♥4♥

7 1 0
                                    

"Sudah tentulah. Dia adalah anak murid Guru Tian" kata Guru Lei dengan selamba.

"Tetapi, bukankah Guru Tian sudah mati 2 tahun lalu? Dan juga mengapa tiada berita tentang Guru Tian telah mengambil anak murid?" soal Rania bertubi-tubi.

"Guru Tian ada sebabnya sendiri dan ia tidak mahu ada kena mengena dengan dunia luar. Kamu berdua juga tahu jika Guru Tian mengasingkan diri dari dunia luar" kata Guru Lei.

"Guru Tian? Apa itu Nama sebenar bagi gelarannya Akuma no Yoko?" tanya Fauzi.

Guru Lei mengangguk dan memandang Yue yang sedari tadi mendiamkan diri. "Sama seperti Yue. Gelarannya adalah Kyokai no Yue".

"Kyokai no Yue? Adakah nama kau Yue atau ia hanyalah gelaran kau?" tanya Rania pada Yue. Yue hanya mengeluh perlahan." Ia bukan nama sebenarku".

"Jadi, apa nama sebenar kamu?" tanya Fauzi. Yue memandang Fauzi sekilas."Ada baiknya jika ia dirahsiakan" kata Yue.

"Namun, mengapa aura kamu berbeza. Saya belum pernah rasa aura sebegini" jelas Rania.

"Itu satu lagi rahsia. Baiklah, lebih elok saya pulang dahulu. Sampai jumpa orang tua, Lei, Rania,Fauzi", ucap Yue sebelum hilang dalam kegelapan.

"Kita juga harus pulang. Mari masuk ke dalam rumah" ajak Guru Lei. Rania dan Fauzi mengangguk faham. Mereka bertiga segera masuk ke dalam rumah.✨





♠♠♠♠

'Mereka bertiga sudah besar ya. Betul sekali perkiraanku. Potensi mereka juga semakin berkembang. Namun ia belum cukup untuk tumpaskan.......'

♠♠♠♠

Sabrina melambai tangan pada kartini bila sudah sampai persimpangan antara jalan rumah Kartini dan tempat dia berkerja.

Sambil berjalan dia memikirkan tentang tiga orang pelajar baru. Bibirnya menguntum senyuman, 'Pelajar baru. Mereka? Sangat menarik'.

Sabrina menarik tombol pintu belakang kedai dan melangkah kearah tempat persalinan pakaian. Teman sekerjanya juga yang sama shif dengannya, Haira yang tua tiga tahun darinya.

"Lama sampai, Rara?" tanya Sabrina sambil tangannya membuka loker dan menyimpan beg sekolahnya.

"Baru sahaja, Nana" balas Haira. Dia duduk di kerusi sambil memerhatikan gadis berambut hitam menukar pakaian sekolah dengan pakaian kerja.

"Mari", ajak Sabrina. Haira hanya membuntuti langkah Sabrina.

♠♠♠♠

"Selamat datang, anda mahu pesan apa?" tanya Haira sambil memegang buku kecil dan pen. Lelaki di hadapannya meneliti kad menu sebelum memandang Haira. "Saya mahu coffe white satu dan sepotong cheese cake".

Haira menulis pesanan di buku kecil sebelum tersenyum. "Baiklah, pesanan anda akan dihantar sebentar lagi" kata Haira sebelum melangkah pergi ke kuanter.

Penjaga kuanter, Samuel tersenyum melihat Haira. Haira memberi kertas kecil kepada Samuel."Ini pesanan dari meja 4" kata Haira sebelum melangkah mendekati pelanggan baharu.

Samuel berpusing ke arah belakang, tingkap yang memisahkan kuanter dengan dapur. Tukang masak, Andy. "Andy! Ini pesanan baru".

Andy mengambil kertas itu sebelum memanggil Sabrina. Dia meletakkan dua cawan black coffe dan dua potong chocolate cake di atas dulang yang di tatang Sabrina."Hantar ke Meja 6".

"Baik". Sabrina berjalan ke arah meja 6 yang diduduki oleh dua orang lelaki muda. "Ini pesanan anda. Sila nikmatinya" kata Sabrina sambil senyum. Dua orang lelaki itu membalas senyumannya. "Terima kasih" kata lelaki yang memakai baju merah. Sabrina mengangguk lalu melangkah pergi.

♠♠♠♠

'Mereka mula bergerak. Sangat menarik! Hm~ Apa agaknya rencana mereka ya~?'.

"Kie. Sie. Mari kita lihat apa yang mereka cuba lakukan setelah 2 tahun kita menghilang".

Dua orang kanak dalam umur 10 tahun. "Baiklah cik muda" kata yang memakai jubah biru dan berambut violet,kie.

"Baiklah tuan puteri" kata yang memakai jubah merah dan berambut violet, Sie.

Mereka bertiga tersenyum misteri.







♠♠♠♠

"Rania!". Fauzi menarik kakaknya ke belakang apabila sebuah kereta laju bergerak. Hampir saja melanggar kakaknya jika tidak ditarik.

"A-apa?" Rania memandang Fauzi dan Danial yang pucat muka mereka. Danial mencengkam bahu Rania. "Kau boleh tak pandang kiri kanan. Ada kereta tahu tak! Kalau Fauzi tidak tarik kau... Kau boleh...... Terlanggar tahu.." marah Danial.

"Maafkan aku".

"Aaaaaaarrrrrggggggg!!!!!!!!!!!!".
























Saaa....... Macam mana cerita yang saya tulis ini. Menarik???

Kalau baik hati, tolong komen, boleh?

My reasonWhere stories live. Discover now