9

28 1 0
                                    

.
🎧

Minggu kedua bulan April tiba. Seperti biasa, Soul Stop Cafe menerima bilangan pelanggan yang rendah pada waktu pagi. Pada waktu begini lah kesemua pekerja boleh bersantai². Nanti masuk je lunch hour, fuh. Pasti tak menang tangan.

Sejak awal bulan April haritu, bilangan pelanggan yang datang ke kafe makin bertambah. Apa lagi, semua sebab "The Mighty Qing" tu la yang promote Soul Stop Cafe ni dekat akaun instagram dia haritu.

Tuan Kamal bukan kemain happy lagi. Pekerja kafe yang lain turut tumpang gembira, tapi.. penat tu satu hal la juga.

Memanfaatkan waktu senggang time pelanggan tak ramai, Mey bertopang dagu diatas meja makan sambil menggesek skrin telefon bimbitnya. Sebenarnya dia masih lagi meninjau mana² biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan atau universiti tempatan.

"Hmm.. Nak pilih yang mana ni.." ujarnya perlahan dengan muncung sedepa. "Banyak biasiswa yang sambung belajar kat oversea je. Huwaaa"

Kepalanya dijatuhkan atas meja. Aduh! Dia terus pegang dahi. Lahai, sakit betul dahi aku. Keras jugak ye meja kayu ni.

Tok tok tok. Seseorang mengetuk meja makan yang sedang didudukinya itu.

Terus Mey angkat muka dengan tangan yang masih tak lepas dari dahi. "Laa kau rupanya Mimi.. Ingatkan bos lah tadi. Hah kenapa?"

"Kenapa? Kenapa kau tanya aku?" Mimi halakan jari telunjuk pada diri sendiri. "Patutnya aku yang tanya kau kenapa. Kau tu dah kenapa dari tadi muncung sana, muncung sini.. Pastu hantuk kepala. Dah macam orang hilang anak aku tengok,"

Mey matikan henfon dan buang pandangan ke tempat lain. "Alah takde ape la,"

Tangan Mimi laju saje menarik kerusi bertentangan dengan Mey. Dia duduk sambil buat muka curiga. "hee ni mesti ade something yang bermain di fikiran kau en? en en?"

"Eeii mana ade lah," Mey melarikan pandangan. Dia bab² menipu ni memang tak boleh nak tatap mata orang. Kantoi nanti.

"Mey, aku kenal kau ni bukan setakat dua-tiga tahun tau. Tapi dah bertahun²." Mimi bermain² dengan jarinya konon nak kira dah berapa tahun. Sudahnya, dia sendiri malas nak kira.

Kemudian dia pegang dagu Mey untuk tatap anak mata kawannya seorang itu. "and aku tahu kau tengah fikir something ni.. citer jela beb, macam tak biasa pulak kau share ngan aku. Antara kita dua en mana ada rahsia,"

"Umm.." Mey cuba susun ayat. "bukan tak nak citer weyh, tapi.. hmm nanti jela. Sedih doo nak bukak citer."

Mimi mengangguk faham dengan balasan kawannya itu. "sokay, Biar instinct aku teka. Kau.. tengah fikir pasal biasiswa eh?"

Membulat besar mata Mey dibuatnya. "uish! Mana kau tahu, dodol!"

Mimi tersengih. "aku dah nampak sebenarnya apa yang kau search kat google,"

"Nampak? Bila masa? Kau bukan baru datang ke?"

"Haa tula. Murung terok sangat nampaknya kau ni. Tadi aku berdiri depan kau lama ah gak, dalam 3 minit?" Mimi kemudiannya mengangkat kedua bahu. "Dah kau tak sedar kewujudan aku, tula yang aku ketuk meja tuu."

Klik! 4 Huruf untuk dia✨Where stories live. Discover now