💗7💗

158 68 19
                                    

"INA Mak mah dan pak yusuf nak cakap sikit." Terus terang Mak Mah sambil memandangku dengan pandangan serius, begitu juga dengan Pak Yusuf. Macam dalam kes penyiasatan je.

Aku mengetap bibir. Hanya senyap. Telinga dibuka luas-luas bagi mendengar setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut mereka sebentar lagi.

"Ina..ermm..Ina kena terima hakikat yang tak lama lagi Ina akan kahwin. Tapi-"

Aku pantas membantah. "Hah? Jap ni. Mak mah.."

Aku dah mula hilang semangat. Kena kahwin? Macam..kau muda lagilah Ina. Bab rumah tangga pun tak pernah sentuh.

Masak aku boleh tapi..tanggungjawab sebagai isteri? Ni aku nak bagi peringatan sikit bagi orang yang dah nak kahwin or yang tak sabar nak kahwin.

Korang memang mengambil risiko
tinggi dalam hidup.

Kenapa aku kata begitu?

Sebab kahwin ni bukan satu perkara yang mudah.

Ia bukan semudah masa kau kecil-kecil dulu, main aku mama kau bapa dan patung tu anak-anak. Main masak-masak.

No.

Sebab perkahwinan ni amat
complicated kalau tak ada ilmu rumah tangga. Kalau kau tak pandai kawal emosi marah kau, kawal dari sekarang.

Kalau kau jenis tak mengalah, belajar mengalah sekarang. Sebab kita takkan tahu, mungkin pasangan kita tu lebih teruk perangai. Depan memang baik, tapi kalau kau dah kenal dia. Jangan cari yang lain.

Faham?

Okay topik ni memang kalau dibahas banyak lagi sebenarnya but we need to get back to our original story.

"Ahahahah, alahai Ina ni. Jangan serious sangat. Mak Mah saja nak tipu Ina tu." Ujar Pak yakub lalu ketawa kecil.

Aku memandang Mak Mah yang sedang menahan gelak. Aku hanya mempamerkan wajah 'benda ni tak lawak lah'. Pasal kahwin ni jangan dibuat main. Haih.

"Okay, okay. Kali ni Mak Mah cakap betul-betul ya? Ni Mak mah dan Pak Yusuf ada urusan kat luar negara dalam setahun kan, bang?"

Kepala diangguk oleh Pak Yusuf.
Mata aku terkebil-kebil. Ada urusan? Tapi kenapa sampai luar negara?

"Jadi setelah apa yang kami dah bincangkan. Ina kena tinggal kat rumah kawan Mak Mah,
Bolehkan? nanti lepas kami balik ke malaysia, Mak Mah dan Pak Yusuf ambil Ina ya?" Ujar Mak mak selembut-lembutnya kepadaku.
Aku terkilan apabila mendengar perkataan 'Kawan Mak Mah?'

Kenapa aku rasa tak pernah jumpa lagi?

"Boleh, tapi.."

Mak Mah dan Pak Yakub memberikan sepenuh perhatian kepada aku. Saja je aku bagi ayat suspen tu.

"Janji Mak Mah dan Pak Yusuf ambil Ina. Okay?"

Mak Mah memeluk aku, Pak Yusuf hanya mamapu tersenyum melihat kami berpelukan. Takkan la Pak Yusuf nak join sekali kan? memang mencari nahas dengan Mak Mah lah jawabnya.

"Ya Ina, kami janji. Tapi maafkan la kami kalau tak dapat tunaikan. Macam kami dah pergi jumpa Ilahi. Ya?"

Aku mengangguk. Dalam diam aku berdoa agar kawan mak mah ini orang yang baik baik sahaja, entab mengapa hatinya tidak langsung berasa curiga dengan kawan Mak Mahnya itu, mungkin ini petanda dia ialah orang yang baik?

Husnuzon Dayina, Allah dah aturkan semuanya perjalanan kau.

Kau cuma perlu percaya pada Dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Find Him,Before him {SU}Where stories live. Discover now