Setelah dua hari Fyra berada di rumah Ryan lansung tidak menjenguknya telefon? mesej? Lagi la tak. Telefon Fyra berbunyi memanggil untuk diangkat Fyra segera mencapai telefon dengan harapan Ryan yang menelefonnya namun yang muncul di skrin telefonnya ada nombor yang tidak dikenali. Fyra membiarkan sahaja telefonnya berbunyi lalu dia berjalan mencapai kunci kereta dan memandu ke rumah Ryan. Tak padan dengan sakit
"Assalamualikum nenek, Ryann" laung Fyra sambil menekan loceng manakala tangan kiri memegang luka yang berada di perut.
"Waalaikumsalam eh Fyra buat apa dekat sini kamu tak sihat lagi kan..datang naikapa drive sendiri ke ya allah budak ni" kata Nek Som
"Fyra nak jumpa Ryan Nek" kata Fyra tersengih
"Masuklah dulu Nenek panggil Ryan dalam bilik" kata Nek Som lalu berjalan masuk kerumah.
"Ryannn tidur lagi budak ni bangun cepat ada orang datang nak jumpa kamu tu" kata Nek Som
"Ala Nek suruh dia balik cakap Ryan tak ada" kata Ryan lalu menarik bantal menutup mukanya.
"Fyra tu kat luar nak suruh balik jugak ke" kata Nek Som
Ryan terus terduduk segar selepas mendengar nama Fyra. Dia menuju ke bilik air dan membersihkan diri takmau la jumpa Fyra busuk-busuk selesai membersihkan diri Ryan akhirnya keluar berjumpa kawan baiknya Fyra gorilla.
"Kau.. kau buat apa dekat sini Ibu mana tak nampak pun" soal Ryan
"Aku drive sorang la nak jumpa kau" kata Fyra
"Kau dah gila ke Fyra kau tu sakit , kau tahu tak kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana kau tak boleh ke nak fikir semua benda tu" marah Ryan yang sudah naik satu oktah.
"Kau pahal nak marah-marah aku sejak aku keluar hospital jenguk aku, call, mesej pun tak lepastu bila aku datang kau nak marah" kata Fyra lalu berjalan keluar daripada perkarangan rumah Ryan.
Ryan merentap kasar rambutnya
"bodoh la kau ni Ryan" kata Ryan lalu mengejar langkah Fyra"Fyraaaa" jerit Ryan nasib baik dia sempat menarik baju Fyra tarikannya membuatkan Fyra terjatuh ke atas jalan tar.
"Nasib baik sempat kalau tak dah arwah dah kau hahaha" kata Ryan
"Ryan sa..sakitt" kata Fyra sambil memegang lukanya dia melihat cecair darah yang berada di tangan.
"Kau ni baru jatuh sikit takkan dah menangis tak kuat la kau ni" kata Ryan lalu menghampiri Fyra
"Eh darah kau period ke Fyra" tanya Ryan ish pekat betul la bodoh Ryan ni
"Dah la bla la kau" Fyra gagahkan diri untuk bagi dari duduk.
"Fyra perut kau" kata Ryan lalu menarik tangan Fyra berjalan menuju ke keretanya.
Fyra duduk disebelah tempat duduk pemandu.
"Angkat baju kau, aku nak tengok luka kau mana tahu jahitan kau dah terbuka ke" kata Ryan tegas"Lembab" Ryan terus menyelak baju Fyra sah jahitan Fyra terbuka sedikit.
Ryan memulakan perjalanan menuju ke hospital tau klinik yang berdekatan.
"Hello boss tak sempat nak langgar dah ada orang tarik dia" kata seorang lelaki
"Lembab kau ni buat kerja senang pun tak boleh jangan harap aku nak bayar kau" kata Karl dengan nada yang marah lalu mencampak telefonnya ke atas meja.
"Cara kasar tak boleh kita pakai cara halus" kata Karl
Selesai menerima rawatan di klinik Ryan membawa Fyra pergi ke suatu tempat.
Setengah jam berada di dalam kereta membuatkan dirinya terasa sangat mengantuk Fyra menyandarkan kepalanya dan melelapkan mata lantaklah siapa suruh tak bercakap langsung dengan aku.
