♥3♥

7 1 0
                                    

"Selamat pagi, pada hari ini, Kelas kita akan ada tiga orang pelajar baharu. Silalah masuk" kata cikgu Mai.

Kemudian tiga orang pelajar, dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan melangkah masuk ke dalam kelas dan berdiri di depan papan putih.

"Nama aku Rania. Ini adik kembarku, Fauzi dan kekasihku, Danial. Jangan pernah coba dekat dengan kekasihku dan adikku" kata Rania tegas. Hampir kebanyakkan pelajar perempuan kelas 3 Ral mengeluh kecewa kecuali Sabrina dan Kartini.

Cikgu Mai ketawa perlahan akan tingkah laku pelajarnya. Perlahan dia berdehem, menarik perhatian pelajarnya yang bagai lupa akan kehadirannya. "Baiklah. Rania, kamu duduk disebelah Sabrina. Fauzi dan Danial duduk di belakang tempat duduk Sabrina" arah Cikgu Mai.

Mereka bertiga pun segera duduk di tempat yang telah dinyatakan tadi.
Sebelum sempat pelajar 3 Ral mahu berbual dengan tiga orang pelajar baru, Cikgu Mai menepuk tangannya untuk menarik perhatian pelajarnya. Sekali lagi.

"Baiklah semua. Kita akan menyambung kembali pembelajaran kita yang kelmarin" kata Cikgu Mai.

"Baik, cikgu!".

♠♠♠♠

"Nina, mari kita makan di tempat biasa" ajak Kartini sambil membawa bekalnya. Dia berdiri di tempat duduknya sebelum melangkah keluar kelas.

"Tunggu!" Sabrina segera menyambar bekalnya sebelum mengejar langkah sahabatnya.

Rania hanya memandang senang melihat tingkah laku dua sahabat itu. Namun, dia juga terasa sesuatu yang tidak selesai dengan aura Sabrina. 'Apa gadis itu juga.....'

"Oi! Rania!" panggil Danial. Gadis berambut kelabu gelap itu segera memandang kekasihnya yang berdiri tidak jauh dari dia bersama adiknya."Kami kasi tinggal kau karang" kata Danial.

"A-ah! Sebentar!" kata Rania.

♠♠♠♠

Suasana tempat makan Rania, Fauzi dan Danial agak sepi. Fauzi dan Danial saling memandang sama sendiri sebelum memandang Rania yang berdiam diri. Hanyut dalam dunianya sendiri.

'Sabrina. Auranya itu.... Kenapa lain dengan masyarakat biasa malah dengan manusia yang mempunyai kelebihan seperti aku,Fauzi dan Danial. Auranya juga berbeza dengan aura makluk aneh. Sabrina itu.. Apa?' fikir Rania. Dia mengeluh kasar, mengejutkan dua orang pelajar lelaki dihadapannya. Rania memandang langit yang membiru. 'Namun bila diingatkan kembali, aura Yue juga begitu'.

♠♠♠♠

✨ Fauzi membuka pintu rumah Guru Lei dengan perlahan. Yue berdiri dibelakang Fauzi.

"Sepertinya Guru Lei dan Nia tiada di rumah" bisik Fauzi perlahan tetapi masih dapat didengari Yue.

"Berapa lama sudah perlatian kau dengan Guru Lei?" tanya Yue.

Fauzi menggaru perlahan pipinya. "Baru dua minggu dan bukan hanya saya seorang tetapi saya dengan kakak kembar saya juga", kata Fauzi.

"Dengan kakak ye?".Fauzi mengangguk. "Apa Yue tiada kakak?". Yue menggelengkan kepalanya. "Abang?". Sekali lagi Yue menggeleng."Aku tiada kakak, abang, adik, ibu dan ayah" kata Yue.

"Ehhh!!!!" Fauzi terkejut. Dia mula rasa simpati. Dia rasa agak bersalah kerana menanya soalan yang sensetif. Dia cuba menukar soalan. "Yue, umurmu berapa?".

"Sama sepertimu. Umurku 9 tahun". "Umur Kita sa-"."Faufau, kami pulang! Apa kau baik sahaja disini seorang diri?". Seorang gadis yang serupa dengan Fauzi berhenti bila melihat Yue dengan Fauzi.

Gadis itu segera mengeluarkan pedangnya dan menghunus ke arah Yue. Tapi Yue dapat mengelak hunusan itu.

Fauzi cuba menghentikan kakaknya dari terus menyerang Yue tetapi diendahkan oleh kakaknya.

"Mengapa tempat ini bersepah!" kata seorang lelaki dewasa yang dalam umur 45 tahun yang tiba di tempat itu. Dia memandang tajam pada Fauzi dan kakaknya Fauzi. "Tolong jelaskan, kamu berdua! Dan kenapa! Kamu menyerang Yue, Rania!".

Kakaknya Fauzi atau Rania berhenti dari menyerang Yue." Guru kenal dangan Yue?" soal Fauzi.

"Sudah tentulah. Dia anak murid Guru Tian" kata Guru Lei dengan selamba.

My reasonWhere stories live. Discover now