SINARAN matahari yang amat terang benderang itu menyukarkan aku untuk terus tidur. Sekejap badanku mengiring ke kiri sekejap ke kanan. Dahi mula berkerut akibat pening kepala. Kelopak mata mula dibuka dengan berhati-hati. Aku kat mana ni? Dinding berwarna biru laut. Dan aku? dekat atas katil?
Dari baring ke posisi duduk aku meraba bahagian kepala. Masih bertudung? kemudian aku melihat bahuku, lenganku. Masih berbaju?dan seingat aku ya aku belum amnesia lagi rasanya.
Baju ni baju semalam. Means Pak Yusuf tak buat apa-apalah kan? Aku masih ada maruah la kan? Aku menadah tangan memanjat syukur kepadaNya.
Alhamdulillah, Ya Rabbi aku bersyukur atas pertolonganMu.
Tok!tok!tok!
Aku menoleh ke arah pintu, pintu itu dibuka oleh Mak Mah?
Mak Mah memandangku terkejut lantas tubuhku dipeluknya erat. Tapi aku masih boleh bernafas. Aku terdiam. Sebenarnya banyak soalan mahu ku tanya but her hug make me speechless.
"alhamdulillah baguslah kalau Ina dah bangun. Risau tahu Mak Mah semalam."
Dahiku berkerut bukan pening tapi hairan. Mak Mah pun ada ke waktu tu?
Pelukan dileraikan oleh Mak mah lalu duduk di atas katil disebelah ku, menghadap aku. Tangan kanannya melekap pada pipi kiriku lalu diusapnya perlahan.
Sama seperti arwah umi. Perasaan sebak mula hadir. Ya Allah kuatkan aku, aku tak kuat tanpaMu.
"Ina jangan sedih ya? Ina-"
"maksu buang Ina Mak Mah. Rumah Ina, harta Ina. Semua dia ambil dari Ina. Apa salah Ina Mak Mah? Apa salah Ina?" Marahku dengan penuh rasa sebak. Mak Mah terus memeluk aku.
Belakang badanku diusap. Cuba menenangkan aku. Aku menangis pada bahu Mak Mah. Aku tak paham kenapa dunia ni kejam sangat. Kenapa maksu keluarga aku? Kenapa parents aku mati dulu? Kenapa bukan maksu je yang mati? Spesis macam dia tu patut mampus dululah!
"banyakkan istighfar sayang."
Aku beristighfar 3 kali. Pergi jauh kau dari sini syaitan aku tak perlukan kau. Aku tak nak marah pada Dia. Aku tak nak mempersoalkan takdir aku pada Dia. Shuh! keluar kau dari otak aku.
Pelukan dilerai. Pergelangan tanganku digenggam dalam tangannya.
"Mak mah tau kamu kuat. Allah pun tau kamu kuat sebab tu Allah bagi ujian pada kamu Ina." nasihat Mak Mah kepada aku. Aku hanya mampu diam. Tapi.
"pernah orang kata setiap ujian diberi untuk menguatkan kita semula tapi kenapa Ina rasa ujian ni makin melemahkan kita?" soalku.
Mak mah tersenyum. "melemahkan? ya memang manusia fitrahnya bersifat lemah bila ditimpa musibah. Ina perasan tak? manusia bila susah dia cari Tuhan sebab dia rasa lemah tanpa Dia, rasa tak kuat tanpa Dia.
Itu sebabnya Allah bagi ujian kat kita. Dia tempat kita mencari kekuatan. Bila kita dekat dengan Dia kita jadi kuat. Jadi Bila Ina rasa tak kuat dekatlkanah diri kepada Tuhan.
Insha Allah Ina akan kuat." olah panjang Mak Mah. Aku mengangguk perlahan mengiyakan bicara Mak Mah."Ina jangan risau ya pasal harta tu, pandai Mak Mah dengan Pak Yusuf uruskan nanti. Buat masa sekarang Ina fokus terhadap pelajaran dulu. Next year form 4 kan?"
Aku mengangguk lagi. Ibu jari menyapu titisan air mata yang masih bersisa pada pipi. Tiba-tiba pergerakkan ku terhenti.
Bercakap pasal Pak Yusuf,
"suami Mak Mah tu takkan buat hal terkutuk pada kamu Ina."
