Prolog

71 3 0
                                    

Ziyad Zirhan memandu kereta menuju ke satu tempat percutian yang dikenali ramai iaitu Pulau Perhentian di Terengganu dengan ditemani oleh teman wanitanya, Ameera Sofea.

Ziyad Zirhan merupakan seorang usahawan restauran. Restauran yang pertama ditubuhkan adalah Bonda's Kitchen yang terletak di Johor Bahru. Bonda's Kitchen dapat menarik ramai pelanggan untuk mencuba pelbagai menu baharu dan makanan tradisi yang disediakan. Setelah hampir lima tahun restauran itu ditubuhkan, Ziyad Zirhan kemudiannya membuka dua cawangan lagi iaitu di Perlis dan Pahang. Dengan usaha dari titik peluhnya sendiri jejaka yang masih berumur 26 tahun itu dapat memiliki sebuah rumah yang terletak di Muar, Johor.

Ameera Sofea seorang pereka hiasan dalaman yang bekerja di syarikat bapa kepada teman lelakinya. Ameera Sofea merupakan gadis bandar yang pernah melanjutkan pelajaran di Jerman selama lima tahun. Hubungan dia bersama Ziyad Zirhan sudah hampir empat tahun.

Setelah tujuh jam memandu akhirnya mereka sampai di Terengganu. Ameera yang berada di sebelah seperti cacing kepanasan itu di lihat. Kedua-dua matanya dikecilkan memandang gadis itu.

"Awak okey ke, sayang?" tanya Zayid Zirhan kepada Ameera Sofea. Ameera Sofea memandang lelaki itu dengan sengehan seperti kerang busuk.

"Ermm, saya okey je" jawab Ameera Sofea. Ziyad Zirhan mengerutkan keningnya.

"Kalau macam tu tak apa lah. Saya nak keluar beli air sekejap. Dahaga" beritahu Ziyad Zirhan lalu membuka pintu kereta dan melangkah keluar.

Baru sahaja ingin menutup pintu, Ameera lebih cepat memanggil namanya.

"Sayang!"

"Iya saya. Kenapa? Ade nak kirim apa-apa ke?" tanya Ziyad Zirhan kepada Ameera.

Ameera meminta Ziyad untuk menunduk sedikit lalu dibisikkan sesuatu di telinga lelaki itu.

"Ermm, tolong belikan saya pad boleh tak?" bisik Ameera. Wajahnya sudah berona merah akibat menahan malu.

"Pad? Apa tu? Keropok eh?" tanya Ziyad kebingungan. Ameera menepuk dahinya.

Alahaiii buah hati. Malu laa aku macam ni. Bisik hati Ameera.

"Tuala wanita lah awak. Datang mana pula keropok" tegur Ameera. Ziyad yang mendengar hanya menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu.

Ziyad mengangguk sekali lalu melangkah menuju ke dalam pasar raya Es Tree Mart.

Anak Tauke Sayur?Where stories live. Discover now