Pelipis mata dibuka perlahan. Ryan memandang sekeliling bilik, kelihatan Karl masih lena dibuai mimpi. "Aku harap semua yang jadi semalam hanya mimpi" keluhnya perlahan, perit bila teringat kembali.
"Betul ke apa yang aku buat? Tak salah kan kalau aku bagi peluang dekat dia. Kalau ada jodoh insyaallah dipermudahkan, " Fyra bermonolog sendiri bagi menyedap kan hati. Segaris senyuman muncul dibibir
"Fyra dah siap? Jom lah turun sarapan boleh jumpa cik abang sekali" kata Yaya dengan nada lembut.
Mata melilau mencari kelibat seseorang. Dari semalam Ryan mendiamkan diri dan sekarang hanya Karl yang berada di depan mata.
"Morning princess, tidur lena tak malam tadi. Ada mimpi I tak" Karl menghampiri Fyra tangan mengusap lembut anak rambut Fyra
"Morning. Tak nak la mimpi you, boring I kalau asyik nampak muka you je 24 jam" Fyra mengangkat tangan Ryan lalu di letakkan di atas bahu miliknya.
"Dah jom makan"
Selesai menjamu selera Ryan masih tidak turun. Suara hati memainkan peranan. Banyak soalan bermain di kepala. Dia sakit ke? Kenapa tak turun makan? Tidur lagi ke?. Soalan-soalan itu di biarkan sahaja. Mata masih tertancap pada pintu lif.
"Fyra" panggil Karl lembut. Fyra memandang ke arah Karl seolah menyahut panggilan.
Belum sempat Karl membuka mulut. Yaya memotong.
"Karl, Ryan mana dah habis makan pun dia tak turun lagi. Kau tak ajak dia ke? Nak bagi perut kau kenyang sorang je kawan sendiri tak ingat". Dari mula melihat Karl, Yaya langsung tak berminat dengan lelaki itu kononnya ada aura negatif."Taktau. Aku bangun je dia dah tak ada dalam bilik" jawab Karl selamba.
Suara desiran ombak menghempas pantai jelas kedengaran di telinga. Ryan membawa diri ke persisiran pantai. Mata memandang ke arah laut biru yang kelihatan tenang. Ryan menghela nafas panjang.
"Hidup ni memang menyakitkan. Tak semua yang kita impikan, akan menjadi kenyataan. Mama papa kenapa semua orang yang Ryan sayang tinggalkan Ryan. Nenek pun mesti akan tinggalkan Ryan jugak kan" dia berkata dengan amat perlahan. Perkara yang paling ditakuti berlaku tak dapat dia bayangkan.
"Banyak beli barang. Untuk I ada tak?" Tanya Karl sambil memandang ke arah Fyra dan Yaya. Tangan kiri kanan penuh menjinjing beg plastik yang berisi buah tangan.
"Alamak I lupa lah nak beli untuk you. You beli je la sendiri" balas Fyra tersenyum kambing ha serupa kambing betul dah.
"Sampai hati you tak ingat I, merajuk seminggu la kalau macam ni" kata Karl lalu tangan disilang ke dada. Mulut dimuncungkan sedikit.
Fyra menghala beg kertas di hadapan muka Karl.
"Nah tak payah nak merajuk seminggu sangat" kata Fyra lalu memberi cubitan ketam pada perut Karl."Auch sakit la sayang hahaha. Tak jadi I nak merajuk" Karl mencuit sedikit hidung milik Fyra. Sikit-sikit sudahlah kang kalau lebih-lebih mau kena sepak terajang.
"Uwelk uwelk uwelk geli pulak aku dengan drama korang ni. Dah jom balik nak hujan ni" sampuk Yaya.
Angin laut yang tadinya bertiup dengan tenang bertukar menjadi kencang. Awan hitam mula berarak tanda hujan mahu turun lebat. Ryan masih tidak berganjak dari dudukan nya telefon tidak berhenti berdering. Sabarlah kasi tenang sikit baru gua pulang.
"Alamak betul-betul hujan lebat. Kalau tunggu ni malam baru sampai hotel" Ryan berjalan meredah hujan. Perjalanan yang bertemankan airmata. Dia ingin membuang perasaannya terhadap Fyra.
Ryan melangkah masuk ke pintu masuk hotel baju basah kuyup langsung tidak diendahkan. Kelihatan Fyra, Karl dan Yaya sedang menunggu kepulangannya. Terpancar riak kerisauan pada wajah masing-masing KECUALI Karl. Fyra berjalan laju menuju ke arah Ryan.
