2 3

403 38 0
                                    

Soohyun mengangkat beg nya menuruni tangga. Dia telah membuat keputusan nya sendiri. Hanya ini yang terbaik untuk dia dan juga Baejin. Wajah Baekhyun dipandang sekilas.

Kelihatan Jaehyun sedang menanti nya didepan pintu. Mujur lah Jaehyun ada untuk membantu nya. Soohyun mengeluh berat. Terasa sedih mahu meninggalkan rumah yang begitu penuh dengan memori indah mereka.

Baru sahaja Soohyun ingin melangkah menuju ke arah Jaehyun ,badan nya dipeluk erat oleh Baekhyun. Dia terkaku didalam pelukan tersebut.

"Aku akan lepaskan kau dengan rela hati. Aku cuma nak kau tahu yang aku sayangkan kau, Soohyun. Jaga Baejin baik-baik....jangan biar dia jadi macam aku. Aku harap kau bahagia dengan Jaehyun lepas ni."

Soohyun melepaskan pelukan dengan kasar. Air mata nya kembali mengalir. Dia mahu meluahkan segala nya.

"Baekhyun....kalau awak sayang saya ,awak takkan berani duakan saya Baekhyun. Awak lelaki yang pengecut ,Baekhyun. Saya benci awak.....awak langsung tak jujur dengan saya. Hati saya sakit sangat bila tahu yang awak tipu saya. Terima kasih sebab pernah bahagia kan saya sebelum ni."

"Maafkan aku ,Soohyun. Aku cintakan kau dan Areum dalam masa yang sama. Aku tak boleh nak buat apa."

"Tu tamak nama nya bro."

Jaehyun pula yang bersuara. Soohyun menggeleng laju kerana tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Baekhyun sebentar tadi. Tiada guna lagi dia berharap. Terus dia menuju kearah Jaehyun dan meninggalkan Baekhyun.

"Jumpa esok ,Baekhyun." Ujar Soohyun sebelum melangkah keluar dari rumah agam milik lelaki ini. Air mata yang mengalir dikesat kasar.

💌

Painful Love » BaekhyunWhere stories live. Discover now