three;

62 11 4
                                        

"Aizeq."

Kami berdua terdiam, masih memandang ke arah dua jejaka yang rancak berbual sambil menuju ke sini.

"Abang, aku nak balik dulu. Bye!" Belum sempat aku berdiri, tanganku ditarik menyebabkan aku kembali terduduk. Sebuah senyuman yang penuh kejahatan diberikan kepadaku.

"Kau ni kenapa?! Aku nak balik la." Genggaman pada pergelanganku cuba dilepaskan.

"Tak payah mengada nak balik sorang. Balik dengan aku kejap lagi." Tanganku masih dicengkam erat oleh Shaqil. Dua jejaka semakin menghampiri kami.

"Tapi-"

"Eh Ila, bila kau balik dik?" Teguran daripada Syabil membuatkan aku terdiam. Kepala menunduk 90 darjah ke bawah.

"Em.." Tanganku mula digenggam, mata masih tidak berani melihat dua teruna yang masih berdiri di hadapanku.

"Dia baru balik tadi je, Long. Terus dia datang sini. Ambik angin katanya.." Balas Shaqil, membackup adik dia yang comel ni hihi.

Sempat lagi puji diri sendiri eh kau ni.

"Aizeq! Lama tak nampak kau bro. Apa cer sekarang." Aizeq dan Shaqil mula bersalaman.

"Aku macam biasalah. Sama je macam dulu." Balas Aizeq.

Tak, kau tak sama. Kau berubah.

Mereka bertiga mula berborak sakan. Aku kekal berpaling ke arah lain, walaupun aku nampak ada mata yang melihatku dalam diam. Aku mula berasa tidak selesa. Telefon pintar ditangan aku buka, mesej dihantar kepada Shaqil yang berada disebelahku.

Qil, aku nak pergi beli air. -Ila

Sebaik sahaja Shaqil menyedari mesej tersebut, aku terus bangun dan pergi jauh dari mereka. Nafas dihembus lega. Fikiran mula bercelaru.

Kenapalah dia datang sini jugak hari ni? Kalau aku tau, memang tak aku nak datang sini harini. Badluck betul kau ni, Sarah!

Ting! Bunyi ringtone menandakan bahawa atu notifikasi masuk.

Belikan sneakers 2x coffee 3x. Maseh Ila cantik :D - Shaqil

Ni lagi satu menyebabkan aku nak mengamuk tengah jalan. Tak guna punya abang!

Ting! Ting!

Kau jangan igt aku tk tau yg kau nk lari sbenarnya en. -Shaqil

HAHAHAHA -Shaqil

Eiii ni memang menaikkan lagi kemarahan aku. Geram je aku nak bali-

Dush! Bahuku dilanggar oleh seseorang. Badanku hampir tertolak ke belakang namun sempat ditarik olehnya.

"Sorry cik. Awak okay?" Aku gugup, kepala dianggukkan menandakan aku okay. Tangannya yang masih memegang aku dilepaskan. Dia berdehem beberapa kali.

"Sorry terlanggar, saya minta diri dulu." Dia tersenyum sebelum sambung berjogging ke arah yang bertentangan denganku. Aku masih terpinga-pinga, cuba mentafsir apa yang baru sahaja berlaku tadi.

Comelnya dia...

Haip Sarah! Jangan nak mengada!

Pipiku ditampar beberapa kali dan aku mula kembali ke arah yang benar. Selepas penat berjalan, aku akhirnya tiba di kedai serbaneka. Barang yang dikirimkan Shaqil tadi dibeli, dan pergi aku balik semula ke pangkal jalan.

"Nah." Sebungkus plastik yang penuh dengan makanan dan minuman aku beri kepada Shaqil.

"Lama betul kau pergi beli." Persoalan Shaqil dibiarkan sepi. Telefon dibuka dan aku mula mengalihkan perhatian daripada mendengar perbualan tiga teruna.

Unrecalled [Hiatus]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang