1 8

352 40 0
                                    

"Kau pergi mana? Aku dah cakap kan jangan keluar dari rumah ni? Kau tak faham bahasa ke apa hah?!"

Baekhyun bertanya dengan nada dingin. Mata nya tidak lepas memandang tajam ke arah Soohyun. Soohyun mengalihkan pandangan nya. Dia langsung tidak berminat untuk menjawab pertanyaan dari Baekhyun. Dia mula mengatur langkah untuk menaiki tangga.

Baekhyun mencengkam pergelangan tangan Soohyun sekelip mata. Dia tahu gadis ini mahu melarikan diri dari nya. Dia merapatkan tubuh nya dengan Soohyun.

"Kau keluar dengan Jaehyun kan?!"

Soohyun mengganguk laju dengan air mata yang sudah mengalir membasahi pipi nya. Wajah Baekhyun sungguh menakutkan nya sekarang.

"Aku dah agak dah! Lepasni ja---"

"Stop Baekhyun! S-saya dah penat hidup macam ni. Kenapa dengan awak ni Baekhyun? Awak sedar tak saya ni isteri awak?! Ouh bila saya keluar dengan Jaehyun ,awak marah? Habistu awak keluar sampai pukul dua pagi baru balik tu apa awak ingat saya ni tak tahu yang awak curang dengan saya?! Jujur dengan saya sekarang! Siapa Areum?!"

Soohyun menggengam tangan nya. Dia sudah tidak kuat lagi untuk menahan semua kemarahan nya. Wajah Baekhyun nampak seperti terkejut.

"Kau tak payah sibuk hal aku!"

"Jujur dengan saya Baekhyun....awak ada perempuan lain kan?!"

Soohyun memandang ke arah Baekhyun. Lelaki itu mengukirkan senyuman sinis kepada nya. Kening Soohyun bertaut kerana hairan. Apa yang membuat kan nya tersenyum?

"Kalau aku cakap ya ,kau nak buat apa?"

Baekhyun mula ketawa. Soohyun tahu dia tiada kuasa untuk menghalang Baekhyun. Dia terduduk diatas lantai. Perlahan-lahan dia mengangkat muka nya semula.

"Saya nak awak ceraikan saya."

💌

Painful Love » BaekhyunWhere stories live. Discover now