"Bila masa abang jahat?" tegur Aizeq. Bahuku terhinjut sedikit dan badan terus menghadap ke belakang. Tempat duduk disebelah Aleesya diambilnya."Hmph. Abang jahat jugak!" Tangan Aleesya mula memeluk pinggangku. Dan sudah sah bahawa baju aku sekarang turut terkena coklat di tangan Aleesya.
"Abang marah sebab abang sayang tau. Aleesya yang masuk biik abang lepastu buat sepah." Balas Aizeq. Telinga aku masih jelas yang Aizeq sengaja tekankan perkataan 'sayang' dan mata menjeling aku.
Apa? Ingat aku terasa ke?
Mata dijelingkan semula. Geram.
"Tapi Aleesya masuk cari Kiki je." Aleesya yang aku agak mula mencipta alasan, masih memelukku dengan erat. Barangkali takut akan Aizeq di sisi kanannya.
"Kiki mana pernah masuk bilik abang. Dia mana boleh bergerak. Leesya je yang clumsy, tinggal dia merata." Balas Aizeq lagi, tidak mahu mengalah dengan adiknya. Aku agak Kiki tu patung Aleesya. Nak cakap kucing, Aizeq ada bela kucing ke?
"Tapi Leesya mana tau Kiki takde kat bilik abang. You bad jugak!" Mulut dimuncungkan beberapa depa kehadapan. Jelas yang Aleesya masih lagi merajuk.
"Kan masa abang bagi coklat tadi Leesya promise me what? Not to merajuk lagi right?" Aizeq senyum senget. Muka dirapatkan dengan Aleesya yang masih memeluk pinggangku erat.
"Yela yela. Promise." Muka yang ditekup kembali menghadap abangnya. Pinky promise dihulur lalu disambut oleh tangan Aizeq.
Sedari tadi, aku hanya diam memerhati drama tak berbayar dua beradik. Secara jujurnya, masih terasa hati dengan kejadian di pasaraya tadi.
"Sarah." Namaku dipanggil selepas beberapa saat menyepi. Aku hanya berpaling tanpa riak.
"Maafkan aku?" Matanya sayu memandang aku meminta maaf. Aleesya mula mengalihkan sandarannya ke arah Aizeq. Namun ditariknya aku sekali lalu mendekatkan lagi jarakku dan Aizeq.
Kepala ditundukkan ke bawah menghadap lantai. "For what?"
"For everything."
"Nonsense." Gelak memerli aku hamburkan.
What's broken is already broken.
Aleesya memandang kami silih berganti. Mungkin budak yang baru berusia 6 tahun ini dapat rasakan aura beku antara kami yang makin lama, makin dingin jadinya.
"See that fish! Dia lompat lah." Kata Aleesya dengan girang cuba menceriakan lagi suasana. Aku masih tidak beriak dan Aizeq hanya senyum kecil. Masing-masing awkward. Tapi aku lebih ke arah sakit hati.
"Hoi yang kat bawah tew. Sweetnyer..." Tegur insan yang bernama Shaqil dari balcony biliknya. Teguran bersama gaya muntah yang dibuat-buat jelas yang dia saja mahu kenakan aku!
Aku mengulingkan mata sebelum kaki berura-ura ingin meninggalkan pondok. Lengan bajuku ditarik dari belakang.
Bukan Aleesya, tetapi Aizeq.
Aku terus rentap pergelangan tanganku dan masuk ke rumah. Kaki melangkah menaiki tangga dengan cepat lalu masuk ke bilik. Nasib aku baik lagi sekali sebab tiada sesiapa yang perasan kehadiran aku yang lalu dengan pantas dari halaman rumah, ke ruang tamu dan seterusnya menaiki tangga ke bilik. 5 marks for myself!
Pintu ditutup perlahan. Badan disandarkan ke pintu dan aku jatuh terduduk. Sekali lagi di ingatkan bahawa ini bukanlah MV tetapi realiti yang kini menghimpit aku satu persatu.
Kenapa baru sekarang nak mintak maaf? Selepas 3 tahun menyepi, sekarang baru kau nak muncul?
Ya, cakaplah yang Sarah ni lemah, cengeng, dan degil. Itulah sifat aku, diri aku yang bertahan dikala duka dan pedih mencengkam, dikala hujan mencurahkan tangisan bersama guruh, ribut dan kilat.
![](https://img.wattpad.com/cover/206768996-288-k295572.jpg)
YOU ARE READING
Unrecalled [Hiatus]
Teen FictionRose are red, violet are blue; Maybe one fine day, I'll meet you. Pelbagai cabaran, derita dan tangisan menghantuinya. Dan yang paling menyakitkan, ialah kebenaran. "Are you sure we had never meet before?" Pertemuaan yang tidak disangkakan, menjadi...