⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱
AKU hanya memandang rumah dengan pandangan kosong, eh tak kosong pun. Actually rumah aku warna hijau. Cuma yang kosong tu hati aku. Dah rasa macam tak ada apa-apa dah. Tapi memoriku dengan keluarga takkan pernah hilang dalam kepala aku, ya aku takkan lupakannya.
Dengan salam ku berikan aku masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan. Eh eh jap, asal aku beri salam pula? duh baca doa masuk rumah la oi Ina ku sayang. Haiya, kau ingat ada orang ke dalam rumah kau tu? Bijak..bijak.
SELESAI sahaja menunaikan solat fardhu Zohor aku mula meneroka di bilik umi abah. Honestly, lah kan aku masih tak puas hati dengan kematian umi abah.
Kenapa mereka mati ditembak? dan polis pun masih dalam penyiasatan pasal kematian parents aku. Apa yang sebenarnya umi dan abah rahsiakan daripada aku? Apa benda yang aku tak tahu lagi ni?
Aku duduk di atas kerusi. Buku yang bertajuk 'Album Keluarga' berada di atas meja hadapanku disapu dengan penuh lemah. Hurm, buku ni lah akan jadi peneman aku sekarang.
Memori kami semuanya terletak dalam buku ni. Aku mula menyelak helaian muka surat drpd buku tersebut. Terdapat foto-foto kami bertiga di situ. Air mataku dibiarkan ia mengalir.
Tak boleh nak buat apa, memang hati aku tisu. Aku tak sekuat pejuang syria di sana. Ya Rabbi kuatkan la daku dengan KekuatanMu.
Tiba-tiba langsung di fikiranku memainkan ulang tayang pada kali terakhir umi pesan kepadaku sebelum menyebut kalimah syahadah beserta nafas yang terakhir.
Ketika itu abah tidak dapat diselamatkan lagi dan waktu itu aku amat berharap tinggi bahawa umi dapat diselamatkam.
FLASHBACK
"jaga diri ya Ina sayang"
"tak! umi jangan cakap macam tu.Ina tak suka! Ina nak umi selamat.
Harapan Ina sekarang pada umi. Ina tak ada sesiapa lagi kat dunia ni. Abah dah tak ada, umi. Umi tak kasihan Ina ke?" air mataku deras dibiarkan mengalir. Tanganku menggenggam pergelangan tangan umi belah kiri. Memberi sedikit kekuatan pada umiku."siapa cakap kat dunia ni tak ada sesiapa lagi? Ina ada Mak Mah, Pak Sayyid dan Maksu Kal-"
"tapi Maksu Kalsum jahat Ina tak suka dia!" pantas aku memotong percakapan umi. Maksu Kalsum? Dia sendiri pun layan aku macam sampah.
Boleh ke terdetik nak terima aku macam anak dia sendiri? Wo wo wo, tak pernah terlintas pun wey dalam fikiran kau. Buatnya aku macam kuli adalah!
"Ya Allah Ina. Apa cakap macam tu?dia tu sebahagian daripada darah daging Ina tau?"
Aku hanya membisu, no comment for statement umi.
"Ina nak umi, Ina tak nak orang lain." Rengek aku seperti budak kecil yang tak nak pergi taska sebab tidak mahu terpisah dengan ibu bapa.
Mataku yang terpejam kini dibuka perlahan apabila tangan lembut kirinya yang ku genggam kini menyentuh pipiku. Sentuhan itu, mungkinkah ini kali terakhir aku dapat menikmati belaian kasih seorang ibu?
"Ingat lagi tak pesan umi? hurm? Cuba sebutkan pesanan umi?" Soal umi penuh lembut dan agak santai?
Aku menarik senyuman kelat, ala kacang hijau je.
"Yang pertama, solat lima waktu sehari semalam tanpa tinggal. Yang kedua sentiasa tolong orang, baik hati, jujur, berani dan amanah dalam melakukan sesuatu perkara.
Yang ketiga, melakukan
tanggungjawab sebagai seorang
anak tanpa mengeluh. Keempat,
tidak melupakan ajaran yang ditinggalkan nabi iaitu Alquran dan Sunnah. Yang kelima, saling menasihati antara satu sama lain (kawan). Yang keenam sentiasa memaafkan dan-" lidah ku seolah terbelit. Sulit untuk aku menyambung kata-kataku."tidak berdendam. Yang ketujuh apa sayang?" tanya umiku lagi, mnyuruhku sambung.
"menerima takdir Dia dengan redha atas ketentuanNya. Bersabar atas ujian yang diberikanNya."
"pandai anak umi ni." ucapnya seakan bangga dengan aku sambil pipiku diusap lembut.
Dapatku lihat bibirnya yang pucat itu seakan menahan perit kesakitan yang dialaminya sekarang namun semua itu ditutupi dengan secoret senyumannya.
Ya Rabbi kasihanilah umiku. Jika benar dia merasakan sakit yang teramat, aku tidak sanggup untuk melihatnya. Jika Engkau mahu mengmbilnya sekarang, aku redha akan pemergiannya. Aku tidak sanggup melihatnya seakan terbeban dengan kesakitan yang dia tanggung.
"Ina sayang, umi pasti dia tepat pada masanya ambil Ina. Umi tau yang dia akan jaga Ina dengan baik sebab dia sangat sayangkan Ina. Tunggu dia ya sayang."
Dahiku mula berkerut. Apa maksud umi?
"dia? siapa 'dia' yang umi maksudkan ni?"
"dia tu-"
Tiba-tiba nafas umi tercungap-cungap seperti nafasnya tersekat pada bahagian kerongkong. Aku mula tak keruan.
Nurse yang perasan dengan adegan kecemasan itu terus berlari keluar dari bilik, ingin memanggil doktor. Aku menggenggam tangan umi. Tangisanku mula berlagu.
Nampaknya seperti Tuhan telah memakbulkan doaku.
Allahu.
END FLASHBACK
Korang rasa siapa orang yang umi maksudkan tu?hehehe😋
YOU ARE READING
Find Him,Before him {SU}
Teen Fiction[Lovely cover book by mochii_66❤] Aku hanya la gadis biasa yang tentunya mempunyai masalah dalam hidup, seperti orang lain juga. Tipulah kan kalau dalam dunia ini tiada orang yang bermasalah? heh, bukan manusia namanya tu. Dan apa yang aku inginkan...