Thirteen 💘

10 0 0
                                    

"Macam mana ni Min? Apa aku nak bagi tahu Eunwoo. Aku tak sampai hati nak tolak ajakan dia tapi kalau aku kata setuju aku takut macam-macam pula yang timbul" Yeri berjalan tidak tentu arah. Kejap bangun kejap berdiri pening Seokmin dibuat nya.

"Eh eh pening kepala aku tengok kau ni. Boleh tak kalau kau duduk kang tak pasal pasal aku masuk hospital.

" Ye lah" Yeri duduk di atas sofa menghadap Seokmin.

"Ha macam tu lah. Jap kau minta aku balik awal semata-mata nak bincang pasal ni? Sia-sia je aku ikut cakap kau. Dah lah kerja aku dekat pejabat berlambak" Seokmin betul-betul marah. Benda yang boleh dibincangkan malam ni tapi Yeri nak juga dia pulang terlebih awal.

"Alah Min Sorry lah aku betul-betul perlu bincang hal ni secepat yang boleh"

"Pasal Eunwoo je pun tu pun nak kecoh. Apa susah terima je lah" Seokmin menyilang tangannya.

"Kau cakap senang lah. Kau tu takpe lah mudah rapat dengan orang tapi kau pun tahu aku jenis macam mana kan?"

"Ye aku tahu. Aku rasa baik kau terima. Masa ni lah moment sweet bermula" Yeri membalingkan bantal tepat ke muka Seokmin.

"Auch"

"Rasa kan. Tu lah sape suruh fikir bukan bukan kan dah kena. Nak kena lagi ke? " Yeri sudah sedia dengan bantal di tangan nya.

"Omma ampun kan Seokmin, Seokmin janji tak buat lagi" Seokmin menutup muka nya. Yeri ketawa jahat.

"Kau dah tak marah dekat aku kan? Kalau kau gelak campuran hantu tu tanda nya kau dah maafkan seseorang"

"Tak semua orang aku boleh maafkan dengan mudah. Tapi kau satu-satunya yang aku ada kalau aku tak maafkan kau aku dah takde sape² untuk aku kongsi masalah aku ni"

"Uuuu timo kasih banyok lah"

[💘💘💘]
Sebaik sahaja selesai makan malam, Seokmin terus menuju ke bilik Yeri. Seokmin tinggal bersama dengan family Yeri buat sementara waktu.

Setibanya di hadapan bilik Yeri seokmin terlebih dahulu mengetuk pintu apabila mendapat kebenaran baru dia masuk. Seokmin duduk di atas katil.

"Kau ok ke tak ni? Kau tak makan tadi. Kenapa kau tak sihat eh? "

"Tak lah aku sihat je"

"Kau masih lagi fikir pasal tu ke? Dah lah tak payah nak fikir sangat kau keluar je lah dengan Eunwoo. Aku yakin kali ni Eunwoo takkan sakiti kau. Kalau dia ada buat macam-macam ha kau bagi tahu je aku, aku kan abang kau seorang abang mesti jaga adiknya dengan baik" Yeri tersenyum mendengar ayat yang keluar daripada mulut Seokmin.

"Dah lah kau ada nak makan apa-apa tak? Aku pergi ambil"

"Takpe lah aku dah kenyang. Tapi boleh tak kalau kau ambil kan aku air aku dahaga"

"Ye lah tunggu jap aku pergi ambil" Seokmin terus bangun.

"Gomawo oppa" Seokmin yang berjalan terus berhenti lalu memandang Yeri. Seokmin tersenyum ke arah Yeri. Yeri membalas senyuman seokmin.

Di dapur

Seokmin yang sedang menuangkan air ke dalam gelas sempat lagi dia berkata..

"Sian kau terpaksa hadapi semua ni. Maaf lah sebab cousin aku kau jadi macam ni. Apa-apa pun aku akan tolong kau yang penting hubungan kau dengan Eunwoo ok"

"BEBEL APA TU? " Jerit Yeri dari arah ruang tamu. Dia dapat dengar suara orang bercakap.

"Ah takde apa" Kata seokmin sambil berjalan ke arah Yeri.

"Kau ni kan asal aku tanya kau mesti jawab macam tu. Boleh tak kalau kau jujur je"

Seokmin terlebih dahulu mengambil tempat di sebelah Yeri lalu dia menghulurkan secawan yang berisi air.

"Aku takde apa-apa nak cakap pun so buat apa aku jujur"

"YAH LEE SEOKMIN" Jeritan itu membuatkan jantung seokmin bergerak dengan lebih laju. Seokmin memandang Yeri dengan penuh tanda tanya.

"Kau ni kan nasib baik aku ni takde sakit jantung kalau tak-"

"KALAU TAK APA? KAU NAK CAKAP APA? HA CAKAP CEPAT"

"Kau jangan lah marah. Kalau kau marah macam mana aku nak cakap"

"Kau cuba berdolak-dalik lagi ke? Dah lah layan kau ni makin bertambah aku punya sakit hati" Yeri meninggal kan Seokmin di ruang tamu. Seokmin memerhati Yeri sehinggalah bayangan Yeri hilang baru lah dia mula menumpukan perhatian pada drama yang ditayangkan di kaca TV. Dia langsung tidak rasa bersalah. Yelah tak buat salah buat apa nak rasa macam tu.

"Kenapa dia marah sangat? Apa salah aku? "

Bersambung......
Sorry kalau bab ni membosankan.
Hope Enjoy. Jangan lupa komen and vote. Ok bye

Do you love me? {Cha Eunwoo} ✅Where stories live. Discover now