"Siapa yang uruskan fail ni?!" Jerit Chanyeol kepada staf-stafnya.
Semua staf-staf menundukkan kepala kerana takut. Mereka tidak berani berlawan mahupun berkata-kata. Chanyeol berdengus geram kerana pertanyaannya tidak dijawab. Dia bangun dari tempat duduknya dan menghampiri staf-stafnya.
"Aku tanya siapa yang uruskan fail ni?!" Chanyeol memegang fail berwarna hitam tersebut.
"S-saya...T-tuan." Jawab salah seorang staf perempuan itu. Chanyeol menghampiri staf perempuan tersebut. Dia melemparkan fail berwarna hitam itu keatas muka staf perempuan tersebut.
Staf-staf yang lain terkejut. Staf perempuan tersebut hampir mengalirkan air matanya kerana dimalukan sebegini. Chanyeol berbisik sesuatu kepadanya.
"Lain kali buat kerja tu elok-elok ,silap haribulan aku boleh pecat kau lah." Bisik Chanyeol lalu berdengus geram.
Tok tok!
Baekhyun mengetuk pintu bilik pejabat itu selepas mendengar jeritan dari lelaki ini. Chanyeol memberi isyarat kepada staf-stafnya supaya keluar. Baekhyun berjalan kearah Chanyeol.
"Kau tak patut berkasar dengan staf-staf dekat sini. Biasa lah tu kalau diorang buat silap dalam kerja." Ujar Baekhyun.
"Aku dah serik bagi nasihat tapi satu pun diorang tak faham. Dah lah aku tengah serabut sekarang ni." Chanyeol meraup rambutnya.
"Orang tua tak sedar diri tu ada jumpa kau ke?" Tanya Baekhyun.
"Bukan setakat jumpa ,dia siap ceroboh rumah aku lagi malam tadi. Tak guna betul orang tua tu mentang-mentang dia kahwin dengan Appa." Jawab Chanyeol.
"Kenapa kau tak bagitahu aku?"
"Aku tak nak susahkan kau ,kau kan ada isteri dengan anak sekarang. Pandai-pandai lah aku settle kan orang tua tu." Chanyeol melepaskan keluhan berat.
Baekhyun mengganguk perlahan dan menepuk bahu Chanyeol. Dia mengatur langkah keluar dari bilik pejabat Chanyeol.
💌
YOU ARE READING
Painful Love » Baekhyun
Fanfiction[COMPLETED] ➶︎ I hate the way you deceive me ➶︎ ➪ START : 7/04/2020 ➪ END : 18/04/2020 © haerlyy