💗4💗

243 83 28
                                    

  ⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

SIAPA 'dia' yang umi maksudkan tu sebenarnya? aku masih tertanya-tanya dengan persoalan itu.

Kalau nak ikutkan dalam buku novel yang pernah aku baca mungkin apa yang aku boleh katakan 'dia' itu seorang lelaki. Mungkin je la, tak tahulah kalau pendapat korangkan?

Abaikan sahaja soalan suspen itu. Aku menarik nafas lalu ku hembus. Cuba untuk mengawal emosi ini, takut nanti makin emotional makin bertambah sakit kepala aku.

Abah pernah kata.

"kalau nak mood happy kena banyak senyum senyum dulu. Lepas tu pandang cermin cakap 'aku boleh'. Percaya atau tak menjadi tau!" kata abah sambil mendabik dada.

Aku terketawa kecil.

Syukur aku dapat abah sporting, syukur aku dapat menikmati hidup berkeluarga dahulu. Aku patutnya bersyukur dengan apa yang aku ada dulu dan sekarang.

'Kalau kau boleh hargai apa yang kau ada dulu, tak mustahil untuk kau hargai apa yang kau ada sekarang Ina, ingat tu!' aku memberi kata kata semangat untuk diriku sendiri.
Ya kau boleh, kau boleh Ina!

Keluar sahaja aku dari bilik umi abah, bukan main terkejut beruk aku melihat Maksu Kalsum duduk beralaskan sofa sambil menonton tv di ruang tamu.

"maksu?" ucapku tergetar getar. Yelah mana tahu kalau depan aku ni bukan dia. Meremang bulu seh!

Dia memusingkan kpala menghadap ke arah ku. "kenapa? salah kalau aku masuk rumah abang aku?"

Marahnya dan jelas riak wajahnya seakan tidak puas hati dengan aku. Ya Rabbi aku tanya baik-baikkan? yang dia nak mengamuk tiba-tiba ni kenapa? Haih sabar Ina. Kau kena ingat kau tu pun dari darah daging dia jugak. Hurm apalah nasib diri ini.

"tu haa kat meja makan tu aku ada belikan makanan untuk kau.
Terpulang pada kau la nak makan ke tak. Aku tak kesah janji aku dah bagi makan." Ujar maksu tanpa
memandang aku lagi dan ayatnya buat aku terkedu.

Just like FOR SERIOUSLY?

Dia belikan aku makanan walhal memang aku tengah lapar sekarang. Maksu aku dah berubah ke wey? wah alhamdulillah!

"ko tercegat apa lagi disitu? makan la. Mo juga ka aku suapkan?" ujarnya dalam nada yang agak sarkastik pada pendengaranku edeh terkeluar terus bahasa sabahnya disitu.

Aku menggaru bahagian belakang kepala sambil tersenyum simpul.

"sebelum Ina makan Ina nak tanya ni. Macam mana maksu boleh masuk rumah ni? Ina kan kunci pintu."
Terus aku nampak riak wajah maksu seperti menyampah dengan soalanku, mungkin.

"aku ada kunci la bah bapa ko bagi."
Aku cuma mengangguk kepala, mengerti.

Kalau korang nak tahu umi sama macam aku anak tunggal. Parents umi lebih awal pergi dan umi pun kena hantar ke rumah anak yatim.

Kenapa aku rasa cerita aku bakal sama macam cerita umi nanti?
Lepas tu, abah memang anak jati sabah. Cuma dia terbiasa dengan suasana kat Johor kut waktu belajar dulu tulah nampak macam percakapan abah semenanjung sikit.

Sebelum aku bergerak ke dapur, namaku dipanggil oleh maksu.

"lepas ni aku nak ko kemas barang ko, ko pindah rumah aku nanti."

Erm kay. Asal tetiba pulak? boleh je kan aku tinggal sini sorang-sorang? tak pun dia yang pindah ke rumah ni ke?

"tapi maks-"

"ikut arahan aku ja lah yang ko mo membantah ni kenapa?! susah sangatkah arahan aku tu?" jerkahnya kerana geram dengan persoalanku.

Aku terus menggeleng kepala dengan laju. Aduh, mesti sepanjang aku hidup dengan dia kena marah-marah je. Haih berubah la maksu ku.

Oh ya patutlah single je. Orang yang kuat marah sapa je yang suka. Haha. Menyempat betul kau kan Ina. 😂😂

Find Him,Before him {SU}Where stories live. Discover now