Ziyad Zirhan melangkah masuk ke dalam sebuah kedai alat telekomunikasi iaitu Switch. Kedai ini menjual pelbagai jenis alat telekomunikasi terutamanya jenama Apple.
Ziyad menilik sebuah telefon IPhone 7plus yang bewarna merah itu. 256GB dengan harga RM1879 beserta dengan waranti selama dua tahun. Cantik.
Ziyad memanggil pekerja kedai itu.
"Saya nak IPhone 7plus Red. Ada?" tanya Ziyad dengan penuh sopan. Pekerja itu mengangguk sekali.
"Ada. Encik nak yang berapa GB ya?" tanya pekerja itu meminta kepastian.
"256GB" jawab Ziyad. Pekerja itu meminta Ziyad untuk mengikutinya untuk ke kaunter.
Selesai mambuat pembayaran, Ziyad mula melangkah keluar menuju ke McDonal pula. Dia membuat pesanan untuk membeli ais krim dan burger.
Selesai membeli, Ziyad mula melangkah menuju ke keretanya. Butang kunci dibuka lalu dia tenggelamkan dirinya ke dalam perut kereta.
Kereta dipandu semula menuju ke tempat dimana dia bertemu dengan gadis itu.
Damiya Aresya hanya duduk sambil melihat pelajar kakaknya sedang melakukan aktiviti itu.
Program ini adalah untuk menyedarkan para pelajar tentang pentingnya jantung dan paru-paru. Penjagaan kesihatan bagi mengelakkan berlakunya kanser jantung atau kanser paru-paru amatlah perlu ditutikberatkan.
Pada masa yang sama, para pelajar akan berlajar bagaimana hendak melalukan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR). CPR ini adalah langkah-langkah kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah seterusnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada jantung seseorang yang berhenti berdegup.
Bukan sahaja khas untuk para pelajar, orang awam pun boleh menyertai bersama. Bahkan di sini menyediakan pusat penderma darah bagi sesiapa sahaja yang ingin mendermakan darah.
Damiya yang sedang leka melihat dan mendengar doktor yang dijemput itu memberikan ceramah, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki.
Lelaki yang melanggarnya tadi.
"Nah. Phone baru awak. Saya ganti" tegur lelaki itu lalu memberikannya sebungkus plastik yang diisi dengan kotak telefon.
Damiya mengambil kotak telefon itu lalu kotak telefon itu dibuka.
"What?! Apple? Aku mana la reti guna telefon macam ni" gumam Damiya perlahan. Kemudiannya, dia memberikan kembali telefon itu kepada lelaki itu semula.
"Kenapa? Ambil lah. Memang saya belikan untuk awak dengan niat untuk gantikan semula telefon awak tu. Ambil la" pujuk lelaki itu.
Damiya mendongak memandang lelaki yang alhamdulillah cukup sifatnya. Kulit sawo matang, tinggi, hidung mancung, permakaian yang elok. Bibir merah, mesti tak merokok ni. Kata hati Damiya.
"Betul ni? Phone ni untuk saya?" tanya Damiya untuk kepastian.
Mana tahu lepas dia bagi lepas tu dia minta balik duit dia. Gila nak ganti balik.
"Iya, ini untuk awak. Awak jangan risau lah. Saya takkan minta untuk awak bayar ganti rugi. Saya ikhlas bagi kepada awak" ujar lelaki itu. Seolah-olah faham apa yang difikir oleh Damiya.
"Kalau macam tak apa lah. Terima kasih" ucap Damiya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjawab ucapan terima kasihnya.
"Erm, awak ni yang bekerja di Es Tree Mart semalam tu kan?" tanya lelaki itu.
Damiya mengangguk. Dia kenal aku ke?
"Awak la yang belikan 'hadiah' buat isteri awak tu?" tanya Damiya kembali.
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.
"Mana isteri awak ni? Kang kantoi dengan dia yang awak lepak dengan saya. Ni yang bagi telefon dekat saya ni? Dia tahu atau tak?" tanya Damiya bertalu-talu.
Buatnya kantoi dengan isteri dia mampus aku. Kang tak pasal-pasal dikejarnya aku dengan kapak. Eee syeramm..
