Next Day
Yeri tiba di sekolah 30 satu jam sebelum kelas bermula. Yeri berjalan menuju ke kelas.
Kelas 2B-1
Setibanya di kelas dia hairan kerana semua rakan sekelasnya memandang dia. Tiba-tiba Sena dan Chaerin menghampiri Yeri.
"Wow Choi Yeri suka dekat pelajar baru, amazing" Kata Sena dengan kuat sehingga satu kelas dapat dengar. Yeri menundukkan mukanya.
"Hei Hong Sena, kau takde kerja ke hah? Asyik-asyik buli Yeri je. Harap pandai tapi perangai cam orang bodoh" Ayat akhir di perlahankan tetapi masih dapat didengari oleh Sena.
"Apa kau cakap? " Soal Chaerin selaku pembantu Sena. Chaerin menarik jaket Hani. Hani turut membalas.
"Hani dah lah" Pinta Yeri. Hani melepaskan jaket Chaerin. Chaerin turut membuat benda yang sama.
Tiba-tiba suasana menjadi bising apabila Eunwoo masuk ke dalam kelas. Semua pelajar memandang Eunwoo.
"Cha Eunwoo, aku ada sesuatu yang nak diberitahu kau dengar baik-baik ya" Belum sempat Sena memberitahu Mingyu mencelah.
"Eun, kau tak payah dengar apa yang Sena nak bagitahu semuanya fake. Jom lah ikut kita orang" Mingyu mengajak Eunwoo lepak dekat pondok sebelum kelas bermula. Eunwoo berjalan ke arah Mingyu dan Seokmin yang sedang berdiri dekat pintu kelas sambil silang tangan.
"CHOI YERI SUKA KAU" jerit Sena. Eunwoo langsung tidak peduli. Eunwoo, Mingyu dan Seokmin terus meninggalkan kelas dengan keadaan yang agak bising. Yeri mengeluh perlahan. Hani menyuruh Yeri duduk. Yeri hanya mengikut.
Di Pondok
"Kau abaikan je apa yang Sena cakap tadi. Tujuan kita orang ajak kau datang sini nak berbual. Dengan mood kau yang tidak elok tu lain kali je lah kita berbual panjang. Lagipun ada lagi 30 minit sebelum kelas bermula."
Eunwoo hanya mendiamkan diri. Eunwoo mengeluh.
"Eun, kau ok tak? Kalau ada sesuatu yang kau nak luah kan, kau boleh luah dekat kita orang. Kita orang akan dengar. Lagipun kita kan kawan" Kata Seokmin selaku menenangkan keadaan.
"Sebenarnya aku suka dekat Yeri" Mingyu dan Seokmin terpaku.
"Kau biar betul? Sejak bila weh?" Soal Mingyu teruja.
"Sejak aku terlanggar dia, masa tu aku tengah mencari pejabat lepas tu dengan tidak sengaja aku terlanggar dia" Luah Eunwoo.
"Tahniah bro" Ucap Mingyu. Seokmin hanya tersenyum.
"Tapi aku takut nak luah kan. Tak sangka Yeri pun suka dekat aku"
"Bro Yeri tu aku dah lama kenal. Dia mudah sangat jatuh cinta dekat lelaki kacak dan pandai. Tapi kau jangan risau dia pernah bagitahu aku yang itu cuma perasaan biasa bukannya yang serius sampai nak diluahkan. Niat dia yang asal adalah ingin berkawan tapi tiba-tiba jadi jatuh cinta pulak. Tapi yang kau ni aku rasa berbeza dengan yang sebelum ni" Kata Mingyu dengan penuh yakin.
"Ya betul tu apa yang Gyu bagitahu. Aku pun yakin bahawa yang kali ini yang asli bukan setakat ingin berkawan malah cinta jugak" Eunwoo tersenyum kekok.
BERSAMBUNG.....
SORRY KALAU TAK BEST
JANGAN LUPA KOMEN DAN VOTE. THANKS.

YOU ARE READING
Do you love me? {Cha Eunwoo} ✅
RomanceKisah percintaan antara Choi Yeri dan Cha Eunwoo. Untuk sampai ke tahap cinta suci bermacam-macam halangan yang mereka perlu tempuhi. "Do you love me? " "You still love me?" Ayat ini akan diungkapkan oleh seorang lelaki yang bernama Cha Eunwoo. Da...