh. Tak naklah. Nanti aku mati sebab hidu toksik yang keluar dari ketiak kau tu" Mereka berlima ketawa besar setelah mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Jessica

"Eh. Dah lah. Aku nak makan dahulu. Kamu semua makanlah dengan tenang" Balas Jessica

"Baguslah tu. Aku tunggu kau pergi dari tadi lagi" Balas Hyoyeon lalu ketawa

"Ya lah. Siapalah aku ni nak duduk sama-sama dengan kau orang" Balas Jessica

"Aku main-main sahajalah" Balas Hyoyeon

"Aku pun main-main juga" Balas Jessica sambil ketawa lalu pergi meninggalkan mereka berempat

My Lost Twin SisterWhere stories live. Discover now