"Fyra aku minta maaf, aku tak ada niat nak layan kau macam tu. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku bila nampak kau rapat dengan Karl aku buntu Fyra." Ryan bermonolog di dalam hati. Jauh di sudut hatinya dia amat merindukan Fyra namun disebabkan ego dia ketepikan rindu itu.
Fyra membuka pelipis matanya dan memandang ke arah tempat memandu kosong tiada orang.
"Mana Ryan kenapa dia tinggal aku dalam kereta" kata Fyra lalu membuka pintu di tempat duduknya.
"Wahh cantiknya pemandangan argh nak tangkap gambar" kata Fyra lalu meraba poket di kiri dan kanannya tiada dia.
"Lupa pulak fon tadi aku tinggal kat rumah tak apa lah snap simpan dalam otak jela hmm" kata Fyra
Ryan menghulurkan telefon bimbitnya kepada Fyra
"Nah kau pakai la nanti aku sent gambar tu dekat kau" kata Ryan"Taknak la fon kau camera tak lawa" kata Fyra
"Kau ni fon kau dengan aku lebih kurang sama je tak payah nak memilih kau taknak pakai aku simpan balik" ugut Ryan
"Eh nak nak bak sini" kata Fyra lalu menangkap beberapa keping gambar cantik tempat yang Ryan bawa pemandangan bukit dan pokok-pokok hijau sangat menenangkan.
"Fyra aku nak tanya kau boleh" kata Ryan
"Tanya lah sejak bila kau nak tanya soalan kena minta izin" kata Fyra
"Kenapa dalam kereta haritu kau menangis? " soal Ryan
Fyra memberi senyuman pahit kepada Ryan lalu memulakan perbicaraannya.
"Aku takut Ryan bila kau dekat kan muka kau dengan aku mungkin aku tak pernah cerita apa yang jadi dekat aku sebelum aku pindah. Apa yang jadi dekat kematian Dhia semua. Kenapa aku takut nak berkawan dengan lelaki semua tu bersebab Ryan. Dulu waktu aku umur 15 tahun aku...aku hampir kena rogol Ryan waktu tu tak ada siapa pun dekat rumah tapi nasib aku baik sebab Dhia balik time tu jugak. Disebabkan dia nak tolong aku nyawa dia yang tergadai dia kena pukul dekat kepala dan brain aneurysm Dhia pecah dia koma dalam dua hari dan Allah lebih sayangkan dia. Aku bodoh Ryan kalau aku lawan mesti Dhia hidupkan aku ni bodohkan Ryan. Dari dulu hidup aku ni susahkan orang kenapa lah bukan aku yang mati " kata Fyra akhirnya tangisan yang dia cuba untuk tahan pecah juga.
"Fyra aku minta maaf sepatutnya aku tak payah suruh kau cerita benda ni arghh bodoh punya Ryan. Fyra kau tak boleh cakap macam tu sepatutnya kau kena kuat kau kena buktikan yang kau ni tak lemah kalau Dhia tahu yang sekarang kau dah berjaya dan kau dah tak lemah macam dulu mesti dia happy kan" kata Ryan lalu menarik Fyra ke dalam pelukan.
Fyra yang tadi nya menangis terus memijak kaki Ryan yang tiba-tiba memeluknya.
"Kau amik kesempatan kan nak peluk-peluk pulak aku pijak kau kang" kata Fyra
"Ni baru Fyra yang aku kenal tak lembik macam tadi" kata Ryan lalu menghadiahkan senyuman kepada Fyra.
♥️♥️♥️♥️♥️
Nama Tya dekat part 1 I dah tukar jdi Dhia☺️
For those yg curious dgn watak Karl boleh baca next part🤟
YOU ARE READING
[on hold] Crush atau kawan
RomantizmSelepas kematian orang yang di sayang masih ada lagikah kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan yang di rasai bersama sehingga nafas terakhir kini terkubur dan hilang. "Kau percaya tak dengan cinta?" Tanya Fyra "Aku percaya tapi untuk memiliki cinta ya...