Ziyad Zirhan menolak pintu pejabatnya lalu mempersilakan Damiya Aresya masuk ke dalam.
Damiya Aresya hanya mengikut. Damiya masuk ke dalam pejabat dan berdiri di hadapan meja kerja Ziyad.
Ziyad menutup pinta lalu berjalan dan duduk di atas kerusinya.
"Duduk lah" kata Ziyad. Damiya hanya berdiri. Pelawaan Ziyad langsung tidak diikuti.
"Boleh saya tahu awak siapa? Kenapa awak eh? Sedangkan berjuta orang kat Malaysia ni tapi kenapa awak?" tanya Damiya geram.
Sudah tiga kali mereka berjumpa. Di Terengganu, dalam mimpi dan sekarang.
"Soalan pertama, Saya Ziyad Zirhan dan ini adalah restauran saya. Soalan kedua, ini semua takdir Allah. DIA yang temukan saya dengan awak. Mungkin dia nak sampaikan kepada saya yang awak tu jodoh saya? Soalan ketiga, sebab memang DIA yang temukan kita" jawab Ziyad Zirhan sambil tersengeh.
Damiya Aresya memandang Ziyad dengan pandangan yang menyampah.
Jodoh konon. Ciss!
Ziyad Zirhan membuka fail yang ada di hadapannya. Muka surat hadapan jelas terpapar gambar Damiya.
Name: Nurul Damiya Aresya binti Muhd Farid
Age: 23 years old
No. Ic: 970731-**-****
Adress: Kampung Seberang, PahangNurul Damiya Aresya binti Muhd Farid. Umur 23. Tarikh lahir 31 Julai 1997. Ziyad menyimpan semua perkara itu di dalam otaknya.
"Awak dah bertunang ke, Resya?" tanya Ziyad sambil memandang sebentuk cincin yang elok tersarung di jari manis gadis itu.
"Bukan masalah awak" jawab Damiya Aresya. Ziyad mengangguk faham.
Ziyad menutup fail milik Damiya. Tanpa melihat latar belakangnya.
Dah bertunang rupanya.
"Awak di terima bekerja di sini. Saya harap awak jadi pekerja yang amanah, bertanggungjawab dan disiplin. Awak boleh mula kerja pada hari ini" ujar Ziyad Zirhan. Ziyad tersenyum tanpa memandang wajah Damiya.
"Wah, alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. Terima ka.." belum sempat Damiya menghabiskan ayatnya, Ziyad terlebih dahulu memotong bicaranya.
"Di belakang ada satu bilik persalinan. Dekat bilik tu ada uniform staff dan apron. Saya akan berikan tiga helai uniform dan dua helai apron" jelas Ziyad.
Ziyan memberikan semula segala dokumen milik Damiya. Kemudian dia mencapai walkee talkee dan bercakap kepada pekerjanya
"Attention to Miss Atikah. Ziyad Zirhan here. I need your help. Now. Thank you" kata Ziyad.
Tidak lama kemudian, Atikah yang dipanggil masuk ke dalam pejabat.
"Ye saya, tuan. Apa yang saya boleh bantu?" tanya Atikah kepada Ziyad.
"Damiya Aresya, this is Atikah. Atikah, this is Damiya Aresya. Damiya Aresya akan bekerja di sini mulai hari ni. Jadi saya nak awak tolong ajar dia apa yang patut. Satu lagi, bawa dia pergi ke belakang dan bagi dia uniform dan apron" arah Ziyad Zirhan. Atikah hanya mengangguk mendengar arahan dari bosnya.
Ziyad Zirhan memberi isyarat mata kepada Atikah tanda keluar dari pejabatnya.
Atikah hanya mengangguk lalu mengajak Damiya Aresya keluar bersama.
YOU ARE READING
Anak Tauke Sayur?
RomanceMenceritakan tentang seorang gadis yang bekerja sebagai casher di sebuah pasaraya mini. Seorang lelaki yang datang ke Terengganu untuk bercuti bersama teman wanitanya. Tetapi apa yang di bincangkan semua lesab setelah teman wanitanya curang di hada...