Bab 1

57 3 0
                                    

Damiya Aresya sedang ralit menonton drama Thailand yang ditayangkan di You Tube itu tiba-tiba menguap akibat terlalu keletihan. Memang patut pun letih kerana dari pukul tujuh pagi tadi lagi dia menjaga kedai.

Damiya Aresya melihat jam yang berada di tangannya. 6:40 petang. Baru sahaja ingin mengalihkan pandangan ke skrin telefon semula tiba-tiba pandangannya terhenti di skrin komputer CCTV itu. Terlihat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan rak yang di susun pelbagai jenis tuala wanita.

Ehhh laki ni. Biar betul. Apa yang dibuat dekat situ. Bisik hati Damiya.

Damiya mula menyusun langkah menuju ke tempat di mana lelaki itu sedang berdiri.

Perlahan-lahan dia berjalan sehinggakan derapan kaki pun tidak di dengar. Mana tahu pencuri bersiri ke perogol ke. Astarfirullah halazim.

Nauzubillah himinzaliq.

"Erm, assalamualaikum encik. Encik cari apa ye? Boleh saya bantu? Dekat sini bahagian pad. Encik nak cari tuala wanita untuk isteri ke? Boleh saya tahu isteri encik pakai jenama apa? Boleh saya tahu encik nak cari apa?" tanya Damiya bertalu-talu kepada lelaki itu. Damiya memandang wajah lelaki yang kebingungan itu.

"Encik! Encik nak cari apa ni?" tegur Damiya lagi. Kini suaranya ditinggikan sedikit.

"sayangnya. Muka kacak tapi pekak. Haihh" bisik Damiya perlahan.





Ziyad Zirhan memandang gadis yang kecil molek yang berdiri tidak jauh darinya itu. Dari tadi lagi mulut itu tidak berhenti bercakap. Gadis itu ditenung dari atas hingga bawah.

Comel. Pakai cermin mata. Tudung tak ada lah menjolok mata sangat. Bisik Ziyad. Sempat lagi dia menilik gadis itu.

"sayangnya. Muka kacak tapi pekak. Haihh" Ziyad mendengar gadis itu berbisik perlahan.

Pekak? Amboii manisnya mulut. Eeeeeee aku tarik bibir tu kang. Ziyad berdecit di dalam hati.

"Apa awak cakap? Saya pekak?" tanya Ziyad. Ziyad memandang geram ke arah gadis itu.

Dia boleh buat donno je. Hawau.

"Adik manis yang mulut macam itik, Saya tengah bercakap dengan awak tau. Bukan dengan kipas" sindir Ziyad geram.

"Eeee, kenapa malang sangat dapat customer macam awak ni haah? Boleh tak cakap awak nak cari yang macam mana. Nak senang ambil je Maxi Wing ni haa" balas Damiya lalu mengambil tuala wanita yang berjenama Libress itu dan diberikan kepada lelaki itu. Damiya menghayun langkah laju menujuk ke kaunter pembayaran.





Cakap aku ni mulut itik. Choii! Apa muka aku ni nampak sangat macam itik ke apa sampai nak cakap gitu. Mulut aku comel lah! Bisik hati Damiya.

Lelaki itu meletakkan segala barangnya di atas meja. Damiya hanya melakukan kerjanya tanpa memandang wajah milik lelaki itu. Akitttt angattt hati ni.

Segala barang yang dibeli di letakkan di dalam plastik.

"27 ringgit 30 sen" beritahu Damiya. Lelaki itu menghulurkan duit lalu disambut oleh Damiya. Damiya memberikan baki dan lelaki itu terus keluar dari kedai itu.

Aku harap, ini kali pertama dan kali terakhir aku jumpa kau. Bisik hati Damiya.

Selesai sahaja kerjanya, Damiya mengemas segala barang lalu meminta diri untuk pulang. Damiya melangkah keluar dari kedai dan menyusun langkah menuju ke kereta Myvi milik kakaknya, Naura.

Myvi yang dipandu oleh Naura bergerak laju menuju ke kediaman mereka berdua.

Di Terengganu hanya tinggal mereka berdua sahaja. Ibu bapa Damiya berada di Pahang. Damiya di Terengganu hanya ingin menemani kakaknya yang bekerja sebagai guru matapelajaran biologi di sebuah sekolah menengah.

