Bab 6

31 3 0
                                    

Sedang leka berbual dengan Encik Farid, Damiya dan Puan Nafsiah datang mendekati mereka sambil menatang air.

Encik Farid mempunyai kebun sayur yang tidak jauh dari tempat tinggalnya. Sayur tersebut di jual di pasar.

"Jadi, restauran tu Tuan Ziyad punya?" tanya Encik Farid. Ziyad mengangguk.

"Pak cik tak payah laa tuan-tuan dengan saya. Panggil saya Ziyad je" kata Ziyad. Tak perlu lah nak bertuan bagai. Cukup lah sekadar memanggil namanya saja.

"Ermm, pak cik. Kalau saya minta pak cik untuk jadi supplier restauran saya, pak cik setuju tak?" tanya Ziyad. Encik Farid terkejut mendengar perlawaan dari Ziyad.

Niat Ziyad, dia hanya ingin membantu keluarga itu. Tak salah kan tolong-menolong? Kita tolong orang sekarang, insyaAllah orang tolong kita di kemudian hari.

Kata-kata dari Ibunya iaitu Puan Khadeeja sering di ingati.

"Betul ke ni, Ziyad?" tanya Encik Farid.

"Betul, pak cik" jawab Ziyad sambil tersenyum.

"Alhamdulillah. InsyaAllah boleh. Pak cik setuju" balas Encik Farid.

Setelah puas berbual, akhirnya Ziyad Zirhan meminta diri untuk pulang. Sempat juga Encik Farid memesan kepada Ziyad jangan malu untuk datang lagi ke rumah mereka.

Damiya mengucapkan terima kasih kerana sanggup menghantarnya pulang.

Ziyad berjalan dan memasuki keretanya. Keretanya dipandu menuju ke hotel tempat dia menginap untuk seminggu itu.



Setelah selesai mendirikan solat Maghrib, Damiya Aresya merebahkan diri di atas katil. Telefon yang ada di atas meja itu dicapai. Terdapat meseg yang masuk dari nombor yang tidak dikenali.

+60 019 200 ****
Assalamualaikum, Damiya Aresya. Ziyad Zirhan here.

Can i ask you something?

Ziyad Zirhan. Dapat mana nombor telefon aku ni? Dekat fail kot.

You
Waalaikumsalam, ouh okey. So tuan nak tanya saya apa?

Tidak sampai beberapa minit Ziyad membalas mesegnya.

Tuan Ziyad
Betul ke awak dah bertunang?

You
Tak lah. Ini cincin ummi saya. Siapa la nak dekat saya ni, tuan. Rupa, harta, pelajaran pun tak ada.

Tuan Ziyad
Ooooooooooooooo

You
Tuan buat apa ni?

Tuan Ziyad
Tak payah la nak bertuan-tuan dengan saya kalau luar daripada restauran.

Tak ada apa. Nak sambung main game. Kenapa?

You
Ouh, yelah. Tak apa lah kalau macam tu. Saya minta diri dulu lah. Bye Assalamualaikum

Tuan Ziyad
Waalaikumsalam. Bye and takecare yourself

Selepas membaca balasan dari Ziyad Zirhan, Damiya Aresya terus mematikan telefonnya lalu melangkah menuju ke tingkap biliknya. Tirai yang menutupi pintu tingkap itu di ikat lantas dia menolak pintu tingkap itu. Jelas terlihat bulan penuh yang berada di langit sana.

Teks aku semata-mata nak tanya aku dah bertunang ke belum. Entah pape lahh Ziyad ni.

Damiya termenung sambil melihat bulan penuh itu.



Setelah selesai bermain permainan video di dalam telefonnya, Ziyad Zirhan membaca kembali meseg dia bersama Damiya.

Dia tergelak kecil.

Hantar teks semata-mata ingin mengetahui kepastian bahawa Damiya sudah berpunya atau belum.

Haih, Ziyad Ziyad. Kau angau ni, Ziyad.

