1 5

340 41 0
                                    

"Terima kasih sebab teman saya hari ni." Ujar Soohyun lalu mendukung Baejin yang sudah tertidur.

"Soohyun ,kalau kau ada masalah beritahu aku. Aku akan cuba tolong kau."

Soohyun mengeluh berat. Dia tersenyum tipis memandang ke arah Jaehyun.

"Jaga diri."

Soohyun menutup pintu kereta Jaehyun. Dia mengatur langkah masuk kedalam rumah. Tubuh Baejin diletakkan kedalam katil bayi. Diusap kepala anak kecil nya ini perlahan.

"Baru tahu nak balik rumah? Seronok sangat ke dapat keluar dengan lelaki lain?" Ujar Baekhyun dingin. Dia turun dari tangga dan mendekati Soohyun.

"Saya keluar dengan Jaehyun bukan orang lain yang saya tak kenal."

Rambut Soohyun ditarik oleh Baekhyun. Soohyun meringis sakit. Pertama kali dia dilayan sebegini oleh suami nya sendiri. Air mata mengalir deras.

"Kau sedar tak kau tu isteri aku?! Ada kau minta izin aku nak keluar pergi mana-mana?! Mulai hari ni aku takkan bagi kau keluar dari rumah ni lagi! Faham?!" Jerkah Baekhyun.

Soohyun mengganguk laju. Tubuh Soohyun dihempas ke lantai tanpa belas kasihan. Dia menangis teresak-esak. Baekhyun sudah pun keluar dari rumah.

"S-saya tahu awak ada perempuan lain Baekhyun..."

💌

Painful Love » BaekhyunWhere stories live. Discover now