Setiba di rumah, mereka keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah.






Ziyad Zirhan yang sedang baring itu hanya termenunung memandang syiling. Kejadian yang berlaku antara dia dengan Ameera sewaktu makan malam tadi bermain di fikiran.

Setiba sahaja di hotel, Ameera dan Ziyad masuk ke dalam bilik masing-masing. Selepas solat isyak, Ameera keluar dari bilik dan menuju ke restauran yang ada di dalam hotel tersebut.

Ameera mengambil tempat di kawasan luar yang berdepan dengan pantai. Bunyi air laut yang menghempas pasir itu menyapa gegendang telinga. Sungguh nyaman berbanding di bandar.

Sedang leka memandang keindahan alam yang menyapa mata, tiba-tiba datang seorang lelaki yang menegurnya dari belakang. Laju sahaja badannya pusing dan memandang lelaki itu.

"Hai Sofea" tegur lelaki itu.

"Aizat? Awak buat apa kat sini?" tanya Ameera. Lantas dia memperlawa Aizat, iaitu bekas teman lelakinya untuk duduk di kerusi yang tidak berpenghuni yang berada di hadapannya itu.

"Awak sihat ke, Aizat? Saya dengar awak dah bertunang eh?" tanya Ameera ramah. Aizat tersenyum mendengar soalan yang keluar dari mulut perempuan itu.

"Sihat je. Ye saya dah bertunang. Tapi tunang saya meninggal lepas seminggu kitorang bertunang. Dia meninggal sebab kemalangan langgar lari" jelas Aizat. Riak wajah Ameera jelas kelihatan terkejut.

Mereka meneruskan perbualan. Pelbagai topik yang dibicarakan. Sehinggakan Ameera langsung tidak perasan akan kewujudan Ziyad yang hanya memerhati di sudut restauran itu.






Telefon berdering menandakan satu panggilan telah masuk. Lantas Ziyad mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Terlihat sahaja nama Ameera yang terpapar di skrin terus dimatikan telefonnya itu.

Selama empat tahun mereka kenal, hampir lima kali dia terserempak dengan Ameera bersama lelaki lain.

Entah mengapa hari ini hatinya betul-betul terasa dengan apa yang di lakukan oleh perempuan itu. Sudah diberikan banyak peluang kepada perempuan itu. Tetapi Ameera sering melakukan perkara yang sama. Perlukah hubungan ini di teruskan lagi?

Ziyad bangun dari pembaringan. Lantas kaki menyusun langkah menuju ke balkoni. Sliding door dibuka perlahan.

Tenangnya. Subahanallah. Bisik hati Ziyad.

Sedang seronok menikmati keindahan itu, tiba-tiba kepalanya teringatkan tentang gadis comel itu. Geram sahaja. Tapi hanya ditahan.

Ziyad mengukirkan senyuman.

Ziyad melangkah masuk dan mengambil telefon lalu menghidupkan semula.

Aplikasi Instagram dibuka. Ikon explore ditekan. Tiba-tiba satu ayat ini dapat menarik perhatian Ziyad. Lantas gambar itu ditekan.

Kadang kala melepaskan itu lebih baik demi menjaga hati sendiri.
You deserve better.
Biarkan yang sekarang pergi dan ukirkan memori baru tanpa ada gangguan dari si 'dia'.

-resya-

Lantas gambar itu di skreenshot kan. Ziyad mengambil peluang itu untuk menyemak lebih banyak ayat dari account tersebut.

Haihhh, macam kena je ayat tu dengan aku sekarang ni. Bisik hati Ziyad.

Ziyad melangkah masuk ke dalam kemudiannya menutup pintu dan dikunci.

Lantas dia terjun ke atas katil. Dengan segan silunya Ziyad memberanikan diri untuk mesej pemilik account itu melalui Instagram.

Assalamualaikum, hai

Sementara menunggu balasan, Ziyad menonton televisyen.

Setelah 30 minit menonton televisyen, Ziyad membuka kembali mesegnya yang dihantar itu

'seen'

Hawauuuuuuuuuuuu!

Bengang Ziyad dibuatnya. Dekat 30 minit dia tunggu. Seen je yang dapat. Phuiii..

Anak Tauke Sayur?Where stories live. Discover now