Butang baju dilepaskan Ryan mencampak bajunya di atas katil. Seharian berada di tempat kerja membuatkan dirinya berasa sangat penat.
Nek Som mengetuk pintu bilik Ryan sebelum masuk ke dalam bilik cucunya itu.
"Kerja macam mana harini ?" Tanya Nek Som lembut."Alhamdulillah Nek semua okay cuma penat sikit la. Ramai pulak patient dekat hospital harini"
"Ryan kamu ada masalah ke? Nenek tengok kamu ni makan tak lalu, berkurung je dalam balik, termenung sana sini" kini mata Ryan ditenung lama.
Ryan mengeluh lemah
"Nek Ryan cakap ni Nek jangan gelak eh" dengan siapa lagi dia nak meluah perasaan yang lama terbuku di dalam diri. Nek Som sajalah orang Yang paling dia percaya."Ryan suka dekat Fyra tapi Nek tu la Fyra ni bengap dah ada yang helok hensem menawan dan tertawan ni dia boleh pilih lelaki lain" puas dia dapat luahkan perasaan disertai dengan kutukan.
"Lah yang kamu lambat bagi tahu kenapa. Mana tahu kalau si Fyra tu suka kamu juga. Kamu tu lelaki tak kan nak tunggu perempuan masuk minang, kamu sendiri yang kena berani.
"Apa sampai minang-minang nek lambat lagi nak kahwin" Ryan mencapai tuala dan berjalan keluar daripada bilik untuk membersihkan diri.
Air shower mula membasahi badan
"mana tahu kalau si Fyra tu suka kamu juga" bayangan suara Nek Som mula bermain di kepala. Betul lah kata orang lelaki dan perempuan memang tak sesuai untuk berkawan rapat salah seorang mesti memendam rasa."Mustahil lah dia suka aku, kitaorang kawan dari sekolah menengah kot, kalau dia suka kenapa dia tak bagitahu" suara hatinya.
Air shower ditutup
Aku tak yakin dengan diri sendiri, merelakan segalanya atau kehilangan kawan baik sendiri."Apa susah sangat kau ni Ryan, ramai lagi perempuan dekat luar sana. Move on okay move on"
Ryan berdiri di depan cermin muka dibelek. Ryan sangat mementingkan penjagaan kulit muka yang sangat rapi pelabagai jenis krim di letakkan di muka. Tiada bekas jerawat mahupun jerawat di muka. Kalau ada pun confirm menjerit lah.
"Okay done kan handsome tu setakat perempuan macam Fyra aku petik jari je 10 yang datang " kata Ryan dengan bangga
"Ryannn" laung Nek Som dari ruang tamu rumahnya.
"Ye Nek I'm cominggggg"
"Esok kita pergi cari barang rumah ye nak. Nenek dah bosan tengok benda sama ni" ucap Nek Som sambil membersihkan dapur.
"Lah tu je ke nak cakap, Ryan nak masuk bilik balik la" baru saja berpusing kebelakang. Nek som memanggilnya kembali.
"Nenek ada benda nak cakap kamu duduk dulu"
Ryan melabuhkan punggung di meja makan."Kamu Nenek tatang bagai minyak yang penuh, diberi didikan ilmu dunia dan akhirat kamu jadilah manusia yang berguna dimata manusia. Nenek sayang kamu Ryan. Kalau Nenek dah tak ada nanti kamu jaga diri ye, jangan terlalu lemah percaya setiap yang berlaku mesti ada hikmah" Nek Som mengusap lembut kepala cucunya.
"Nenek ni kenapa dah tak ada, dah tak ada jangan merapu la Ryan tak suka. Nenek tidur ye esok nak beli barang kan" Ryan merenung wajah nenek yang semakin mendung. Kata-kata nenek hanya dibiarkan sahaja. Tak mahu la mengambil serious menangis pulak kang malam-malam ni.
Nadine mengenakan baju blouse bewarna merah hati. Lipstick merah menghiasi bibir. Dia mengamam beberapa kali untuk meratakannya. Beg tangan di atas meja solek dicapai lalu berjalan ke ruang tamu rumahnya.
Nadine menghampiri Karl yang sedia menunggu di sofa ruang tamu, segaris senyuman diberikan kepada Karl. Tangannya melingkar di lengan Karl kepala dilentokkan sedikit di bahu suaminya itu.
"Apa manja sangat ni" kata Karl sambil mengusap perut Nadine yang sedikit membesar.
"Baby yang nak manja dengan abang, saya taknak pun"
"Mengada-ngada dah jom kang lambat pulak. Awak tu kalau cari barang malam karang baru balik" perli Karl.
Ryan dan Nek Som melangkah masuk ke dalam mall untuk membeli barangan rumah.
"Nenek pergi lah cari barang yang nenek nak. Ryan nak cari barang Ryan sekejap"
Gelak tawa Nadine jelas kedengaran di telinga Karl. Terpancak riak kegembiraan di wajah Karl bila bersama dengan Nadine.
"Abang ni jalan betul-betul la nanti orang ingat Abang mabuk"
"Macam mana nak jalan betul-betul kalau dah tangan sayang tu tak habis-habis nak geletek perut abang hahahah" Karl menggepal tangan isterinya yang tak reti nak duduk diam tu.
Nadine menolak badan suaminya ke belakang.
Karl terpijak kaki lelaki yang berada di belakangnya"Aduh" adu lelaki itu lalu mengusap kaki nya. Kepala ditundukkan sedikit ke bawah
"Sorry bro tak perasan pulak ada orang dekat belakang" Karl menghulurkan tangan kepada lelaki itu seolah mahu memohon maaf.
"Abang okay tak?" Tanya Nadine kepada Karl
"Abang?" Ryan memandang wajah lelaki dan perempuan Yang berada di hadapannya.
"Kau buat apa dekat sini. Perempuan ni siapa? Kau dah kahwin tapi sibuk nak bercinta dengan kawan aku lelaki jenis apa kau ni. Memang tak cukup satu ke" Ryan menggepal tangannya dengan niat untuk menghayun penumbuknya pada muka Karl.
"Aa..apa ni bercinta dengan kawan? Tak cukup satu? Apa ni abang Nadine tak faham la" Nadine keliru dengan situasi yang berlaku sekarang.
"Kau tak payah nak buat andaian sendiri la setan!!" tengking Karl dengan kuat. Dia langsung tidak peduli dengan orang sekeliling. Karl menarik tangan Nadine dengan kasar dan beredar daripada Ryan.
"Kau tunggu lah aku bagitahu Fyra. Aku bagitahu Ibu. Aku bagi tahu semua oranga hahaha( gelak jahat)" suara hati Ryan memainkan peranan senyuman sinis diberikan kepada pasangan yang semakin lama semakin hilang daripada pandangannya
YOU ARE READING
[on hold] Crush atau kawan
Любовные романыSelepas kematian orang yang di sayang masih ada lagikah kebahagiaan dalam hidup. Kebahagiaan yang di rasai bersama sehingga nafas terakhir kini terkubur dan hilang. "Kau percaya tak dengan cinta?" Tanya Fyra "Aku percaya tapi untuk memiliki cinta ya...