"Aku kena pergi London untuk masa setahun."
Baekhyun mengangkat muka nya memandang ke arah Chanyeol. Terdiam dia selepas mendengar apa yang dikatakan oleh adik nya ini. Chanyeol masih lagi beriak tenang sambil bermain dengan Baejin.
"B-bila kau pergi? Kenapa aku tak tahu semua ni?" Tanya Baekhyun. Soohyun hanya memandang mereka berdua. Tidak berani dia mahu mencelah dalam perbualan tersebut.
"Aku pergi minggu depan. Jangan risau lah ,aku pergi sana sebab kerja lagipun Appa yang suruh." Jawab Chanyeol lalu tersenyum tipis.
Baekhyun mengeluh berat. Kenapa secara tiba-tiba? Hati nya mula berasa tidak tenang.
"Betul ni kau boleh pergi seorang diri?" Chanyeol mengganguk. Dia sudah besar untuk berdikari sendiri tanpa perlukan pertolongan dari abang nya ini.
"Kau balik lewat sikit boleh? Aku tak puas lagi main dengan Baejin. Budak ni makin gemuk lah sekarang. Geram aku." Kata Chanyeol lalu mencubit pipi Baejin. Soohyun tersengih kecil melihat nya.
"Mana tak gemuk nya ,Omma dia suka betul bagi dia makan." Ujar Baekhyun lalu memandang ke arah Soohyun. Soohyun menampar lembut lengan Baekhyun. Baekhyun mula ketawa.
"Hyung ,aku pinjam anak kau eh sementara aku pergi sana." Baekhyun menggeleng perlahan. Soohyun disebelah nya sudah pun ketawa mendengar permintaan dari adik ipar nya ini.
"Mengada lah kau ni Chan."
💌
YOU ARE READING
Painful Love » Baekhyun
Fanfiction[COMPLETED] ➶︎ I hate the way you deceive me ➶︎ ➪ START : 7/04/2020 ➪ END : 18/04/2020 © haerlyy