2 Nabi YUSUF A.S [Dipenjara Kerana Difitnah]

114 9 0
                                    

Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan disebabkan telah melakukan kesalahan, tetapi kerana tuannya ingin meletakkan kesalahan pada diri baginda.

Walau bagaimanapun, bagi baginda, penjara adalah tempat yang aman untuk menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar

Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pegawai istana Raja Mesir yang dituduh hendak meracuni Raja Mesir atas perintah dan dengan kerjasama pihak musuh istana.

Salah seorang daripada mereka ialah penjaga gudang makanan dan seorang lagi ialah pelayan meja istana.

Pada suatu hari, kedua tahanan itu menceritakan kepada baginda bahawa mereka telah mendapat mimpi.

Si pelayan bermimpi dia akan memerah anggur dan si penjaga gudang melihat dirinya menjunjung roti sambil dipatuk dan disambar burung.

Mereka berharap agar Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut memandangkan Yusuf boleh berbuat demikian

Yusuf memberi tafsiran bahawa si pelayan yang memerah anggur akan dibebaskan manakala yang disambar burung akan dihukum mati.

Maka, benarlah apa yang dikatakan baginda dan si pelayan yang memerah anggur itu dibebaskan manakala yang disambar burung itu dihukum mati.

Baginda memesan agar si pelayan itu menyebut namanya di hadapan  Raja Mesir dan memberitahu yang dia dipenjarakan bukan atas kesalahannya.

Walau bagaimanapun, si pelayan itu telah terlupa dan menyebabkan baginda terperangkap di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.

***

Pada suatu hari, Raja Mesir mengumpulkan para pembesar, penasihat dan cendekiawan untuk mentafsir mimpi yang telah merunsingkan dan menakutkannya.

Raja Mesir itu bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus.

Dia juga melihat dalam mimpinya tujuh tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai yang lain kering sekali.

Tiada siapapun yang dapat memberikan tafsiran bagi mimpi Firaun bahkan sebahagian mereka menganggapnya hanyalah mimpi kosong yang tidak bererti dan menganjurkan Raja Firaun agar melupakan saja mimpinya itu.

Pelayan Raja Mesir, pemuda yang pernah berjumpa Yusuf di dalam penjara teringat pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia dikeluarkan dari penjara.

Lalu dia memberanikan diri untuk menghampiri Raja Mesir mengesyorkan agar Raja Mesir merujuk kepada Yusuf.

Dengan izin Raja Mesir, pelayan tersebut mengunjungi Nabi Yusuf di dalam penjara dan menceritakan apa yang berlaku kisah mimpi Raja Mesir

Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf jika Raja Mesir dapat dipuaskan dengan tafsir mimpinya, berkemungkinan baginda akan dikeluarkan dari penjara setelah bertahun lamanya.

Y

usuf menjawab:

"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)"..[al-Quran 12:47-49 
(Terjemahan oleh Basmeih)]

Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai banduan yang tidak berdosa enggan keluar dari penjara sebelum peristiwanya dengan isteri Ketua Polis Negara diselesaikan terlebih dahulu dan fitnah yang dituduh ke atasnya.

Baginda ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci bersih.

Raja Mesir yang sudah banyak mendengar tentang Nabi Yusuf dan terkesan oleh tafsir mimpi baginda, membantu baginda.

Raja Mesir mengeluarkan titah untuk mengumpulkan para wanita yang telah menghadiri jamuan makan Zulaikha dan terhiris jari ketika itu.

Mereka menceritakan tentang apa yang mereka lihat dan alami dalam jamuan itu dan mengatakan Nabi Yusuf adalah  seorang yang jujur, dan bersih.

Zulaikha pula mengaku dialah yang bersalah

Hasil pertemuan itu diumumkan ke seluruh lapisan masyarakat dan atas perintah Raja Mesir, Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara secara hormat dan bersih dari segala tuduhan.

***

Sebagai wazir 𝐌𝐞𝐬𝐢𝐫

Kecerdasan, pengetahuan, kesabaran , kejujuran, keramahan dan akhlak serta budi pekerti baginda membuatkan Raja Mesir terfikir untuk menyerahkan tugas untuk membantunya memimpin negara dan rakyat.

Maka, Yusuf ditawarkan untuk tinggal di istana dan mewakili Raja Mesir menyelenggarakan pemerintahan serta pengurusan negara serta memimpin rakyat Mesir yang diramalkan akan menghadapi masa-masa sukar dan sulit.

Nabi Yusuf tidak menolak tawaran Firaun Mesir itu.

Baginda meminta agar diberi kuasa untuk pada bahagian perbendaharaan (kewangan dan pengedaran makanan).

Pada hari penobatan yang dihadiri oleh para pembesar dan bangsawan, Nabi Yusuf dinaikkan sebagai wazir dengan mengenakan pakaian kerajaan dan hiasan yang mewah.

Kemudian, Raja Mesir berkenan untuk mengahwinkan Yusuf dengan Zulaikha, janda majikannya yang telah mati ketika Nabi Yusuf masih dalam penjara.

Yusuf menerima dan berkata pada Zulaikha "Bukankah ini lebih baik daripada engkau memaksaku dulu?"

Mereka mendapat dua orang putera (menurut pendapat ulama, putera baginda dinamakan Ifratsim dan Minsya).

***

Dalam masa tujuh tahun pertama Nabi Yusuf menjalankan pemerintahan di Mesir, rakyat merasakan hidup tenteram, aman dan sejahtera.

Barang-barang keperluan untuk semua tanpa terkecuali. Baginda juga tidak lupa peringatan yang terkandung dalam mimpi Raja Mesir, lalu mempersiapkan gudang bagi penyimpanan makanan untuk musim kemarau yang bakal tiba.

Maka, tempoh kemarau telah dilalui tanpa sebarang kesukaran.

***

Dapat juga Zulaikha hidup bersama Nabi Yusuf A.S. 

Pengajaran disini, Janganlah kita membalas dendam terhadap orang yang telah memusnahkan hidup kita

Kerana itu semua tugasan Allah SWT. Kita tiada hak! Maafkan saja salah orang itu. Semoga jiwa kita sentiasa tenang dan gembira❤️

Sila Vote dan kongsi pada rakan lain ye! Share dan letak dalam library!!

Kisah Nabi Yusuf ni ada sambungan lagi!! Kejap yee!

KISAH NABI DAN RASUL [Ɩɢ Иαιм Ɖαиιɛℓ] Where stories live. Discover now