.
🎬"Awak nak buat apa ni sebenarnya?"
"Nak buat apa lagi, nak tinggalkan kau lah. Ahahaa"
"Yah!!"
Automatik bibir Qalif mengulum senyum bila terfikirkan peristiwa malam tadi. Reaksi gadis itu yang cuba mengejarnya sambil menjerit dia perhatikan saja melalui cermin sisi kereta.
Serius terhibur. Syok betul permainkan budak tu.
Qalif menggeleng kepala seraya bergolek ke tepi. Dia baru saja terjaga dari tidur dan badannya agak lelah untuk bangun.
Jadi dia ambil keputusan untuk berbaring saja di atas katil sambil main fon. Inilah masanya untuk bermalas-malasan. Sesi pengambaran tiada hari ini kerana semalam dia baru saja hadiri acara tv.
Akaun instagram miliknya dibuka dan dia scroll lama. Melihat puluhan post yang majoritinya tarian tiktok. Maklumlah tengah zaman tiktok kan. Semua orang nak buat.
Dia pun tak terkecuali juga. Kalau sempat buat dia akan post di laman sosialnya untuk tatapan para peminat.
"Humm tengok news lah. Agak² apa yang viral harini ek..."
Ibu jarinya yang sedari tadi bergerak menggeser skrin henfon kini terhenti. Dia baca berita itu dengan teliti.
"Sempoi calon SPM2019 ambil result pakai baju shell.." jeda seketika. "Eh? Harini amik result ke?"
Terus dia terduduk. Fikiran dia kembali pada Mey. Budak tu kan amik spm tahun lepas, so dia pun amik result harini lah kan.
Lantas dia bergegas turun dari katil.
🎬
"Mey, Mey.. Bangun nak..."
Gegaran lembut pada bahu membuatkan Mey terpisat² membuka mata.
"Bangun, kamu kan nak amik result harini. Lupa ya?"
"Ngh ibu.." mata dipejam kembali. Entah mengapa, kepalanya terasa berat sangat. Seluruh badannya juga terasa lemah.
"Mey? Kamu demam ke?" nada ibu Lea berubah risau apabila anak gadisnya itu kelihatan tak bermaya. Lantas dia melekapkan telapak tangan pada dahi Mey.
Panas!
"Ya Allah Mey.. badan kamu panas lah... Macam mana boleh demam ni? Jom, kita pergi klinik. Lepastu amik result. Amik lambat sikit takpa agaknya. Cikgu mesti faham--"
Mey memegang tangan ibu untuk menampung dirinya bangun. Berbaki kudrat yang ada, dia bersuara. "Takpe ibu.. Tak payah. Kita pergi amik result je.."
"Mey..."
"Betul, ibu.." Mey tersenyum nipis. "Ala lagipun Mey demam sebab malam tadi, bukan sebab kena hujan ke apa ke.."
"Hah itu lah dia. Malam tadi kamu balik pukul berapa?"
"Ermm dalam 11.30 camtu kut Mey sampai rumah,"
YOU ARE READING
Klik! 4 Huruf untuk dia✨
Teen FictionMeysha, gadis part-timer di sebuah kafe yang amat tergilakan kpop dan drama korea. Sekepala dengan rakan baiknya Syamimi, kerja mereka seharian hanyalah dipenuhi dengan teriakan fangirling sana sini. Impiannya tak tinggi, cukup sekadar berjumpa jeja...