Rumah Yeri
"Baik lah kamu tinggal kat sini kejap dengan Yeri unnie petang nanti oppa jemput kamu, ok? "
"Ok. Oppa jangan lupa beli aiskrim" Pesan Eunmi
"Ok. Yeri thanks tolong. Baiklah saya pergi dulu. Bye" Eunwoo masuk ke dalam perut kereta. Yeri dan Eunmi melambaikan tangan ke arah Eunwoo. Kereta yang dipandu oleh Eunwoo terus meninggalkan perkarangan rumah Yeri.
"Baik lah mari masuk"
"Thanks unnie" Eunmi mengikut Yeri dari belakang.
Sepanjang duduk dekat rumah Yeri, Eunmi cuma buat kerja sekolah. Selesai buat kerja sekolah, dia main game dalam fon.Itu adalah perbuatan terakhir yang dia buat sebelum dia mengeluh kerana bosan.
"Bila lah oppa nak balik ni? Bosan ah" Yeri yang baru sahaja selesai membuat kerja di bahagian ruang tamu terus mendekati Eunmi.
"Kamu bosan ya? " Eunmi terus memandang Yeri lalu mengangguk kan kepala.
"Baik lah mari ikut unnie" Eunmi masih lagi tidak berganjak dari tempat nya.
"Nak pergi mana unnie? "
"Kita tengok kawasan rumah unnie, nak?"
"Nak nak" Laju sahaja Eunmi menjawab. Dia terus berdiri lalu mengikuti Yeri dari belakang.
Setibanya luar rumah Yeri membawa Eunmi mengelilingi rumahnya. Macam-macam yang Eunmi tengok hari ni.
[💘💘💘]
Tepat pukul 5 petang Eunwoo datang untuk membawa Eunmi pulang."Unnie lain kali kita main lagi ok? "
"Ok. Kalau kamu nak datang rumah unnie datang aje lah bila-bila masa pun boleh" Yeri tersenyum ke arah Eunmi.
"Betul ke unnie? "
"Ya betul"
"Baik lah kami balik dulu jumpa dekat sekolah esok" Kata Eunwoo. Yeri senyum ke arah Eunwoo. Eunwoo membalas senyum Yeri.
[💘💘💘]
"Macam mana tadi, best? " Soal Eunwoo sebaik sahaja masuk ke dalam rumah."Best. Kalau Eunmi nak pergi lagi boleh? "
"Boleh je tapi sebelum tu telefon unnie dulu takut dia sibuk tak pun dia takde kat rumah ke. Kita mana lah tahu kan"
"Baik bos" Eunmi buat gaya macam askar. Eunwoo tersenyum manis.
"Dah tu pergi mandi nanti jangan lupa tolong oppa masak"
"Ok. Eh oppa, Eunsang oppa tak balik ke malam ni? "
"Kejap lagi oppa kamu pulang lah tu. Dia tu suka sangat merayap. Orang nasihat apa pun tak nak dengar" Omel Eunwoo. Sempat lagi Eunmi ketawa sebelum naik ke bilik.
"Dah tak payah nak ketawa dekat orang cepat siap lepas tu tolong oppa "
"Ye lah. Macak macak yay" Bukan main gembira lagi Eunmi bila dengar nak masak lagi-lagi bila Eunwoo yang ajak dia masak. Eunwoo menggelengkan kepala.
"Bertuah punya budak"
[💘💘💘]
Di dapur"Ok hari ni kita nak makan apa? Eunmi nak makan apa? "
"Eunmi nak makan benda simple je nasi goreng dengan telur, boleh kan oppa? " Eunwoo terlebih dahulu tersenyum sebelum memberikan jawapan.
"Boleh takde masalah. Baiklah Eunmi pergi ambil telur tiga biji dalam peti"
"Kenapa tiga biji sedangkan kita berdua sahaja yang nak makan? "
"Oppa kamu nak letak kat mana? "
"Alah oppa mesti tak makan punya. Masakan omma pun dia tak makan ni apatah pula masakan cousin dia" Eunwoo menggelengkan kepala seraya jari telunjuk nya ditujukan pada peti. Eunmi terus berjalan ke arah peti ais.
"Nah oppa" Eunmi menghulurkan tiga biji telur kepada Eunwoo. Eunwoo mengambilnya lalu senyum kepada Eunmi.
Tengah seronok memasak tiba-tiba terdengar pintu yang ditutup dengan sengat membuatkan mereka terkejut. Nasib baik tak melatah. Mereka ternampak Eunsang yang baru sahaja hendak menuju ke bilik.
"Eunsang cepat siap dan turun makan" Arah Eunwoo.
"Tak nak. Aku tak nak makan. Kalau aku nak makan pandai pandai lah nanti aku cari sendiri kau tak payah nak risau" Eunsang berjalan menuju ke bilik. Sebelum berjalan sempat lagi dia menjeling ke arah Eunwoo.
"Apakah? Oppa ni memang nak cari gaduh ke apa ha? Orang tengah buat baik tu so layan lah orang dengan baik" Eunwoo cepat-cepat menahan Eunmi. Kang kalau dia gaduh kecoh satu rumah. Tak pasal pasal dapat malu.
"Dah tu pergi hidang kan makanan ni. Oppa nak buat air dulu" Eunmi mengikut arahan.
Sementara itu di bilik Eunsang, dia baru sahaja selesai memakai pakaian. Dia baring di atas katil. Tiba-tiba perutnya berbunyi.
"Aduh lapar nya. Tahan Lee Eunsang tahan" Dia cuba menahan. Kang kalau dia turun dan makan bersama-sama dengan adik dan cousin dia tak pasal pasal dapat malu. Tu lah kau Lee Eunsang cakap tak fikir dulu ni tak main lepas je. Tiba-tiba perutnya berbunyi lagi. Kali ni tak kesah apa orang nak cakap dia kena turun makan jugak kalau tak sakit akan bermula. Dia tak suka menyusahkan orang lain.
Di dapur
Eunmi dan Eunwoo yang rancak berborak siap dengan ketawa bagai terus berhenti sebaik sahaja Eunsang tiba di hadapan mereka.
"Oppa" Eunsang tersenyum kekok.
"Eunsang nak makan kan meh lah sini hyung pun ada masak untuk Eunsang jugak" Eunwoo menarik kerusi yang berada di sebelahnya. Dengan pantas nya Eunsang duduk. Lalu menjamu selera.
Eunmi dan Eunwoo memandang Eunsang. Eunsang rasa tidak selesa.
"Kenapa pandang macam tu? Salah ke kalau nak makan? " Soal Eunsang bunyi nya yang sedikit marah.
"Tak salah tapi Eunmi hairan lah kenapa oppa tiba-tiba nak makan bersama dengan kita orang? "
"Benda tu pun nak kecoh" Eunsang menjelang ke arah adiknya lalu menyambung makan. Eunwoo tersenyum melihat situasi dua beradik ini bergaduh.
"Dah dah cepat makan lepas tu siap kan kerja sekolah yang belum siap"
"Ok" Kata dua beradik itu serentak.
Bersambung....

YOU ARE READING
Do you love me? {Cha Eunwoo} ✅
Lãng mạnKisah percintaan antara Choi Yeri dan Cha Eunwoo. Untuk sampai ke tahap cinta suci bermacam-macam halangan yang mereka perlu tempuhi. "Do you love me? " "You still love me?" Ayat ini akan diungkapkan oleh seorang lelaki yang bernama Cha Eunwoo. Da...