5

60 6 0
                                    

.
🎧


Usai solat subuh dan bersiap, Mey terus membantu ibunya. Dia membawa masuk beberapa bekas berisi kuih-muih kedalam kereta kancil yang sudah lusuh warnanya itu.

Mana tak lusuh, kereta ni dari zaman ibu muda katanya. Zaman sekarang, mana ada kereta kancil dah. Paling pun kereta viva.

"Mey, dah habis masukkan?" soal Ibu Lea setelah meletakkan dua bakul nasi lemak di tempat kaki seat penumpang hadapan.

"Dah, ibu." balas Mey senang.

Bila tengok ibu dah duduk kat tempat pemandu, dia pun duduk dekat seat belakang. Bukan kenapa, tapi sebab nak jaga bekas² kuih ni semua supaya tak tergolek.

'Jaga' sangat. Selalunya dia tertidur sambil pegang bekas² kuih tu. Yalah, masih awal pagi kan. Siapa tak ngantuk.

Dalam beberapa minit, Mey terjaga apabila terasa enjin kereta berhenti. "Aik? Kita nak meniaga kat mana ni, ibu?" soalnya dalam keadaan agak mamai.

"Tu, sebelah warung Pak Samad." Ibu Lea menunjuk kearah satu warung makan.

"Ya Allah ibu.. Seriuslah Pak Samad bagi?"

"Iya, kami dah bincang haritu..." balas Ibu Lea acuh tak acuh. Sebenarnya ada benda yang disembunyikan daripada Mey.

Mey yang tak tahu menahu hanya ikut saja ibunya turun. Mereka disambut oleh Pak Samad, seorang lelaki yang berumur lebih dari separuh abad.

"Kamilea, kau gunalah meja kayu depan warung ni. Senang sikit, tak payah kau nak pasang meja plastik dan payung." kerana sudah berumur, Pak Samad tak dapat menyebut huruf 's' dengan baik.

"Itulah. Saya memang tak bawa pun meja harini." balas Ibu Lea.

"Hah bagus lah kalau begitu. Bolehla kau mula susun kuih."

Ibu Lea dan Mey terus meletakkan beberapa bekas kuih dan dua bakul nasi lemak atas meja kayu itu. Sedang mereka bersiap untuk meniaga, Pak Samad menghampiri.

"Ini ke anak gadis kau yang nama Mey tu?"

"Ya, Pak Samad. Ini lah Mey," Ibu Lea mengusap bahu Mey disebelah.

Mendengar jawapan itu, Pak Samad sekadar memandang Mey sambil mengangguk dengan penuh makna tersirat. Seolah² dia berpuas hati.

Mey apa lagi, dia buat muka aneh. Bila Pak Samad sudah beredar masuk kedalam ruang dapur warung, dia berkata pada ibu.

"Eei ibu. Seramlah Mey dengan Pak Samad tu. Macam ada sesuatu je... Macam mana dia tahu pasal Mey, eh? Jangan cakap dia ada hati kat Mey." dia toleh memandang ibu.

"Hah, ibu? Sebab tu ke Pak Samad yang kedekut tu tiba² baik hati bagi kita tumpang meniaga depan warung dia?"

"Bukan... Bukan dia yang ada hati kat kamu.." ujar Ibu Lea lembut.

"Dah tu?"

"Anak dia, Saiful."

"Saiful?" Muka Mey memang tak boleh nak hodoh lagi dari ni. "Si Epul yang kerja kat bengkel tu?"

Klik! 4 Huruf untuk dia✨Where stories live. Discover now