"Kau pergi mana, kenapa orang call tak angkat. Kau kalau nak menyusahkan orang baik tak payah hidup. Kalau apa-apa jadi dekat kau jenuh pulak aku nak menjawab dekat orang tua tu!" Tengking Fyra. Dalam masa yang sama dialah orang yang paling risau.
"Orang tua tu nenek aku. Kau jangan nak kurang ajar, aku nak pergi mana pun bukan hal kau. Tak payah sibuk pasal aku. Jaga diri kau sendiri!!" marah Ryan lalu menolak kasar badan Fyra ke tepi.
Karl tersenyum kemenangan melihat pergaduhan itu. Niat dia untuk memusnahkan hidup Fyra sedikit demi sedikit mula berjalan dengan lancar.
Selepas pergaduhan Ryan dan Fyra. Ryan nekad keluar dan pindah ke bilik lain. Tak mahu bersemuka dengan Karl dan lain. Dua hari dia mengurungkan dirinya di dalam bilik , badan panas akibat lama meredah hujan dibiarkan saja tanpa sedikit rawatan pun.
Pintu bilik dikuak dari luar muncul seorang pekerja hotel bersama Fyra dan Yaya.
"Terima kasih" ucap Yaya kepada pekerja hotel yang sudi meminjamkan kad nya untuk membuka pintu bilik Ryan.
Yaya menuju ke arah Ryan manakala Fyra hanya berdiri di pintu memerhati Yaya dari jauh.
"Ryan bukak mata kau. Aku datang ni, kau taknak balik ke?" soal Yaya lembut. Dia taknak mengeruhkan lagi keadaan.
"Ma...Macam mana kau boleh..." tidak sempat Ryan menghabiskan ayatnya. Pandangan menjadi gelap, badan semakin lemah.
Yaya menggoncang badan Ryan selepas melihat Ryan tidak menyedarkan diri. Dia menarik tangan Ryan memegang tempat nadi. Tiada denyutan berlaku.
Fyra mengerutkan dahinya seolah menanyakan sesuatu ke arah Yaya.
Yaya terduduk air jernih laju turun dari tubir matanya. Fyra laju menghampiri Yaya.
"Kenapa dengan kau, kenapa kau menangis bagitahu aku Yaya!" Jerit Fyra jelas wajah kerisauan melihat Yaya yang tiba-tiba menangis.
"Ryan tsk tsk aku cek nadi dia, dia dah tak ada Fyra" kata Yaya lemah tangisannya semakin kuat.
Fyra seakan tidak percaya kata-kata Yaya. Dia memegang tangan Ryan. "Ryan aku minta maaf aku tak ada niat nak tengking kau haritu. Ryan bukak lah mata kau. Aku tak sedia nak hilang kau lagi. Tolong lah Ryan" Air mata Fyra juga turut turun dengan laju.
Tangan mengusap kepala Ryan dengan lembut.
"Eh panas, kalau orang mati badan dia sejuk" kata Fyra dalam hati lalu memegang pergelangan Ryan. Masih terdapat denyutan. Air mata di lap kasar dia menghampiri Yaya lalu menunjal kepala budak itu dengan kuat."Sakitlah tsk..tskkk"
"Kepala otak kau mati! Dia pengsan adalah badan dia panas, bodohnya aku percaya cakap kau. Yang lagi bodohnya aku ni doktor tapi kenapa aku tak cek sendiri. Macam mana kau cek nadi dia tadi kau tunjuk dekat aku sekarang" kata Fyra mata memandang tajam ke arah Yaya.
Yaya meletak jarinya ditelapak tangan. "Ha macam ni"
Fyra menarik nafas dalam lalu menepuk dahinya sendiri. "Bodoh kau tak pernah cek nadi waktu ujian segak ke dekat sekolah dulu?" Soal Fyra
"Betullakan cek nadi dekat tapak tangan. Ala waktu ujian segak dulu aku selalu tipu denyutan nadi aku malas ah nak kira lama sangat" jawab Yaya selamba
YOU ARE READING
[on hold] Crush atau kawan
RomanceSelepas kematian orang yang di sayang masih ada lagikah kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan yang di rasai bersama sehingga nafas terakhir kini terkubur dan hilang. "Kau percaya tak dengan cinta?" Tanya Fyra "Aku percaya tapi untuk memiliki cinta ya...