Hari hanya berbaki lagi dua hari untuk tinggal di sini. Lusa dia akan pulang ke Muar, Johor.

Pahang dengan Johor. Boleh tahan jauh juga tu. Kalau dapat Damiya, balik raya Pahang. Ya Allah. Haihhh. Berangan Ziyad.

Ziyad tergelak kecil sambil menggulingkan dirinya di atas katil.

Entah lah. Dia betul-betul minat akan Damiya. Di dalam kelembutan terselitnya ketegasan. Itu adalah sifat Damiya Aresya Muhd Farid.

Damiya Aresya seorang yang pendek. Mungkin dalam 158cm hingga 160cm. Itu membuatkan Ziyad angau terhadapnya. Comel.

Ketinggian Ziyad dengan Damiya berbeza sangat. Ziyad Zirhan ialah 188cm. Damiya mungkin hanya paras bawah sikit dari bahunya.

"Alaihaii, comelnya awak ni, Resya!" jerit Ziyad. Kemudian dia melepaskan ketawanya.

Tiba-tiba, kata-kata dari ibunya terngiang-ngiang di dalam kepala selepas dia memberitahu bahawa dia sudah putus dengan Ameera.

"Angah, sekarang bukan masa untuk main-main lagi dah. Angah dah 26 tahun. Cukup lah 26 tahun angah enjoy. Sekarang masa angah untuk mendirikan rumah tangga. Bagi ibu dengan ayah menantu. Fikir-fikirkan lah, ngah. Ibu dengan ayah nak sangat tengok angah bersanding. Kitorang pun dah tua. Kalau boleh, kitorang nak tengok anak-anak kitorang ni happy dengan keluarga masing-masing. Ada anak dan sebagainya"

InsyaAllah. Angah cuba. Katanya di dalam diri.



Keesokkan harinya, Damiya sudah bersiap dengan baju kerjanya. Jam menunjukkan 6.30 pagi. Tanpa membuang masa, Damiya melangkah keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk bersalam dengan Puan Nafsiah.

"Ummi, Miya pergi dulu tau. Bye assalamualaikum" kata Damiya lalu meraih tangan Puan Nafsiah. Belakang tangan Puan Nafsiah dicium lembut dan kedua-dua pipi dicium.

"Elok-elok. Jaga diri" pesan Puan Nafsiah lalu mencium ubun-ubun Damiya yang berlapit tudung hitam itu. Damiya mengangguk lalu melangkah keluar.

Keluar sahaja dari pintu, sebuah kereta yang terpangking di hadapan rumahnya menarik perhatian Damiya.

Macam kenal.

Lantas dia menyarung kasut sarung dan melangkah keluar.

Terdapat sebuah lori dan kereta yang dikenalinya.

Damiya berjalan mendekati abahnya.

"Abah, ramai-ramai ni kenapa?" tanya Damiya.

"Abah awak kan dah jadi sebahagian orang penting di restauran kita" Jawab seorang lelaki yang sedang meletakkan sayur di dalam lori itu.

"Tuan Ziyad" balas Damiya sepatah. Encik Farid tersenyum melihat wajah Damiya yang sedikit terperanjat itu.

"Okey, dah siap" kata Encik Farid lalu menutup pagar di ekor lori itu.

Ziyad melangkah mendekati Encik Farid lalu bersalam dengan lelaki itu. Damiya di sebelah hanya memerhati.

"Jomlah, Miya. Saya hantarkan sekali" pelawa Ziyad. Damiya memandang wajah ayahnya sekilas. Melihat saja anggukan dari Encik Farid, Damiya hanya tersenyum kelat kepada Ziyad.

Tangan Encik Farid di cium lembut. Kemudian dia dan Ziyad melangkah mendekati kereta milik bosnya itu.

Setelah masuk ke dalam kereta, kereta dipandu menuju ke restauran.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Anak Tauke Sayur?Where stories live. Discover now