Pintu wad Fyra dikuak dari luar.
"ya allah Fyra macam mana boleh jadi macam ni kalau kamu tak keluar mesti benda ni tak jadi" kata Puan Safira sedih melihat anaknya terbaring di hospital demi menyelamatkan seseorang, nyawa sendiri tercabar.
"ibu jangan risau sangat lagipun perut Fyra ni terkoyak sikit je anak ibu ni kuat...ibu mana Ryan, Fyra nak jumpa dia" kata Fyra untung luka yang terkena pada perutnya tidak terlalu besar dan hanya memerlukan 8 jahitan sahaja.
Ryan mendengar Fyra yang menyeru namanya terus menghampiri katil Fyra.
"Kau muncul daripada mana" tanya Fyra
"Aku ada je Kat Sofa tu kau je tak nampak" kata Ryan
"Semalam kamu dengan Ryan pergi mana lari daripada majlis kesyukuran tu orang buat majlis untuk dia..."belum sempat Puan Safira menghabiskan ayatnya Fyra terus memotong.
"Adu Ibu Fyra lapar sejak perut kena potong ni rasa kosong je tah-tah semalam keluar isi makanan keluar ikut lubang ni emm Ibu nak makanan boleeee" pujuk Fyra kerana ada hal yang harus dibincangkan bersama Ryan.
Puan Safira berjalan keluar dan menuju ke cafe untuk membeli makanan kepada Fyra. Maklumlah tak sempat nak masak sebab terlalu risaukan anak dara sorang tu.
Fyra menghantar Puan Safira dengan pandangan mata sehingga kelibatnya semakin menjauh.
"Ryan lelaki yang kita tolong semalam tu dia dekat wad mana aku nak tengok dia" soal Fyra
"Oh dia tu taktau aku sampai je emergency semalam terus aku tinggal dia ala pandai-pandai la hidup dah besarkan kau asal tanya pasal dia dah jatuh cinta ke" balas Ryan
"Mana ada aku ingat boleh la nak jumpa dia boleh aku tahu asal dia kena pukul sampai macam tu sekali" kata Fyra bila teringat kembali kejadian yang berlaku malam semalam.
"Ryan jom" ajak Fyra
"Mana pulak kau ni" kata Ryan tak sedar diri Betul lah sakit-sakit pun sibuk nak berjalan.
"Aku nak balik bosan duduk sini lama-lama dah lah katil tak empuk macam otak kau tak empuk" kata Fyra
"Diamlah kau nasib baik sakit je kalau tak dah lama aku kerjakan kau...duduk sini diam-diam aku tanya kaunter bila kau boleh discharge" kata Ryan lalu beredar daripada wad Fyra.
Karl yang mengenakan bandage di kepala berjalan memasuki perkarangan hospital mencari wad yang menempatkan gadis polos yang menolongnya semalam
"Hai you Fyra kan yang tolong I semalam?" Kata Karl
"Oh hai betul la tu saya Fyra" kata Fyra
"shit takda la teruk mana pun dia ni kena tikam ingatkah dah banyak mesin dekat badan" Karl bermonolog sendiri sambil melihat kearah Fyra.
"Excuse me Encik kenapa tengok saya macam tu ada yang tak kena ke" kata Fyra sah pervert mamat ni tapi muka nampak baik.
Karl menghulur sejambak bunga daisy kepada Fyra dan menghadiahkan senyuman.
"Ambil lah tanda terima kasih dan semoga cepat sembuh miss Fyra btw my name is Karl Ariel but you can call me Karl" kata Karl.
"Okay Karl boleh saya tahu kenapa awak kena kejar sampai diaorang pukul awak semalam" tanya Fyra
"Saya difitnah rogol adik salah seorang daripada gangster tu tapi sebenarnya saya tak kenal pun diaorang " tipu Karl, setiap yang terjadi malam semalam hanyalah rancangan semata-mata untuk memerangkap Fyra.
"Thanks to you and your boyfriend without you I don't know what will happen to me" sambung Karl lagi.
"Welcome btw he's not my boyfriend" kata Fyra
"Fyra saya nak nombor awak boleh mana tahu lepasni boleh minum-minum and saya boleh balas budi awak please" pujuk Karl sambil menghulurkan telefonnya ke arah Fyra.
Fyra mengambil telefon Karl dan menekan beberapa digit nombor.
"Thankyou Fyra oh ya saya nak kena balik rasanya dah lama sangat duduk dekat sini" kata Karl dan beredar dari wad Fyra dalam perjalanan menuju ke pintu bilik dia terserempak dengan Ryan. Ryan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Karl namun tangannya tidak disambut Karl terus berjalan tanpa mengendahkan kewujudan Ryan.
"Kau dah boleh keluar harini" kata Ryan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket dan tidak bercakap sedikit pun dengan Fyra. Soalan yang bermain dikepala hanya dibiarkan sahaja.
"Senangnya dia bagi nombor kat laki tu setahu aku Fyra bukan jenis mudah percaya lelaki, siapa lelaki tu? Tadi pun lembut je dia cakap dengan lelaki tu?mungkin dia dah jatuh cinta.. lantak lah buat apa nak kisah pasal diaorang" Ryan bermonolog sendiri dengan wajah yang sayu dia keliru perlu ke dia sibuk dengan siapa Fyra nak berkawan sekalipun.
Setelah memasuki perut kereta Karl menarik bandage yang membalut di kepala dengan kasar
"Kalau bukan sebab syarikat yang dah nak lingkup tu takda masa la aku nak buat benda bodoh ni" jerit Karl.Semoga Fyra dalam lindunganNya😂

YOU ARE READING
[on hold] Crush atau kawan
RomanceSelepas kematian orang yang di sayang masih ada lagikah kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan yang di rasai bersama sehingga nafas terakhir kini terkubur dan hilang. "Kau percaya tak dengan cinta?" Tanya Fyra "Aku percaya tapi untuk memiliki cinta ya...