Bagasi ditarik sehingga ke luar aspuri. Tempat duduk di meja batu ku duduki sementara menunggu si driver, Rayqal."Bukan main dia suruh aku cepat. Dia jugak yang lambat. Hmph." Tote bag yang diletakkan di atas meja. Bagasi pula terletak elok disebelahku.
Telefon pintar dikeluarkan dari tote bag dan earphone disambungkan. Lagu Sweet Night daripada V mula menyapa gegendang telinga.
Walaupun sekarang dah zaman Airpod tapi aku masih setia dengan earphone. Ada aku kesah? Huehue.
Aplikasi instagram dibuka. Bagi aku, ni aplikasi wajib dibuka setiap hari. Tapi takdelah setiap masa nak update.
Satu story di upload dan kemudian beralih pula ke Twitter, Dua apps ni memang tak sah lah kalau tak bukak.
Tit. Satu notifikasi masuk sewaktu aku asyik meng'scroll' Twitter. Aku swipe ke kebawah.
@srhdlyla : @aize.q liked your post.
Notifikasi itu aku tekan. Aizeq rupanya. Gambar yang menjadi perhatiannya aku buka.
Gambar sewaktu form 4. Gambar lama. Dia tengah stalk, itu yang pasti.
Sedar tak sedar, seseorang sudah pun mengambil tempat di tepiku. Tak lain tak bukan, Rayqal Iskandar.
"Siapa tu? Senyum sorang-sorang pulak." Tegur Rayqal.
"Mana ada aku senyum. Ha kau kenapa lambat?" Jelingan maut dihalakan ke arah Rayqal. Earphone dicabut sebelah, memberi perhatian kepada Rayqal sepenuhnya.
Rayqal ketawa. "Tak sengaja. Ada hal kejap tadi. Sorry" Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum sungging.
"Ha yela. Aku bukannya marah pun. Chill." Phone dimasukkan ke dalam poket. Earphone disimpan dan Tote bag di atas meja ku sangkut di bahu.
"Jom Rayqal." Dia tersenyum mengangguk dan bagasi yang ditarik olehku dirampasnya. Kejamnya ayat! Bukan rampas, diambil alih.
Aku hanya membiarkannya menarik bagasiku dan terus menuju ke keretanya di seberang jalan. Walaupun ada mata-mata yang memandang serong, aku membalasnya dengan senyuman.
Baik betul kan aku. Haha, walaupun sebenarnya dalam hati nak je maki hamun depan-depan.
Apa sibuk nak pandang-pandang, takde life ke?
Pintu kereta disebelah pemandu ku buka. Badan dihempaskan ke seat dan tote bag diletakkan di atas riba.
Rayqal mula masuk ke dalam perut kereta usai meletakkan bagasi aku ke dalam bonet kereta.
"Berat gila. Kau nak balik setahun ke balik 3 hari ni." Kata Rayqal. Rambutnya dibetulkan menggunakan cermin kereta.
"Biasalah perempuan, takkan kau tak tau." Tali pinggang ditarik dan dipakai. Seat dibetulkan sebelum mata menangkap gerangan yang menjeling tajam dari luar kereta.
Aku smirk dan lambai ke arahnya. Terus hentak kaki minah tu dengan mulut terkumat-kamit memaki hamun. Geng tak cukup kainnya pula setia menemani disisi.
YOU ARE READING
Unrecalled [Hiatus]
Teen FictionRose are red, violet are blue; Maybe one fine day, I'll meet you. Pelbagai cabaran, derita dan tangisan menghantuinya. Dan yang paling menyakitkan, ialah kebenaran. "Are you sure we had never meet before?" Pertemuaan yang tidak disangkakan, menjadi...