Part 15

382 16 6
                                    

Tingkap bilik dibuka dengan luas, langsir diikat dengan kemas. Cahaya matahari menerobos masuk ke dalam bilik. Udara pagi yang segar dihirup. Angin pagi menepuk lembut wajah Fyra.

"Good morning dunia yang semakin tua" ucap Fyra sambil mengangkat kedua belah tangannya. Badan direnggang sedikit ke kiri dan ke kanan.

"Morning princess" kata Karl yang sudah sedia menunggu di ruang tamu rumah Fyra.

"morning, macam mana you boleh masuk rumah I ni" Fyra melabuhkan punggungnya di sebelah Karl.

"mak mertua I bukak pintu" senyuman nakal diberikan kepada Fyra.

"ada-ada jelah you ni" kata Fyra sebelum melangkah ke dapur.

Gelas dicapai air susu dituang dengan berhati-hati. Segaris senyuman muncul di bibir, waktu yang paling bahagia buat dirinya ialah waktu dia meluangkan masa dengan Karl. Bagai dunia ini ana yang punya.

"Karl, you dah makan belum" laung Fyra daru ruang dapur.

Karl berjalan menghampiri Fyra.

"Belum actually I datang nak ajak you breakfast then pergi jog, you nak?"

"Makan dekat sini lah, you tunggu kejap I masak"

Bau masakan meruak di ruangan dapur. Karl meletakkan telefon diatas meja. Perut telah memainkan lagu rock tahap konsert. Bau makanan yang dimasak oleh Fyra betul-betul membuatkan dia berasa sangat lapar.

"Amboi sedapnya bau, kamu dua orang ni dah macam laki bini dah Ibu tengok" kata Puan Safira yang baru memunculkan diri.

"Merapu je lah Ibu ni" Fyra meletakkan mangkuk besar yang berisi nasi goreng kampung (agh sedapnya😩)

"Hehe" Karl menggaru kepala yang tidak gatal
"Bini no 2 la kot anak kau ni" kata Karl dalam hati.

Selesai menjamu selera mereka memulakan larian dari rumah Fyra ke taman berdekatan.

𝙃𝙤𝙨𝙥𝙞𝙩𝙖𝙡 𝘿𝙚 𝙇𝙤𝙩𝙩𝙤

Ryan mengenakan pakaian yang dipakai oleh doktor sepanjang di bilik bedah. Dia mendapat tugasan untuk membedah pesakit apendiks. Pesakit diarahkan untuk berbaring di atas katil besi. Ryan dan team OT lincah memasang peralatan untuk memantau tekanan darah & fungsi organ pesakit.

"Adik, adik tahu tak fakta mengatakan yang sebenarnya abang ni hensem. Kalau nak hensem macam abang kena sihat dulu" kata Ryan yang cuba menghilangkan rasa gementar pada pesakitnya.

Topeng oksigen dipakaikan pada pesakit sebelum menyuntik ubat bius pada saluran drip.
Ryan melakukan tugasnya dengan teliti.

"Nice job bro" kata doktor Syaf.

"Hehe thankyou doktor" balas Ryan

"tak payah doktor sangat la panggil Syaf je, aku ada benda nak cakap tapi agak private sikit ye nanti masuk bilik aku" Syaf menepuk bahu Ryan dan melangkah meninggalkan Ryan.

Pintu bilik diketuk dahulu tanda hormatnya kepada orang atasan. Kang kalau main terjah je mampos dia.

"Ryan meh lah duduk sini." kata Syaf.

"aku nak tanya nih kau dengan Fyra tu dah putus ke" soal Syaf.

"hak alah dia ni kalau nak tanya pasal benda tu je tak payah la sampai ajak masuk bilik tadi dah boleh tanya hey sabaf Ryan sabar" kata Ryan dalam hati.

"kitaorang mana ada couple kitaorang kawan je" Ryan memberikan senyuman tipis kepada Syaf

"Wah lagi bagus kalau macam tu, dia dah ada pakwe atau bakal suami ke?" Soal Syaf lagi.

"Muka itik macam dia Mana ada orang nak. Tapi kalau kau nak pergi lah try aku sokong sikit la sikit je"

"Alhamdulillah aku merancang nak kenal dengan dia hehe" kata Syaf dengan tenang.

"Ha baguslah kalau tak ada apa-apa aku keluar dulu" Ryan mengatur langkah keluar.
"Sekurang-kurangnya ada jugak lelaki Yang baik nak dekat kau"

"Itik you tunggu family I, lantak lah mencuba nasib kan. Semoga rancangan aku berjaya" Syaf bermonolog sendiri

"You nak air apa I pergi beli" nafas tercungap-cungap Karl jelas kedengaran kerana penat berjogging.

"Air mineral"

Telefon  berdering nama Ibu muncul pada skrin telefon miliknya .

"Kamu dekat mana" Puan Safira

"Fyra dekat taman dengan Karl baru lepas jogging kenapa Ibu". Fyra

"Ada orang datang meminang kamu, kamu tak nak balik ke" - Puan Safira

"Whatttt taknak" Fyra menekan ikon gagang merah. Nafas ditarik dalam-dalam.

Air mineral dihulur kepada Fyra. Fyra memandang wajah Karl dengan tajam dah serupa singa kebulur tak dapat makan nasi setahun.

Karl mengangkat ke dua belah keningnya seolah menanyakan soalan ke Fyra.

"You ada hantar rombongan meminang ke dekat rumah I" Soal Fyra

"Apa you merapu ni, I kan tak bawak you jumpa parents I lagi dah apa hal pulak tiba-tiba masuk minang ni." Kata Karl

"Ouh okay you jom balik cepat la jom" Fyra menarik tangan Karl.

"Thanks, you balik lah nanti dah sampai rumah call I" Fyra menutup pintu kereta Karl dan berlari masuk ke dalam rumah.

"Ibuuu mana dia orang" jerit Fyra

"Dia orang dah balik, jangan risau Ibu tak terima pun lamaran tu. Ibu cakap ikut keputusan Tuan badan"

Fyra menghela nafas lega. Sejujurnya dia tidak mahukan lelaki lain. Dia hanya mahukan Karl sahaja sebagai teman hidupnya. (dah kena mandrem ke apa Fyra ni hahaha)

   

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[on hold] Crush atau kawanWhere stories live. Discover now