Chapter 10 : Sepupu aku nak datang

1.3K 105 0
                                    

Setelah mereka semua berkumpul di rumah dan bersetuju untuk tidur dirumah Jessica, mereka semua mula menjalankan rancangan.

"Tiffany, Seohyun dan Yuri pergi beli barang-barang dapur and snek" Arah Taeyeon

"Jessica dan Sooyoung tolong siapkan peralatan untuk kita buat BBQ malam nanti" Arah Taeyeon lagi

"Aku dengan Hyoyeon masak" Kata Taeyeon sambil memegang lengan Hyoyeon dan tersenyum

"Baiklah" Kata mereka serentak

"Sekarang dah pukul 5.30 petang. Tolong berkumpul semula disini pada jam 7 petang" Kata Sunny

"Okay. Cepat buat kerja, cepat kita dapat makan" Kata Jessica

Sebelum mereka bergerak untuk menjalankan tugas masing-masing, Tiba-tiba telefon bimbit Jessica berdering kerana panggilan masuk dari Puan Suzzie lagi.

"Hello mama. Kenapa?" Tanya Jessica

"Sepupu kamu nak datang rumah" Jelas Puan Suzzie

"Siapa nak datang? Chorong? Namjoo?" Tanya Jessica

"Bukan. Tapi anak-anak mak long and mak ngah kamu" Jelas Puan Suzzie

"What?! Takkan lah. Mereka datang sini untuk apa?" Kata Jessica sambil mengerutkan dahinya

"Mereka datang untuk melawat kamu and kemungkinan besar mereka akan tidur di rumah tu. So, layan mereka sebaiknya ya?" Kata Puan Suzzie

"Tapi ma. Jessica baru nak ajak kawan-kawan Jessica buat BBQ" Kata Jessica

"Baguslah kalau macam tu. Kamu boleh ajak mereka sekali" Kata Puan Suzzie

"Tapi ma..." Kata Jessica dengan nada tidak puas hati

"Tak ada tapi-tapi. I trust you can handle them. Lagi pun mereka bukannya budak kecil lagi" Kata Puan Suzzie

"Hmm. Tak apalah kalau begitu. Bye mama" Kata Jessica

"Bye" Kata Puan Suzzie sambil memutuskan panggilan

"Kenapa Jessica?" Tanya Hyoyeon

"Sepupu aku nak datang sini" Jelas Jessica

"Siapa? Lelaki or perempuan?" Tanya Seohyun

"Anak-anak mak long and mak ngah aku. And for your information, anak-anak mereka semua lelaki" Jelas Jessica

"Wah. Lelaki? Bestnya!" Kata Tiffany sambil menepuk-nepuk tangannya

"Mesti handsome kan?" Kata Sunny pula

"Ish. Dah lah. Pergi jalankan tugas masing-masing" Jessica memberikan arahan

"Baik boss" Kata mereka semua lalu meninggalkan Jessica dan Sooyoung di ruang tamu

Tepat pada jam 7 malam, mereka semua berkumpul di ruang tamu.

"Okay, disebabkan sepupu-sepupu aku nak datang sini, 4 bilik dekat tingkat bawah ni kena kosongkan. So, kepada siapa-siapa yang dah masukkan beg dalam bilik tingkat bawah ni, tolong pindah dekat tingkat atas" Kata Jessica

"Kita nak pindah dekat bilik mana?" Tanya Taeyeon memandangkan dia, Tiffany, Hyoyeon dan Sunny harus berpindah ke bilik yang terdapat di tingkat atas

"Kamu berempat boleh masuk di bilik ini" Kata Jessica sambil berdiri di hadapan pintu bilik kosong yang terdapat bersebelahan dengan bilik tidurnya.

"Muat ke kami berempat tidur dalam tu?" Tanya Tiffany

"Muat. Dalam tu ada 6 katil kosong" Jelas Jessica

"Allright boss" Kata mereka semua lalu bergerak masuk ke dalam bilik tersebut

"Kalau dah siap, pergi semula ke ruang tamu" Kata Sooyoung

"Baik!" Kata mereka berempat

Sebaik sahaja mereka semua sudah berkumpul di ruang tamu, kedengaran loceng pintu rumah Jessica di tekan berulang-ulang kali

Ding Dong~..

Ding Dong~...

Ding Dong~..

"Ish. Sabarlah!" Jerit Jessica sambil membuka pintu pagar rumahnya.

Sebenarnya Jessica bukannya tak suka dengan sepupu-sepupunya, tetapi mereka cuma datang pada masa dia hendak bersama-sama dengan rakannya. Dan dia pasti yang rakan-rakannya akan menghabiskan masa dengan berborak bersama-sama sepupunya.

My Lost Twin SisterWhere stories live. Discover now