♥1♥

9 2 0
                                    

Tidak dapat aku bayangkan untuk melangkah ke tahun baharu. Menghadapi cabaran yang semakin mencabar. Namun aku tidak akan pernah berhenti melangkah kerana mengaku kalah tiada dalam kamus hidupku.

Nama aku Sabrina. Aku tidak punya ibu atau bapa mahupun adik-beradik. Aku tinggal di rumah sewa yang murah dan berdekatan dengan sekolah. Umurku telah mencapai 15 tahun.

Bagaimana rupaku? Aku mempunyai rambut berwarna hitam yang panjang paras bahu. Mata berwarna kelabu gelap. Kulitku yang seperti putih salju. Aku tak terlalu tinggi begitu juga tak terlalu pendek. Hanya sederhana sahaja.

Adakah aku punya kerja sambilan? Ia, aku ada. Aku bernasib baik kerana guru besar membenarkan aku untuk berkerja, asalkan pembelajaranku tidak terganggu. Aku kerja sambilan di sebuah cafe. Bayarannya sangat memuaskan dan cukup untuk menanggung persekolahan dan makan, minum, pakaian, bil air dan api serta elektrik. Selain itu, barang2 dapur dan keperluan atau kehendak juga dapat dibeli.

Namun bukan semua kekal sebagaimana kita inginkan. Pasti ada sesuatu kejadian atau peristiwa yang mengubah jalan hidup kita. Tidak kisahlah ia besar atau kecil. Hidupku berubah apabila tiga orang pelajar baru melangkah masuk ke dalam kelasku. Saat seorang pelajar lelaki bermata hazel memandangku. Semuanya berubah tanpa memberiku masa untuk berehat.

Kehadiran mereka bertiga dan lebih lagi pelajar lelaki itu, memaksa aku untuk kembali ke kehidupan yang telah aku tinggalkan.

#ps. Terdapat info yang tertinggal tentang 'Nina'
Kalian akan tahu jugak, siapa Nina yang aku sedang bicarakan.

♠♠♠♠
Seorang gadis berambut hitam paras bahu melangkah masuk kedalam kelas 3 RAL sambil mengekalkan wajah stoicnya.   

"Selamat pagi Sabrina" ucap seorang  pelajar perempuan yang memakai kaca mata dan berambut coklat terang yang diikat kuda.

"Selamat pagi Kartini" balas Sabrina sambil tersenyum. Meletakkan bag ditepi meja dan mengeluarkan sebungkus pek plastik yang isinya ialah biskut coklat. Dia memberi pek itu kepada Kartini.

Kartini mengambilnya dengan gembira. "Terima kasih, Sabrina. You are the best".

"Sama-sama wahai sahabatku". Sabrina melawak, dia meletak tangan kanannya diperut sambil membungkuk.

Kartini ketawa akan lawak sahabatnya.

♠♠♠♠

Seorang remaja lelaki berambut kelabu gelap mengeluh perlahan. Dia memicit batang hidungnya. Kepalanya juga berdenyut apabila sahabat baiknya bertengkar dengan kakak kembarnya.

"Bukan salah aku jika aku bangun lambat. Salahkan jam sebab tidak berbunyi!" kata remaja lelaki yang berambut merah.

Gadis yang menjadi lawan bicaranya menarik telinga remaja lelaki itu. "Macam mana nak berbunyi jika ia telah habis bateri? Wahai Danial yang pemalas~" gadis itu memiat telinga Danial hingga remaja berambut merah itu mengaduh sakit.

"B-baiklah Rania, aku minta maaf. Tolonglah lepaskan telinga hamba ini. Hamba telah memohon maaf" pinta Danial.

"Hem!" Rania melepaskan telinga Danial lalu memalingkan muka, puas hati bila mendengar kata maaf dari Danial.

Danial mengusap perlahan telinganya yang memerah seperti rambutnya. Dia  menjeling tajam pada remaja lelaki berambut kelabu gelap. "Sampai hati kau tak tolong aku, Fauzi" kata Danial. Rania segera memukul kepala Danial bila mendengar kata-kata remaja lelaki itu.

Fauzi menarik nafas sebelum memandang sahabatnya dan kakaknya. "Baik kita tumpukan lebih dahulu akan misi kita sebelum kamu berdua boleh bertengkar seperti anjing dan kucing".

" Mana ada kami bertengkar seperti anjing dan kucing!" Danial dan Rania menjerit serentak. Mereka melihat sama sendiri sebelum memalingkan muka kearah berbeza.

'Bilalah mereka berdua boleh berhenti bertengkar. Hairan betul aku, macam mana mereka boleh jadi sepasang kekasih?'.

Fauzi menarik sebuah fail dari bag sandangnya. "Mulai esok, kita bertiga akan bersekolah di Akademik Santria" katanya dengan tenang. Dia siap sedia untuk menutup kedua belah telinganya.

"Apa!"

♠♠♠♠

"Apa!" Danial dan Rania menjerit serentak.

"O-oi! Kenapa kita bertiga perlu pergi akademik? Misi kita hanya...." kata Danial tetapi dipotong oleh Rania. "Agar tiada yang curiga dengan kita" kata Rania.

"Betul kata Rania, Danial" kata Fauzi. "Dengan menyamar sebagai pelajar akademik, mereka akan menganggap kita hanyalah remaja biasa".

Danial mengangguk faham.

♠♠♠♠

'Perasaan apa ini? Mereka ada disini? Lebih baik aku..... Tidak! Aku tidak mahu terlibat lagi! Sudah cukup aku menolong diorang, diorang seenak-enaknya membuangku setelah itu dan menyebabkan 🔹keluargaku🔹 meninggal'

♠♠♠♠
Keesokkannya

Sabrina melangkah lesu ke tempat duduknya. Dia menyembamkan mukanya di atas meja.

Kartini yang memandang bimbang akan sahabat yang selalu membantunya dikala senang dan susah. "Kau okey tak, Nina?".

Sabrina mengangkat tangan lalu melambai perlahan. "Aku okey. Cuma mengantuk itu sahaja. Semalam aku tak dapat tidur. Mungkin sebab banyak fikir kut. Aku pun tak tahu".'Intuition aku mengesan bahawa hari ini adalah perkara buruk untuk aku hadir kesekolah. Hm~ Saksikan sajalah nanti'.



#Baiklah, ini adalah cerita baru aku.
Aku tidak minta kalian untuk menyukainya. Aku hanya ingin meminta kalian jangan marah. Itu sahaja.

My reasonWhere stories live. Discover now