Aku terkejut mendengar statement Mak mah. Seolah-olah Mak Mah tahu je apa yang aku fikirkan.
"tak bermakna Pak Yusuf beli kamu dia akan buat kamu macam tu? Takkan dia nak khianat abah kamu? Sekarang serahkan semuanya pada kami. Mak Mah dan Pak Yusuf ada rancangan. Terima kasih sangat pada budak tu."
Aku seakan tertarik pada perkataan rancangan. Like wow! Mak Mah dan Pak Yusuf ada agenda tersendiri doh. Tapi yang peliknya word yang kat hujung tu. Budak? Maksudnya rancangan ni bukan mereka berdua je tapi sekali dengan budak tu. Siapa budak yang Mak mah cakap ni? something a bit curious here.
"siapa 'budak tu' Mak Mah?" langsung ku tanya kepada mak mah. Terasa benar-benar ingin mengetahui 'budak tu'.
Yalah dah dia tolong Mak Mah dan Pak Yusuf buat pelan ni, takkan aku tak berterima kasih pulak? nanti bila aku jumpa dia boleh la aku bagi hadiah ke? tak pun ucap terima kasih ke? kan?
Senyuman yang terukir pada Mak Mah tersangat lah lain macam selepas aku menanyakan soalan itu kepadanya. Erk lebih kepada senyuman tersirat gitu?
"hurm tak payah tahulah. Nanti lama-lama kamu tahu juga. Tunggu bila tiba masanya." ujar Mak Mah lalu bangun dari katil. Aku melepaskan keluhan di situ.
"ala Mak Mah. Bagitahu la." Rengek ku persis budak kecil mahukan lolipop bulat-bulat besar.
"No no. Dah pergi mandi sekarang. Bucuk tau."
Aku mencebik. Ceh, ala cebik manja-manja je gitu hehehe.
"baju tu ada kat dalam almari
Mak Mah dah sediakan." sambung mak mah lagi. Aku terangguk angguk. Mak Mah pun dah keluar. Sekarang aku melihat ruangan bilik ni. Baru perasan ada barang aku kat sini. Tafsir? ada kat meja dekat hujung sudut bilik ni.Kalau nak tahu Mak Mah dan Pak Sayyid ni kawan parents aku yang berumur jauh lebih mudalah. Dalam 10 tahun beza mereka? I guess? aku tak ingat sangat.
Dan ini kali pertama aku pergi rumah diorang. Mesti besarkan? Entah, aku pun tak tau. Biarkan aku round-round dulu.
"APA? kena fly next week? but we've already discussed about it. Wouldn't you understand my situation now?okay I obey your orders. Nanti kau call aku balik. Ok bai. Waalaikumsalam."
Aku dapat lihat kerutan dahi Pak Yusuf sekarang. Oh ya kami kat ruangan makan, makan pagilah katakan. Sedap sangat nasi goreng Mak mah ni.
"kenapa bang? Ada masalah?" soal ambil berat Puan Salmah terhadap suaminya.
Pak Yusuf hanya memaparkan wajah hampa kepada Mak Mah lalu dikalihkan pandangan itu kepada aku.
Aku berhenti menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Mataku berkelip-kelip apabila dua hamba Allah ini sedang memandangku.
Okay, rasa kejanggalan tu dah datang.
Pak Yusuf memandang wajah Mak mah semula. "Sal, ada benda abang nak bincang ni. Jom masuk bilik." Puan Salmah tanpa bantahan ikut arahan suaminya.
"Ina bolehkan tunggu sini?"
Aku hanya mengangguk kepala. Eh mesti lah ya.
Aku ada terkejut sikit la, since when Pak Yusuf pandai speaking ni?dan apa pekerjaan lelaki ni?
Memang betul la banyak lagi benda yang aku tak tahu ni. Hmm.
How pitty you, Dayina Nisa.
YOU ARE READING
Find Him,Before him {SU}
Fiksi Remaja[Lovely cover book by mochii_66❤] Aku hanya la gadis biasa yang tentunya mempunyai masalah dalam hidup, seperti orang lain juga. Tipulah kan kalau dalam dunia ini tiada orang yang bermasalah? heh, bukan manusia namanya tu. Dan apa yang aku inginkan...