"Nek Ryan nak keluar ni. Ryan nak cari baju untuk pakai convo sabtu ni, Ryan beli baju untuk Nenek sekali Nenek kena pergi tau hehe" kata Ryan dengan sopan. Nek Som saja lah tempat dia mengadu segala kisah sedih dan gembira nya.
"Hah yelah kamu nak pergi dengan siapa?" Tanya Nek Som
"Siapa lagi Nek kalau bukan dengan Fyra, Ryan nak pergi ni Nenek boleh duduk sorang-ii tak" kata Ryan
"Heh kamu ni selama kamu pergi belajar aku ni duduk dengan siapa" balas Nek Som
"Okaykayo Nek Ryan pergi dulu" kata Ryan lalu menyalam tangan Nek Som sebelum bergerak ke rumah Fyra.
———————————————————————————————————————————————
Ryan telah sampai di perkarangan rumah Fyra Yang tidak jauh dari rumah nya hanya selang beberapa biji rumah sahaja.
Mana Fyra ni tadi kata nak siap dah, orang dah cakap tunggu kat pagar awal-ii tapi sekarang batang hidung batang telinga pun tak nampak (ah merapu mana ada batang telinga) call pun tak angkat harap pakai fon mahal je baik pakai nokia yang bila orang call bunyi ayam tu. Monolog Ryan sendiri yang sudah lama tersidai di dalam kereta.
"Assalamualaikum ibu" laung Ryan akhirnya keluar daripada keretanya tak kuasa nak tunggu lama-ii.
"Ibu..ibu engkau lah ratu hatiku bila kau berduka" argh lagi apa ek lupa ah pulak sebat je la
" aku selalu ada dirumah nenek" Ryan menyambung nyanyian apabila melihat Ibu yang menghampiri nya."Waalaikumsalam...dah tak payah nyanyi tah lagu mana kamu nyanyi dah la tak sedap, ni awal pulak kamu sampai Fyra pun tak bersiap lagi" kata Puan Safira
"Whattttttttt" jerit Ryan
Puan Safira segera menarik Ryan masuk ke rumah.
"Kamu ni dah kenapa nak jerit macam tu dah la kuat malu jiran dengar..kalau nak jerit macam tadi kepit la sikit suara tu baru slow" kata Puan Safira sambil menggelengkan kepala melayan karenah si Ryan ni."Ibu Fyra mana tadi dia kata dah siap Ryan inga sampai sini terus jalan je takyah singgah rupanya haish mana dia" kata Ryan dengan nada yang marah ala marah-ii manja.
"Tu ha ada kat dapur tengah buat Puding Caramel" balas Puan Safira.
"Aku nak cepat dia boleh main masak-ii taguna punya budak" kata Ryan lalu mengatur langkah ke dapur dengan laju.
Setelah tiba di dapur Ryan melihat Fyra sedang memasak gula untuk dijadikan caramel. Ryan menghampiri Fyra dan menarik rambut Fyra.
"Adu sakit-ii arghh lepas lah anjir aduuuuu" kata Fyra mengerang kesakitan rambut yang terikat kemas kini menjadi seperti mak lampir.
"Padan muka kau, aku call kau tadi kau kata dah siap lepastu bila aku dah sampai depan rumah aku tengok kau takda astu aku tanya ibu rupanya kau tengah main masak-ii Kat sini" kata Ryan hah puas hati geram sangat dengan si Fyra ni.
"Lepas kalau tak teruk kau nanti" ugut Fyra namun Ryan semakin kuat menarik rambutnya.
"Adu Ryan aku cakap sakit argh ambik kau" kata Fyra lalu mencapai senduk dan mengetuk tangan Ryan dengan kuat.
"Sakit la gila" kata Ryan lalu mengusap tangannya yang sudah kemerahan.
"Dah kau gi siap cepat biar aku sambung tepi kang lagi lambat pulak..perempuan dah lah bersiap sampai 10 jam" kata Ryan lalu menolak lembut badan Fyra.
Ryan yang melipat baju lengan panjangnya sehingga menampakkan urat tangan argh lelaki memang nampak hot bila buat macam ni aishshsjdbdgsj.
"Argh Fyra jangan cepat tergoda...takda nak tergoda lah dekat 10 tahun aku kawan dia satu pun tak menarik pasal dia ni weii" monolog Fyra sendirian lalu meninggalkan Ryan.
YOU ARE READING
[on hold] Crush atau kawan
RomanceSelepas kematian orang yang di sayang masih ada lagikah kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan yang di rasai bersama sehingga nafas terakhir kini terkubur dan hilang. "Kau percaya tak dengan cinta?" Tanya Fyra "Aku percaya tapi untuk memiliki cinta ya...