"Baekhyun takkan benarkan saya keluar dengan awak lagi ,Jaehyun. Saya minta maaf tapi awak boleh je datang rumah saya bila awak nak." Ujar Soohyun.
Jaehyun mengganguk dan tersenyum tipis. Dia memandang Soohyun yang termenung jauh. Sudah pasti Soohyun sedang memikirkan Baekhyun. Makin hari makin risau dia dengan keadaan Soohyun.
"Hati saya sakit Jaehyun....sakit sangat."
"Aku lagi sakit tengok kau macam ni Soohyun. Sampai bila lagi kau hidup terseksa macam ni? Ikut aku Soohyun ,aku janji aku akan jaga kau dengan Baejin."
Soohyun menggeleng perlahan. Air mata nya pula mengalir deras membasahi pipi nya. Jaehyun sedaya upaya memujuk Soohyun.
"Saya tak sanggup tinggalkan dia ,Jaehyun."
Jaehyun menghela nafas berat. Soohyun menekup muka nya dan menangis. Sungguh hati nya berasa berat mahu meninggalkan Baekhyun biarpun dia amat kecewa dengan perubahan lelaki itu sekarang.
"Dengar ni Soohyun ,dia dah lukakan hati kau jadi buat apa lagi kau berharap untuk dia. Cukup lah dia buat kau terseksa selama ni. Aku cuma nak kau tersenyum bahagia macam dulu."
Soohyun memegang dada nya berasa sakit. Ya betul hati nya terlalu sakit sekarang. Bagaikan terbelah dua.
'Maafkan saya ,Baekhyun.....'
💌
YOU ARE READING
Painful Love » Baekhyun
Fanfic[COMPLETED] ➶︎ I hate the way you deceive me ➶︎ ➪ START : 7/04/2020 ➪ END : 18/04/2020 © haerlyy