Tudung sarung dicapai dan disaukkan ke kepala. Kaki menghala ke meja makan."Ila.. alang-alang tu belikan mama cake flour skali. Mama lupa nak tulis dalam list tadi." kertas yang dilipat dua di atas meja ku ambil dan diselukkan ke dalam poket.
"Okay ma. Lagi?" Langkah dihalakan ke pintu rumah. Kunci kereta Myvi kesayangan diambil.
"Aku nak chocolate. VanHouten. Along suruh beli Maggie Asam Laksa." Duit dihulurkan oleh Shaqil.
"Sibuk jela kau ni, Angah." mata dijulingkan. Malas nak bergaduh lebih-lebih, kaki terus melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta meluncur laju di atas jalan raya. Kalau ada polis ni naya je kena saman. Tapi tak apa, aku dah ada lesen okay!
Sampai sahaja di pasaraya Tesco, troli diambil dan kaki melangkah masuk dengan penuh girang. Siapa je tak suka bila masuk pasaraya dekat muka pintu dah penuh makanan. List di dalam poket cepat-cepat dikeluarkan.
Okay jom kita start!
Kaki melangkah ke bahagian barang-barang mentah. Sayur, ikan, tomato, telur, ayam dan semua barang-barang mentah yang lain dimasukkan ke dalam troli dengan pantas. Biasalah perempuan, lain lah kalau jarang masuk dapur.
Kalau tengok list ni, Mama suruh beli barang mentah je. Ha! Cake Flour!
Troli ditolak menuju ke bahagian tepung pula. Tadi mama pesan nak Cake Flour. Mata meliar melihat di sekitar rak yang agak tinggi (bagi aku). Maklumlah, tinggi aku 156 cm je huhu.
Kaki melompat sedikit bagi mencapai kotak tersebut. Aduh! Tinggi betul. Kenapa Tesco tak sediakan rak yang pendek sikit ke. Kesian kat orang kerdil macam aku ni. Takdela kerdil sangat tapi agak susah bila nak capai kotak yang jauh ke dalam rak ni.
Tangan cuba untuk mencapai kotak yang berada di rak atas buat kali ke 21. Ya Allah tingginya! Harap-harap ada lah prince charming tolong aku ambilkan kotak ni. Aaminn.
Kaki cuba dijengketkan. Sikit je lagi!
Tup! Kotak tadi diambil oleh tangan seseorang, yang pastinya lagi tinggi dari aku.
Tak boleh cliche lagi ke?
Aku menekup mulut sebaik sahaja melihat gerangan yang menghulurkan kotak tepung tadi. Tergamam? Ya, itu yang menunjukkan situasi sekarang.
Reaksi terkejut beruk aku menyebabkan lelaki itu ketawa kecil. Lawak barangkali melihat muka spesis gorilla baru lepas jatuh ke dalam air.
"Kau ni, Sarah. Tak berubah." Kotak tepung tadi dimasukkan ke dalam troli. Bukan dimasukkan, tapi lebih kepada dicampakkan.
"Dah jangan kacau aku. Pergi! Shuh." Troli dipusingkan dan aku menolak laju ke arah bertentangan. Nasib baik dia dah letakkan terus dalam troli. Boleh aku lari.
"Sarah! Wait!" Lelaki tadi, ataupun dikenali sebagai manusia yang telah menyakiti diriku yang innocent ini (alamak terjiwang pulak), iaitu Aizeq cuba mengejar aku dari belakang.
Aku masih cuba untuk buat-buat pekak. Troli pula dengan pantasnya ditolak ke bahagian manisan.
"Kau ni kan. Degil." Troli disekat di bahagian hadapan. Aku cuba nak pusingkan troli buat kali kedua namun sempat ditarik olehnya.
"Stop. Please." Sesuatu benda dihulurkan di hadapanku. Dan kini, aku tergamam buat kali kedua.
Ya ampun! Wallet aku. Bertuah punya Sarah! Cuai betul kau ni. Kalau pencuri dapat, padan muka kau.
"Thanks." Wallet dicapai dan diletakkan kembali ke dalam poket. Nak lari takde guna, mata sambung mencari jejak coklat Van Houten yang dikirim Shaqil.
YOU ARE READING
Unrecalled [Hiatus]
Teen FictionRose are red, violet are blue; Maybe one fine day, I'll meet you. Pelbagai cabaran, derita dan tangisan menghantuinya. Dan yang paling menyakitkan, ialah kebenaran. "Are you sure we had never meet before?" Pertemuaan yang tidak disangkakan, menjadi...