"Jangan risau. Saya tahu yang SUAMI saya belikan telefon untuk awak. Nak ganti balik katanya" ujar seorang perempuan yang datang entah dari mana dan merangkul lengan lelaki itu. Perkataan suami itu ditekankan sedikit.
Haaa, sudah. Ini kalau tak kene campak dalam laut, mesti ditanamnya aku hidup-hidup dalam pasir.
"Kan sayang?"
Lelaki itu seperti menahan marah. Tangan perempuan yang merangkul lengannya itu di tepis kasar.
DRAMA APA NI WOI?!
"Aku nak kau pergi sekarang" lelaki itu memberi amaran keras terhadap wanita itu.
"Sayang! Kenapa dengan awak ni?"
"Boleh tak kau jangan ganggu aku lagi? Kita dah tak ada apa-apa dah pun. It's over!" kata lelaki itu. Tanpa sedar wanita itu menurunkan titis-titis jernih yang mengalir di pipinya.
Lantas aku bangun lalu memeluk wanita itu.
"Puan, percayalah. Saya dengan suami puan tak ada apa-apa hubungan. Sumpah. Puan jangan salah anggap. Saya minta maaf" Kata Damiya. Lantas dia mengusap lembut belakang wanita itu. Wanita itu membalas pelukkan Damiya.
"Tak apa lah. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" kata wanita itu. Lantas dia melepaskan pelukan dan mengatur langkah untuk pergi.
Damiya hanya memandang kepergian wanita itu.
Damiya memandang lelaki itu dengan wajah yang bengang. Lantas dia mengambil plasti yang diberikan itu lalu melangkah meninggalkan lelaki itu.
Selesai sahaja program tersebut, Damiya dan Naura memulakan perjalan menuju ke Temerloh, Pahang.
Hampir dua bulan mereka tidak pulang ke kampung halaman. Memandang kan esok Naura cuti dan kebetulan Damiya juga mendapat cuti, mereka mambuat keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjenguk ibu bapa.
Setiba di rumah Tuan Farid dan Puan Nafsiah, iaitu rumah ibu bapa mereka, Naura memberhentikan keretanya.
Belum sempat menukar gear driving kepada parking, Damiya terlebih dahulu turun dari kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.
Tangan Puan Nafsiah diciumnya lembut lalu memeluk wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an itu.
"Rindunyaa ummi!" luah Damiya. Puan Nafsiah tersenyum lalu mencium ubun-ubun anak gadis bongsunya itu.
"Ummi pun rindu Miya lah"
"Mana abah, Ummi?" Tanya Naura sambil mata melilau mencari kelibat abahnya itu.
"Dia dekat mana lagi, masjid lah. Dah nak masuk maghrib kan. Tak apa lah, korang naik la mandi solat dulu. Nanti kita makan sama-sama" kata Puan Nafsiah.
Damiya dan Naura hanya mengikut. Mereka mengatur langkah menuju ke bilik masing-masing.
Ziyad memandang skrin telefonnya. Terpapar nombor yang di berikan oleh gadis petang tadi.
Nak teks ke tak ni. Haihhh
Tanpa membuang masa, Ziyad memulakan bismillah lalu menghantar teks kepada nombor yang di berikan oleh gadis tersebut.
Ziyad menceritakan tentang apa yang berlaku antara dia dengan gadis itu. Kemudian dia berhenti seketika untuk memberi laluan kepda solat mahgrib terlebih dahulu.
Selesai solat, Ziyad menghidupkan kembali telefonnya.
Guess what?! Dia bagi nombor telefon gadis tu lah! Jerit Ziyad riang di dalam hati.
Nombor telefon wanita itu di simpan elok-elok di dalam telefonnya. Kini dia tersenyum puas.
Ziyad meletakkan telefonnya disebelah, lalu remote tv di capai.
YOU ARE READING
Anak Tauke Sayur?
RomanceMenceritakan tentang seorang gadis yang bekerja sebagai casher di sebuah pasaraya mini. Seorang lelaki yang datang ke Terengganu untuk bercuti bersama teman wanitanya. Tetapi apa yang di bincangkan semua lesab setelah teman wanitanya curang di hada...