2

76 5 0
                                    

.
Qalif
.

🎬

Bangun saja tidur, aku terus melangkah ke ruang makan. Jam sudah menunjukkan 9 pagi, perut ni pula dah berkeroncong minta diisi.

"Bibik," cukup sekali panggil, seorang pembantu rumah yang lengkap berpakaian seragam orang gaji terus menghampiri ku.

Seperti biasa, perkara pertama yang akan dia buat ialah tanya aku dengan soalan sama, "Selamat pagi Tuan Qalif. Mahu sarapan?"

"Ya." Jawabku mendatar. Senyuman yang diberikan aku tak balas.

Memang aku selalu layan pembantu rumah dengan teruk pun, sampai semua tak tahan dan berhenti kerja. Yang paling bertahan bibik satu ni, Ismah namanya. Aku selalu panggil Bik Mah je.

Tanpa berlengah Bik Mah tarikkan satu kerusi didepanku. Lalu aku pun mengambil tempat. Meja makan yang panjang ini hanya ada aku seorang dan pelbagai makanan terhidang.

Bik Mah kemudian berdiri tegak di tepi dengan kedua tangan yang diletakkan dihadapan dengan sopan. Attitude begini memang wajib bagi setiap pembantu dirumah ini.

Aku melihat sekali lalu makanan yang ada. Tapi tu tak bermakna aku nak makan apa yang ada. Selalunya aku makan ikut tekak sendiri. Dan order sesuka hati.

Seorang lagi pembantu rumah datang menghampiri. Dengan attitude dan pakaian yang sama seperti Bik Mah. Namanya Bik Wati.

"Tuan Qalif mahu sarapan apa?" Soal Bik Wati kerana dialah in-charge segala hal tentang makanan.

"Rasa macam... nak burger," balasku.

"Err.. maaf tuan Qalif. Tapi Datin ada pesan, selagi tuan masih shooting ni.. Tuan tak boleh sarapan fast food. Tak baik untuk badan katanya," Bik Wati lembut menerangkan.

Aku berdecit lemah. Ish mama ni kan, selalu camtu. Kalau aku ada shooting ke, show ke.. mesti tak bagi makan fast food waktu breakfast dengan supper.

"Yelah yelah. Bagi Qalif french toast dengan cheese scrumble egg."

"Cheese pun Datin tak bagi. Tuan Qalif makan veggy omelette, ya?" Ujar Bik Wati berhati².

Aku memejam mata dan menarik nafas dalam², cuba menenangkan diri. Pagi ni pun takda tenaga nak marah. Dah penat marah semalam sebab Iphone pecah dirosakkan oleh perempuan mana entah.

"Just give me anything.." akur aku malas.

Bik Wati membungkukkan badan sebelum pergi. Attitude semasa mempamitkan diri.

"Bik Mah, nanti cakap dengan Bik Yani.. Bilik Qalif tak payah kemas." Kataku tanpa menoleh. Bibik Yani itu pembantu rumah yang menguruskan hal ehwal kekemasan.

"Baik, tuan Qalif. Ada apa² lagi pesanan yang perlu disampaikan?" Bik Mah menyoal.

"Takda." Balasku seraya mula memegang pisau dan garfu apabila french toast sudah dihidang didepanku. Apabila teringat sesuatu, lantas aku berkata lagi.

"Oh ya Bik Mah. Siapkan baju, Qalif nak keluar dengan Ezrin lepas ni. Sediakan baju kasual."

"Baik," Selepas menunduk, Bik Mah berlalu pergi untuk menyiapkan arahan.

Klik! 4 Huruf untuk dia✨Where stories live. Discover now