⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱
AKU berada di dalam bilik so plain and white kalau tengok pun boleh sakit mata. Aku tak tahu kenapa aku boleh ada kat sini atau ia sekadar mimpi mungkin? boleh jadi.
Debaran jantung dan ia mula mengepam darah lebih laju dari biasa, apa ni? Kenapa aku rasa sebegini?
Aku rasa tak sedap hati,
Aku perlu keluar dari bilik ini.
Dengan lafaz basmallah, aku memulakan langkah dengan langkah
Baby Steps. Mataku hanya disapa pandangan kosong sahaja tiada perubahan.Tanganku mencengkam
bahagian dada rasa sakitnya memang tak terkata. Ya Allah apa semua ni, berikan aku jalan Ya Tuhan!"Ina sayang."
Aku tersentak itu...itu suara umi!
Aku memalingkan tubuhku ke belakang mengikut suara lembut itu.
Umi tersenyum padaku dan aku pelik, abah pun ada?"anak abah dah sampai masanya untuk jaga diri ya."
Kepalaku digeleng laju tidak mengerti dan sedikit terkejut mendengar statement abah yang tiba-tiba meminta aku untuk jaga diri.
"apa maksud abah ni?" pandanganku dikalih kepada umi memohon penjelasan.
BANG!BANG!!
Aku terbangun dari katil secara mengejut. Pipiku yang terasa basah dipegang. Aku melihat padangan disekelilingku ini bilik aku. Tadi tu cuma mimpi ke? Ya Allah syukur semua ni mimpi.
Walaupun jantung aku masih berdegup laju aku endahkan sahaja. Mungkin kesan dari mimpi tadi.
Yeah it just a bad dream Ina, apalah sangat mainan syaitan ni kan? Dia cuma buat kau takut je.
Jangan kisah sangatlah.
TANGANKU mengusap belakang leher, hurm bagus sangatlah tu. Waktu ni juga kau rasa dahaga eh?dahlah pepagi buta macam ni nak pergi dapur, dush seram doh. Bukan nak kata faktalah tapi kalau kita terbangun pagi buta ni memang rasa dahaga ke? okay soalan tu abaikan sahaja.
Tangan memegang tombol pintu lalu dipulas, aku dengan gigihnya keluar juga dari bilikku. Ini terpaksa okay. Kalau bukan sebab haus atau nak buang hajat tak ada maknanya aku akan keluar dari bilik seawal pagi buta ni.
Aku menggosok mata belah kiri, mulutku yang mula menguap selebar 5 cm itu cepat ditutup dengan sebelah tangan lagi, tak baik ya kawan-kawan kalau tak tutup mulut waktu menguap nanti shaiton masuk.
BANG!BANG!
Bunyi tembakan itu membuatkan kedua dua belah mataku segar bugar. Jantung mula berdegup laju. Jap, itu bunyi tembakan pistol atau mercun?ah mercun kut.
Aduh kau ni Ina, jangan serius sangat boleh tak? tapi kenapa jantung aku masih berdegup laju macam baru lepas kena kejar kerbau?
Ah, rasa tak sedap hati. Benda ni lah paling aku tak suka. Wahai hati, tenanglah kau. Itu hanyalah bunyi letupan mercun, walaupun aku rasa pelik, ada juga orang main mercun waktu begini? macam takde masa lain je!
Akhirnya aku telah sampai diruang tamu iaitu simpang sebelum sampai ke dapur. Oh ya, baru aku perasan hujan lebat kat luar dengan bunyi guruhnya lagi. Okay seram memang seram.
Aku dapat rasa scene horror dekat ruang tamu dan aku tertanya-tanya, kenapa umi perlu letak cermin kat ruang tamu? buatnya aku ternampak benda bukan-bukan tak ke naya tu? alahai umi ni.
Terasa seperti kakiku disapa sesuatu cecair dan hidungku menangkap sesuatu bau. Oh tidak..kenapa..kenapa aku rasa lain ni. Bau ni, bukan bau biasa.
Ini macam bau-
Tanganku pantas meraba dinding mencari butang lampu bahagian ruang tamu. Setelah itu, aku terus menekan button tersebut.
Tanganku secara automatic menjadi pelindungku daripada cahaya lampu.
Mataku kini dihala pada pandangan ruang tamu.Jantung bagai berhenti berdegup.
Lidahku kelu seribu bahasa.
"umi, abah!" jeritku lantang bersama tangisan selaras dengan bunyi dentuman guruh.
YOU ARE READING
Find Him,Before him {SU}
Teen Fiction[Lovely cover book by mochii_66❤] Aku hanya la gadis biasa yang tentunya mempunyai masalah dalam hidup, seperti orang lain juga. Tipulah kan kalau dalam dunia ini tiada orang yang bermasalah? heh, bukan manusia namanya tu. Dan apa yang aku inginkan...