♥5♥

6 1 0
                                    

"Aaaaaaaaarrrrrrrggggggggg!!!!!!".

"Arah bunyi dari timur! Mari!" kata Fauzi. Rania dan Danial mengangguk. Mereka bertiga berlari ke arah punca bunyi jeritan.

Sesampai sahaja mereka disana, mereka dikejutkan dengan segerombolan Makluk aneh yang hodoh muka mukanya. Mempunyai tangan yang panjang dan bentuk badan yang aneh. Sesuai sangat dipanggil makluk aneh. Salah satu dari makluk aneh itu menikam seorang lelaki tua. Darah terpecik di tanah, baju, tangan dan kuku.

"Ttiiddddaaaakkkkk!!!!!" jerit Rania marah. Dia mengeluarkanl rantai pedang dan diikuti Fauzi manakala Danial mengeluarkan rantai lembing. Kemudian cahaya kecil keluar dari rantai-rantai itu dan bertukar menjadi pedang dan lembing.

Rania membelah makluk aneh itu menjadi dua dan membelah lagi makluk-makluk aneh di sekelilingnya dengan marah.

Danial segera menahan serangan makluk aneh yang cuba mencederakan Rania dari belakang tanpa gadis itu sedar. "Rania! Cuba bersabar. Tidak elok kalau bertarung dengan emosi yang tidak stabil! Ingat apa dia pesan?!" jerit Fauzi.

"Aaaaaaaa!!!!" Rania menarik hujung bajunya dengan kasar. Dia memandang benci makluk-makluk aneh yang masih berdiri dihadapan mereka.


♠♠♠♠

"Kie~ Nampaknya para aneh itu terlalu sedikitlah untuk mereka bertiga hampuskan~dan juga......... Agak payah mereka lakukan" kata Sie sambil tersenyum sinis.

Kie mengeluh perlahan sambil mengangguk, tanda setuju akan apa Sie katakan. "Sepertinya kita harus lakukan sesuatu".

Sie ketawa riang."Eeh~ Pasti mereka akan! Terkejut melihat kita berdua kembali, bukan begitu Kie~ ahahahahahahaha" balas Sie.

"Mari Sie". Kie mengeluarkan rantai tonfas dari jubah birunya. Begitu juga dengan Sie, mengeluarkan rantai trident dari jubah merahnya.

"Ayo, kita bergembira~ wahai para aneh sekalian~" dengan phyco, Sie berkata sambil ibu jarinya dibibir yang menguntum senyumam. Dia melompat dari bangunan yang tinggi dan bersedia untuk membakar makluk-makluk aneh itu.

"Dasar phyco!" ucap Kie mendatar sebelum mengikuti Sie dalam membunuh makluk-makluk aneh yang sudah menjadi suku akibat dibakar oleh Sie. Dia boleh mendengar ketawa Sie.

"Ahahahahahahaha.... Ini saja apa yang korang mampu?!" jerit Sie sambil ketawa.

♠♠♠♠



Rania, Danial dan Fauzi terkejut apabila makluk-makluk aneh itu dibakar. Mereka mencari punca api itu dan menjumpai budak lelaki berambut violet dan berjubah merah. Budak lelaki itu tersenyum sinis dan aura gelap keluar dari badannya membuatkan makluk aneh yang masih hidup seperti ketakutan.

Budak lelaki itu ketawa, "Ahahahahahahaha..... Ini sahaja apa yang korang mampu?!" jerit budak lelaki itu dengan sengihan phyco.

Kemudian seorang budak lelaki yang serupa dengan budak lelaki berjubah  merah itu datang. Rambut, raut muka dan tinggi mereka berdua serupa kecuali warna jubah mereka dan senjata serta kelebihan mereka.

"Kie~ lama juga awak nak turun~" kata yang serupa menyanyi budak lelaki berjubah merah. Menutup mulut menahan ketawa kecil, budak lelaki itu menyimpan tridentnya, "Tolong habiskan yang tersisa, boleh? Saya dah penat" rayunya.

Budak lelaki berjubah biru,Kie hanya"Tch!". Kie memalingkan muka ke arah makluk aneh, "Jangan ingat aku buat dengan percuma, Sie" kata Kie sebelum mengeluarkan kilat dari tonfas dan menyerang makluk aneh sehingga tiada yang tersisa.

"Ahahahahahahaha..... Saya tahu Kie~" balas Sie sebelum ketawa.




♠♠♠♠

"S-siapa kamu berdua?" tanya Danial pada Kie dan Sie. Dia tidak dapat bayangkan budak yang muda lima tahun dari mereka boleh membunuh makluk aneh yang ramai itu seperti membunuh semut.

"Saya Kie. Dan yang phyco itu Sie" kata Kie bosan. Dia mengembalikan tonfas menjadi rantai. Sie yang mendengar segera mengembungkan pipinya, "Saya bukan phyco lah, kie".

"Korang bertiga tahu, kalau bertarung dengan perasaan yang kurang stabil agak merbahaya. Sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Kamu tidak mahu menyesal setelah apa yang akan berlaku" kata Kie membuatkan Rania tertunduk mukanya.

"Kami pergi dahulu" kata kie sambil menarik lengan jubah Sie sebelum menghilang di bawa angin.

♠♠♠♠

Di sebuah bilik yang hanya diterangi dengan lilin ungu. Ada seseorang duduk di kerusi sambil memandang semua yang berlaku di bandar dari bola kaca. Bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Kie? Sie? Huh~ nampaknya Kyokai no yue kembali beraksi" katanya. Kemudian makluk yang serupa manusia tetapi mempunyai telinga yang tajam dan kuku hitam serta kulit yang pucat berdiri di sebelahnya. "Semua persiapan tuan sudah lengkap".

"Terima kasih................."

♠♠♠♠













"Terima kasih Mori"

My reasonWhere stories live. Discover now