.
🎧Dua minggu kemudian..
Dalam satu ruangan bilik tidur yang kecil, seorang gadis terlihat mundar mandir depan kalendar yang tergantung pada dinding. Mukanya berkerut dan sambil menggigit hujung jari, sekali sekala dia mengeluh berat.
Telefon bimbit jenama samsung miliknya yang sedari tadi dalam tangan dia hidupkan.
Jam 12.10 tengahari
"Aisyyy.. Mati lah aku!" Mey panik hingga melompat² kecil.
Masakan tidak, shift nya sudah bermula jam 12 tengahari tadi namun dia masih tak gerak dari rumah lagi. Bersiap pun belum. Sebenarnya, dia sedang berada dalam dilemma yang berat. Bahkan sangat berat baginya.
Dia perlu ke kerja tepat pada waktu agar tidak dimarahi bos. Tapi masalahnya sekarang ni, dia terlalu takut hatta nak keluar dari rumah.
Takut kerana apa lagi kalau bukan sebab mamat arab celup yang dia terlanggar 2 kali tu. Tempoh dua minggu pula dah berlalu, semestinya lelaki itu akan tuntut ganti rugi padanya bila² masa saja.
Mey terus rebahkan badan atas katil. Kedua kakinya dihentak² beberapa kali. Kemudian dia benamkan wajah pada kedua² bantal peluk kesayangannya sambil meraung.
"Gomi..." Teddy bear bewarna putih dipandangnya dengan bibir cemberut. "Sheki..." Seterusnya bantal peluk kucing pula.
"Apa yang patut Mey buat nih..." adunya sedih. Mana tak buntu, dia tengah berbelah bagi untuk pergi kerja atau tak.
"Mey pergi jelah kerja, tak baik tau ponteng camni.." suara kecil si Mey berbunyi konon² Sheki si kucing yang bercakap.
"Hmm betul jugak eh," lantas Mey membalas dengan suara asal.
"Tapi kalau Mey pergi kerja.. Nanti mesti laki tu cari Mey." suara besar dibuat untuk Gomi si patung beruang putih pula.
Mey memandang Gomi sambil bergidik ngeri. "Ss.. Tu pun betul jugak,"
"Ey awak ni Gomi! Takkan lah laki tu nak cari Mey kat kafe pula.. Dia mana tahu Mey kerja kat mana." Sheki membebel pada Gomi.
"Mana awak tahu? Entah² lelaki tu dah cari info tentang Mey. Muka camtu boleh dikira psiko tau," balas Gomi.
"Tak lah. Takda punya," Sheki tak nak kalah.
"Iya.. Percayalah."
"Jeoldae (never)."
"Isy orang suruh percaya tak nak. Nanti kena dengan mamat mulut laser tu baru tahu,"
"Oppss.. Dah, dah." Mey bersuara bagi hentikan pergaduhan antara dua bantal peluknya. Lebih tepat pergaduhan yang dia cipta sendiri. "Mey dah buat keputusan yang Mey... tak nak pergi kerja."
Sejurus dia habis berkata, nada dering telefonnya berbunyi. Apabila dia lihat nama si pemanggil ialah Mimi, terus dia jadi kalut kejap. Maklumlah, kawannya tu pasti nak tanya asbab dia tak masuk shift lagi.
'Duh. Nak buat alasan apa ni?' Rambutnya yang sudah kusut itu diserabaikan lagi kerana frust.
Aha! Tiba² dia dapat idea nak bagi alasan kukuh tak datang kerja harini. Terus dia ambil posisi baring mengiring sambil pegang perut. Muka, semestinya dikerutkan seribu biar suara kedengaran sakit sekali.
YOU ARE READING
Klik! 4 Huruf untuk dia✨
Novela JuvenilMeysha, gadis part-timer di sebuah kafe yang amat tergilakan kpop dan drama korea. Sekepala dengan rakan baiknya Syamimi, kerja mereka seharian hanyalah dipenuhi dengan teriakan fangirling sana sini. Impiannya tak tinggi, cukup sekadar berjumpa jeja...