Sebulan kemudian
Sudah sebulan sejak Eunwoo pindah ke Hanlim. Sejak itu jugak lah Yeri menaruh hati pada Eunwoo. Yeri tidak memberitahu sesiapa termasuklah rakan baiknya Hani dan Sera bahawa dia menyukai Eunwoo. Apa² yang dia hendak luahan kan buku diarinya adalah yang pertama tahu.
Sebaik sahaja kelas tamat Yeri mula mengemaskan barang-barang nya. Dia sudah berjanji dengan Hani dan Sera bahawa mereka akan mengulangkaji di perpustakaan. Hani dan Sera terlebih dahulu keluar dari kelas. Dia mahu cepat sehingga dia tertinggal buku diarinya di dalam laci meja.
Perpustakaan
"Korang, hari ini kita ulangkaji mata pelajaran English,nak? " Soal Hani selaku peminat bahasa Inggeris. Awal-awal lagi dia dah keluar kan buku teks dan buku latihan bahasa Inggeris.
"Boleh je" Yeri dan Sera berkata serentak.
Mereka mula mengulangkaji. Ada yang buat latihan, ada yang tengah buka dictionary untuk cari meaning, dan ada yg kalut mencari sesuatu di dalam beg😂😂 yang lain tak bukan Choi Yeri.
"Yeri, kenapa? " Soal Hani sebaik sahaja mendengar keluhan yang keluar dari mulut Yeri.
"Aku rasa aku tertinggal buku diari dekat kelas lah" Katanya dalam keadaan cemas.
"Bawa bertenang. Bukan ke diari kau tu kalau nak buka kena guna kod dan kod tu kau sorang je yang tahu? " Soal Hani lagi seraya meredakan keadaan.
"Ya betul tu, diari aku kalau nak buka kena guna kod. Hehehe thanks ingat kan aku pada kod" Yeri tersenyum kekok. Hani dan Sera sudah menggelengkan kepala.
"Jap rahsia apa yang kau simpan dalam diari tu sampai kawan baik sendiri pun kau tak nak bagitahu?" Kali ini giliran Sera pula bertanya.
"Sebenarnya aku suka dekat seseorang. Tolong lah simpan rahsia ni." Belum berkata apa-apa lagi Yeri terlebih dahulu memohon kepada rakan baiknya untuk menyimpan rahsianya. Sekali lagi mereka menggelengkan kepala.
"Orang tu mesti Cha Eunwoo, betul tak? " Teka Sera lalu tersenyum lebar.
"Ya"
"Yeri, sejak bila kau suka Eunwoo? " Soal Sera lagi. Yeri tersenyum malu.
"Kau jangan cakap yang kau suka Eunwoo sejak dia mula-mula masuk kelas?" Teka Hani. Yeri hanya tersenyum malu.
"Kau ni kan pantang nampak lelaki kacak terus jatuh cinta. Cuba lah jangan rasa macam tu" Marah Hani. Dia tak nak suatu hari nanti kawan dia kecewa sebab cintanya ditolak mentah-mentah.
"Eh eh kau punya mulut aku cili jugak Kang baru tahu" Marah Yeri.
"Korang ni dah lah tak payah nak gaduh. Sikit-sikit nak gaduh apa lah macam budak-budak" Bebel Sera.
BERSAMBUNG.....
YOU ARE READING
Do you love me? {Cha Eunwoo} ✅
RomanceKisah percintaan antara Choi Yeri dan Cha Eunwoo. Untuk sampai ke tahap cinta suci bermacam-macam halangan yang mereka perlu tempuhi. "Do you love me? " "You still love me?" Ayat ini akan diungkapkan oleh seorang lelaki yang bernama Cha Eunwoo. Da...